Rabu, 4 Februari 2015

Berakhirnya 2014

PEMENTASAN TEATER KANAK - KANAK YANG PERTAMA DI UTHM
 
 
pejam celik dah 4tahun mengajar di UTHM

2014 Adalah tahun yang sangat membahagiakan bagi saya, kerana 2014 tahun saya bergelar staf tetap UTHM, setelah 3tahun membuktikan kebolehan diri, 2011- 2014 saya bekerja sebagai pengajar kontrak shj di pusat koko, kalau fikir balik memang tak boleh nak bayangkan macam mana nak meneruskan kelangsungan hidup dengan gaji mengajar koko tu, tp Allah maha besar, dunia Allah ni luas, rezeki dimana - mana, saya berulang alik ke KL, mengarah teater di UM dan ada juga dapat job di Sekolah (SMKTI) dan mengarah teater untuk festival teater neger johor, Alhamdulillah semua itu sangat membantu, sekarang saya dah boleh tersenyum tapi masih belum boleh bersenang lagi kerana perjuangan belum selesai. Impian untuk ada Master dan PHD belum tercapai, saya target sebelum usia saya 40tahun semua tu saya dah ada dan saya sudah bergelar pensyarah tetap di Fakulti. InshaAllah......
 
wajah - wajah ceria pelajar kelas saya 
di awal tahun 2014


PEMENTASAN TEATER KELAS YANG MENDAPAT LIPUTAN MEDIA
MUZIKAL DRAMA TARI CINTA MUDA MUDI




Mencungkil banyak bakat baru di UTHM


BENGKEL KELAS DI PEMADAM KEBANGSAAN
MENDAPAT KERJASAMA SEPENUHNYA DARI PEMADAM
 Mendapat liputan dari akhbar

bengkel 2015

#THROBACK sikit! #2013
Ini pula adalah bengkel pertama yang dibuat oleh kelas Senitari Tradisi dan KreatiF UTHM
Mendapat liputan dari harian Metro.


KE LABUAN MENYERTAI FESTIVAL NASYID IPT
Pengalaman pertama mencipta lirik untuk nasyid dan mendidik kumpulan nasyid
Walaupun belum berjaya mendapat tempat utama, tapi pengalaman ini cukup mengujakan


 PERSEMBAHAN DARI PELAJAR KELAS BERJAYA MENJUARAI FIESTKOM UTHM
KALI KETIGA BERJAYA
 
Sebelum ini kelas sya ini pernah menjuarai pertandingan ini pada tahun 2011


MENYERTAI FESTIVAL GAMELAN MALAYSIA
Pengalam berharga untuk para pelajar saya disini :


 bila 2014 sya dah nampak macam mana bentuk festival ini
nanti 2015 saya akan bawa yang lebih hebat


KELAB WARISAN JUARA KARNIVAL AKTIVITI PELAJAR
KELAB DAN PERSATUAN

bangga menjadi penasihat kelab yang terunggul di UTHM ini


MENYAHUT CABARAN MEMBUAT PERSEMBAHAN YANG BOLEH DIPUJI
UNTUK PERSEMBAHAN BESAR UTHM
 Persembahan Makan Malam NC/Rektor IPT

 Persembahan di Karimun Inbown

 Persembahan di MAJLIS KONVO UTHM


Persembahan puisi ciptaan saya oleh graduan UTHM
yang sangat membanggakan






Persembahan hebat pelajar saya di program besar UTHM
TOWN AND GOWN 2014

Persembahan untuk degelasi dari Gadjah Mada

inilah wajah ceria anak didik saya : 
Alhamdulillah.... 2014 berakhir dengan kejayaan dan membangkitkan keinginan untuk lebih cemerlang di tahun 2015.



 Sebelum 2014 berahir pelajar kelas saya meraih kejuaraan di FIESTKOM UTHM, ini sudah cukup membahagiakan saya kerana segala ilmu yang saya ajar mereka bukan sahaja sudah faham malah mereka sudah boleh adaptasi dengan baik, faham apa itu performing arts! faham apa itu disiplin, kerana saya seorang yang sangat mementingkan disiplin yang tinggi. Sebagai pengajar tiada yang lebih membahagiakan selain kejayaan anak muridnya  Alhamdulillah..
Saya ingin berkongsi satu cerita tentang sebuah hasil yang saya perolehi di 2014, cerita tentang hasil sebuah keIKHLASan, sebelum tibanya 2014, saya terus terang cakap, yang saya ikhlaskan sahaja apa jua yang dilakukan, tak pernah fikir duit dan ganjaran, saya fikir satu je, cukuplah apa yang ada, walaupun kadang - kadang ada masa kena ikat perot, kalau dulu duduk KL, masih boleh gagahkan diri pergi production house cari job! tapi kat sini mana ada semua tu, namun begitu bila saya seronok berkarya dengan ganjaran keikhlasan, secara tidak langsungnya saya dapat berkarya, dapat membantu pelajar dalam soft skill dan kemahiran insaniah, memang orang cakap keluar KL tak boleh berkarya dengan baik sebab kurang penaja dan pelakon hebat tak ada, tapi kalau anda ikhlas,
InshaAllah... Anda akan puas dengan apa yang anda lakukan, bila munculnya kepuasan, orang akan nampak kebolehan anda, berbalik pada cerita saya sebelum tiba 2014, saya memang seronok berkarya dengan budak - budak UTHM, hingga kami juara Johor, lawan 14buah negeri, mara ke Kebangsaan, lepas tu masuk Festival Monodrama, masuk lagi ke Festival Tari, kejayaan demi kejayaan maka terhasillah satu kejayaan yang luar jangkaan kita!
Syukur!! Saya dipelawa mengisi ruang sebagai staf tetap UTHM, tapi sebelum itu saya menjalani temuduga yang cukup hebat, saya tahu saya dapat jawatan ini kerana hasil kerja saya, kelebihan yang ada pada saya dari peserta lain ialah saya sudah bersama pelajar UTHM dan mengetahui selok belok UTHM dalam aktiviti pelajar, dari saya mengajar Kokurikulum 2011 - 2014 hingga saya menjadi staf kontrak di Unit Kebudayaan ini, jadi mungkin itulah kelebihan saya dari peserta lain bukan kerana saya ada diploma dan ijazah seni persembahan sahaja.
Alhamdulillah, Moral of story buatlah sehabis baik apa sahaja tugasan yang diberikan tanpa mempertikaikan itu dan ini, yang penting IKHLAS. Kepada kawan - kawan yang belum bekerja tetap, mungkin boleh ikut pendekatan yang saya lakukan, sebab untuk pengetahun mereka yang tidak berada di era kami (era lepasan graduan di tahun 2014) ini, bahawa kerja kosong semakin kosong, graduan semakin menimbun, yang menanggur tu terlalu ramai, bila temuduga satu jawatan, nak dekat beratus orang mohon, jadi sangat besarlah apa yang diperolehi ini.
Tapi, itu tidak bermakna saya sudah berpuas hati dengan apa yang ada pada hari ini! tidak... saya masih mengejar cita - cita saya, masih lagi belajar dan mencari peluang yang lebih baik, 2015 ini saya akan lakukan langkah pertama saya mengejar cita - cita itu, tak salah kita berimpian kalau kita sertakan dengan usaha yang betul, kejar sasaran dan atur langkah... satu persatu, bak kata orang tua - tua, biar lambat asal selamat! inshaAllah... doa - doakan saya.. :D

"Biasa - biasakah yang hebat, hebatkah yang biasa - biasa"

-EDDY RUSDI-

Tiada ulasan: