Ahad, 24 Jun 2012

bermula dan berakhir MANIFESTASI TEATER kejayaan dan ILMU..


MANIFESTASI TEATER NEGERI JOHOR (JOHAN UTHM) 
TERUS KE SARINGAN KEBANGSAAN
DARI PUSAT KOKURIKULUM UTHM JOHOR


Setelah mejuarai festival teater Negeri Johor, Kami membuat persiapan ke saringan kebangsaan pula... tapi kerisauan sya semakin memuncak sebab waktu itu semua anak buah sya sdg berhadapan dengan exam!! fuh~ dugaan betul.. latihan mereka hya dpt buat seminggu shj dlm masa yg singkat!! dugaan.. tp sya tak blh mengalah... sya cuba bentuk mereka dgn teknik yg sya belajar! mmg susah nak terangkan pada mereka tp sya suruh mereka ikot shj apa yg sya ajar sbb dlm tempuh 1 minggu latihan itu. alhamdullilah anak buah sya semuanya dpt mengikut didikan sya! mereka juga mula menyerap ilmu dgn cpt! mereka blh berkreatif! yg sya berbangga pada ANDIKA yg sudah fhm sya! dia pandai buat tandai buat tanpa sya suruh! sbb dia dah kenal citarasa sya! dia pun dah thu cara sya bila kecelaruan berlaku! sya nak pitam!! hahaha.. pandai bebudak ni urus diri! alhamdulillah... walaupun mereka blm mahir tp mereka mencuba.. itu penting!, NAJIB pulak akn urus diri dgn cara terbaik.. dia nak bentuk org lain mmg dia susah tp dia pastikan diri dia tak susahkan sya! itu dia.. sya puji... TAUFIK pulak dia seorang yg sgt senang di arah... malah utk meminta tlg.. dia seorang yg sgt ringgan tulang... bg sya itu sayap sya juga... EYDIE pula dia ni seorang yg cpt! cpt dan lurus... dia akn buat apa yg sya nak... mmg itu penting! tak akn buat apa yg sya tak nak.... sbb dia blm mahir lagi... NIZAM pulak sya tgk dia terlalu mentah dlm pengalaman program! tp dia ni jenis yg nak berusaha! usaha itu penting! tp utk nizam sir nasihatkan usaha perlu disertakan dgn kemahiran juga.... pengalaman akn meberi kita mahir.. insyaAllah... semua tu utk korang SEMUA jadi yg terbaik dr yg TERBAIK!! amin...



JANIN - JANGAN BUNUH AKU : 27hb 5 2012 : saringan Negeri Johor
debaran mmg tinggi! tambah2 ble tgk anak2 buah sya turut merasai debaran itu... bila tgk mereka lagi gemuruh mmg sya rasa risau, risau utk mereka... utk mereka lancar! bg sya! sya dah tak kisah.. apa yg berlaku sbb bg sya! mereka dah cukup latihan dan blh lakukan yg terbaik. skrg tugas mereka... dr komen juri sya tgk mmg byk positif dan negetif! semua tu byk membantu sya utk buat yg lebih baik di saringan kebangsaan... bkn senang mendidik dan membawa teater di tempat yg sgt asing utk teater!!.. tp alhamdulillah penonton sgt bg sambutan yg sgt baik... malam tu berakhir dgn kegembiraan buat sya! sbb? walaupun blm thu keputusan tp sya dah MENANG! Menang mendidik mereka...
Setelah menjuarai Festival Teater Negeri Johor, Pihak Pusat Kokurikulum UTHM telah mengadakan Makan Malam Pneghargaan kepada kejayaan kami.. alhamdulillah...
JANIN - AL-ISRA 23hb 6 2012 : saringan Kebangsaan..
bila keputusan diberitahu bahawa kami juara dan layak ke saringan kebangsaan, sya terus call anak2 buah! dgn kesibukan exam... mereka mengatur jadual.. sya pulak mengatur jadual diri juga, sbb byk aktiviti dan tanggungjawab kena pikul... mmg sgt getir!! dugaan demi dugaan.. ble latihan kurang, sesi full dress dan priview mmg buat sya risau.. tp ok lagi.. ble set yg ditempah khas itu dtg dgn keadaan yg menyedihkan dan tidak kena langsung dgn pementasan.. malah lakaran yg kami buat, langsung tidak sama dgn apa yg mereka buat!! itu buat sya rasa PANAS!! tambah2 org mencabar kesabaran sya!! pergh... mengucap panjang sya!!! tp alhamdulillah... Allah tlg kami... demi dakwah! semua semakin baik sampai masa utk show! ble show berlangsung semua lancar dan sya lega sedikit sbb show nampak lebih baik dr latihan dan kritikan juri dan penonton yg dtg tidak mengecewakan sya! syukur....
baik pulih dr show awal :
1. kostum : dr kostum chorus yg seragam sya letak kostum2 yg menampakkan watak.
2. gerak2 yg terlalu sarat sya cuba kurangkan... kemaskan dan bg seimbang..
3. tambah beberapa babak lakon utk menjadikan cerita ranting yg diselitkan itu lebih kuat,
4. video Sofia lakonan Mira Norli, sya panjangkan dr video saringan negeri, sbb sya mahu menampakkan lebih dramatik dan ada dialog.
5. tidak menggunakan sebarang set! pada awalnya mmg penasihat menempah set dr UTHM, tp set yg ditempah tidak menepati kehendak pengarahan sya! jadi sya putuskan tidak ada set! tetapi pelakon perlu gunakan stage sebaik mungkin. alhamdulillah pelakon berjaya melakukannya.

Video Promo final JANIN :
video
~ Kritikan pada masyarakat zaman skrg tentang budaya BUTA mata, pada masalah sosial remaja!
~ Sentuhan naluri utk remaja! supaya sedar akan bahana Zina! konflik dan plot disusun dlm tingkat berita2 semasa, diselit dengan kisah Adam dan Sofia, sehingga lahirlah Azman...
~ teknik gerak! gerak yg ada subtek yg bermaksud cerita dan jalan cerita dlm Janin!
~ Talkin! ramai org takut mati! tp pernahkan org ckp dia takut akn masa sewaktu talkin? mereka yg berzina dan membuang bayi itu harus sedar! saat talkin di ucapkan... kita akn dihitung segala amalan.... disini sya memyentuh fasa semasa kematian berlangsung!
~ titian siratulmustakim! 1helai rambut dibelah 7, bayangkan.... org kata! klu kita jatuh dr titian itu.. anak kita yg beramal soleh atau yg meninggal sewaktu kecil akn menarik tangan kita! bagaimana anak itu mahu menarik tangan kita jika kita membuangnya!!!
~ pendakwah dan syaitan.... pembuangan bayi.... bermula dgn hasutan syaitan... mereka hanyut dan leka! lihatlah dgn mata kasar bagaimana syaitan dan iblis ini melakukan kerja kerjanya dgn jayanya!
~ dakwah dan nilai2 murni... sentuhan moral ini sya terapkan sungguh byk... dlm berteater dan bertanding.. sya rasa sesuai utk sya melangkah satu tahap utk berdakwah dgn cara sya... walaupun sya bkn pendakwah! amin...
corat coret hari berlangsung :
IMPIAN SAYA...
1. nak naikkan nama tempat sya bekerja...
2. nak bg pelajar sya ruang yg lebih luas utk merasai pengalaman berdikari dan berusaha..
3. nak bg pelajar sya 2nd kerjaya dan kemahiran...
4. nak meraih kejayaan di negeri sendiri dan naikkan nama negeri sendiri..
5. nak bukti kemampuan di tempat bru... yg asing dgn teater.. tp sya mampu.. insyaAllah..

video


tamat sudah...