Listen The Song in My Heart

Rabu, 2009 Ogos 26

aktiviti terbaru eddy....

lihatlah gamabar-gambar dibawah... sepanjang bulan 7,8 dan 9 ni eddy mmg sibuk... mcm2 aktiviti dilakukan... nak mencari sedikit rezeki Allah... nak menapung hidup.. dah habis um kenalah kerja dan terus kerja...

puppet show baru je kami buat.. eddy sbg manager telah mengumpul pelajar um, ask dan pelajar pilih kasih utk menjayakan puppet show ni. akhirnya berjaya dan mendapat pujian sekolah itu. terima kasih kami ucapkan terutama kepada PEMADAM KEBANGSAAN yang memberi kepercayaan kepada group kami membuat puppet show ini. Wesley housemeet aku... juga pegawai pemada.. telah memberi kerjasama yang sangat baik walaupun ada pertentangan pendapat tapi kami selesaikan dengan sikap profesnal... kak.zue, khir dan warga pemadam... terima kasih juga pada NAJWA,IKA,RAI,ARIS dan AMAN.. sbb sudi join group eddy...

kemudian dibawah tu pula ada gamabar malam anugerah fes.teater wilayah kl. eddy, azrul, ash, rai dan wes mengikuti katagori monolog. tp untuk pertandingan rai dan wes sebagai pembantu sahaja kerana krew dibenarkan 2 org sahaja. hahahaha lawak. oleh kerana masa tak cukup eddy terpaksa mengarah sendiri dan berlakon sendiri. sesi latihan juga hanya di rumah, kawasan perumahan dan dimerata tempat yg rasa sesuai.. alhamdulilah tidak tersasar jauh keputusan kerana walaupun tidak dapat mewakili wilayah ke peringkat kebagsaan kami telah berjaya mendapat tempat Naib Juara. ketiadaan pengarah dikatakan sbb eddy gagal untuk menang penuh. ermmm nak wat cam ner.. tak ada org yg free waktu tu.. tp jika itu diukur untuk begelar pemenang sya rasa mereka silap.. jika persembahan sudah bagus kenapa tidak begelar juara? hanya kerana tidak ada pengarah... USM penah menang... tanah bernanah pernah menang.. banyak lagi group pernah menang dengan membawa pelakon dan pengarah orang yang sama. kesimpuannya inilah dinamakan REZEKI. syukur juga begelar Naib Juara... tak la malu sangat..huhuhu


final pilih kasih... ermm ini lagi banyak kontrovesi ni... ada yg tya kenapa Reza Hasbi bukan juara? kenapa Diwan nawi kalah teruk? kenapa Iqbal menang? kenapa Wanina hanya tempat ke 5 dan ada juga bertanya kepada sya kenapa tenanga pengajar naik pentas berlakon macam orang bodoh! ayooo itu sya tak thu nak comment... nanti tersalah comment banyak hati yang marah...mulut mula mencarut..huhuhuh tak semua buruk... tp ada gak yg puji lakonan kak.erma fatimah best... rosminah tahir sporting dan along kamarudin ceria... yang penting disini adalah pelajar... tenanga pengajar membantu je... sya juga naik pentas.. walaupun sekadar warden gila hahaha... yang penting program ni berjaya... siapa ckp tak berjaya... siapa ckp bosan? klu tak berjaya kenapa penonton makin meningkat.. apa yg rtm dan tm bg thu pernah rangking cecah 1 juta penonton dan final telah mencapat puuhan juta. wah! dahsyat... mgkin orang yg tak suka pilih kasih dia pergi tgk pilih kasih senyap2 kat dalam bilik dia bersama anak bongsunya..hahaha


jadi nikmatilah gamabar - gamabr dibawah...

























macam mana? ok tak... ok la tu.................

Selasa, 2009 Jun 16

Setelah tamat di Universiti Malaya

KINI AKU BERGELAR ANAK SENI BEBAS... MENCARI SESUAP NASI DAN TERUS BERKARYA..

setelah tamat Universiti Malaya aku terus bekerja....
projek pertama adalah menjadi pembantu pengarah Erma Fatima untuk teater dari sekolah Atni "cover girld.. tribeut to Gaza"

kemudian aku menyusun langkah ke festival teater Wilayah untuk membawa monodrama "anak bulan di kampung wa'hassan" ke peringkat kuala lumpur..

persembahan itu nanti adalah pada 6hb7.2009 bertempat di taman budaya kl, pada jam 8.30malam... masuk adalah percuma.....


Pilih Kasih...









setelah sibuk menguruskan teater aku dipelawa utk menjadi jurulatih lakonan bawah arahan erma fatima untuk program reality TV PILIH KASIH. aku menerima dengan keterbukaan dan hati yg sangat teruja.... banyak yg aku pelajari disini...bukan setakat membimbing pelajar yg tidak berpengalaman sahaja malah aku juga mendapat ilmu dari pengarah hebat Erma Fatima.. sesungguhnya pengalaman itu sukar di beli.

Selasa, 2009 Mac 17

anak bulan di kampung wa hassan

Isnin, 2009 Januari 19

kemenangan Saiful Rezwan dan Nurul Farlina adalah kejayaan pusat kebudayaan (MPMUM)


dalam kenangan MPMUM 2008/09


SEKALUNG TAHNIAH KEPADA CALON MPMUM PUSAT KEBUDAYAAN

Saiful Redzuan dan Nurul Farlina

Setelah setahun menjadi MPMUM saya meletak jawatan dan menantikan siapa penganti saya dan bakal meneraju Exco Kesenian dan Kebudayaan MPMUM Universiti Malaya. saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dua pemenang kerusi kabenet MPMUM dibawah pusat kebudayaan adalah dua pelajar yang rapat dengan saya. Nurul Farlina yang saya kenal sangat sopan dan baik. saya yang suka bergurau suka memanggil orang dengan nama artis... 'nurul saya panggil Rahimah Rahim'.. begitu juga "saiful Redzuan yang kami panggil Pak Tam". Pak tam dan nurul adalah pelajar contoh. aktif dan cemerlang. saya lega bila kewarasan pelajar pusat kebudayaan memiih calon terbaik utk meneraju pusat kebudayaan. biar pun dari mana anda bumi dipijak Langgit dijunjung. Pusat kebudayaan harus diutamakan.

Harapan saya agar kedua penganti saya san syarafina dapat memberi sepenuh tenaga dan usaha bagi kebajikan pelajar pusat kebudayaan yang agak terpinggir ini. berusaha untuk bertindak lebih jauh. bukan setakat untuk kolej sahaja tetapi untuk Universiti Malaya. saya pernah menjadi MPMUM dan sangat aktif segai pengerak seni dan budaya, menjadi pengarah FESKUM. melakukan aktiviti MEGA di UM. pernah juga ada suara sumbang menghina mengatakan saya tidak aktif kolej dan mahu projek besar sahaja. tetapi kata-kata itu saya simpan dan jadikan pengajaran. saya aktif UM atau projek MEGA UM. bukan kerana jawatan tetapi kerana MPMUM sendiri. kerana mahu membantu UM. serta sewajarnya saya membantu UM dalam pelbagai projek dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk aktif kolej. jika berkelapangan saya tidak segan dan berat hati menerima pelawaan membuat projek kolej. saya pernah menjadi pengarah tilawah al-quran tuanku bahiyah, mengarah fes.teater kolej 12, dan dua. saya pernah menjadi koreografer perbarisan kemerdekaan kolej 12 dan sebagainya.


Buat adik ku Saiful Redzuan dan Nurul Farlina
berusaha setapak dan mendaki segunung berenang selautan.

Disini bermula cita dan kerjaya. jadikan pengalaman menjadi MPMUM segabai batu loncatan untuk menjadi pemimpin berguna. jika kita sedar bahawa kita berkebolehan dan ingin berjaya aturlah langkah... usah malu bertanya dan keraplah mengenal sesuatu yang baru. jangan sekali lupa diri. jgn sekali rasa bangga dan usah rasa diri diatas nun jauh tidak terlihat. Saya dulu pernah rasa dihina, dicaci dan di cela.. hanya kerana rambut saya agak style... saya yang bekerja part time sebagai hairstyle mencari duit untuk menyara hidup dibandar besar ini.. harus mempunyai rambut yang sesuai dengan kerja saya... jika tidak saya akan dibuang kerja. tp bukan la terlalu dahsyat.. tidak la berambut panjang mencecah bahu dan mewarnakan dengan warna pelik... masih lagi kelihatan seperti pelajar bermoral. saya jadikan caci maki itu sebagai kekuatan diri. saya tunjuk pada mereka bahawa saya lebih hebat dari mereka yang berkata-kata itu. saya meneraju FESKUM, saya menjadi pengarah bengkel PENAMPILAN PELAJAR, saya aktif di luar sebagai pelakon dan pengarah teater. masih ingat lagi bila atikal saya keluar di surat khabar dan majalah... baru la mereka membuka mata... biar apa pun celaan orang, kita rasalah rendah diri sedikit... biar kebenaran terbukti jua.. rasalah diri sama rata. semoga adik ku berdua dapat memberi yang terbaik... kita di Pusat Kebudayaan menantikan gegaran usaha mu... amin...




BERBAKTI KEPADA BANGSA AGAMA DAN NEGARA... UM DIHATI...

Rabu, 2008 Disember 31

Perginya 2008

Dewasa - remaja - muda - panas - matang... segalanya ilmu dunia..







Masih aku merasa bahang kepanasan PETA ASK 2005. Masa tu aku wat final projek pengarahan teater. aku major dalam pengarahan. bila diberi masa untuk mencari skrip aku pun mengeledah bermacam2 buku, perpustakaan, vcd, dvd dll. akhirnya aku memiih membawa teater bertajuk "tanah bernanah"... teater yg cukup mencabar sang pengarah. tambahan pula sebelum ini aminah raphor cemerlang membawanya bersama en.hamzah tahir... rasa gurau bercampur baur waktu tu... berkat kesungguhan dah keyakinan aku syukur skrip tu di luluskan. lepas ada skrip kena la cri pelakon. tiba2 en.zack meletak adika dan jamaliah dalam group aku bersama bob. syukur semua sekepala (walaupun adakalanya bercabang kepala dan pendapat) tp semua itu utk kepuasan semua pihak. setelah beberapa priview dijalankan aku bersyukur semuanya berlaku dengan icin dan senang. bila tiba masa persembahan aku cool je waktu tu sebab aku dah bertungkus lumus dan aku yakin sgt pelakon aku tak akn biarkan kepenatan latihan dibuang dengan persembahan yang tidak bagus. akhirnya semua melakukan tugas dengan bagus. dengan rasa rendah diri dan masih mentah aku berterima kasih pada orang penting yang menjadi tulang belakang kerjaya, pelajaran dan produksi ini.

selama beberapa tahun aku tak pernah bercakap mengenai seseorang. hari ini aku nak berkongsi dengan semua orang tentang harga sebuah terima kasih. DIA orang pertama yang ujibakat aku masuk ASK. dia juga menjadi ketua program teater yang byk membimbing aku. dia juga yang selalu menasihati aku, dia juga yang selalu marah aku (layak aku dimarahi), dialah yang melarang aku mengambil lakonan waktu diploma dulu, (Sbb dia nampak bakat lain aku yang lebih baik) dia juga yang menyuruh aku mengambil pengarahan... (terima kasih kerana menyedarkan saya)dia la yang sentiasa datang setiap persembahan aku.. walaupun persembahan dm studio... kerana dia aku kenal erti kepayahan dan apa itu dunia seni... (teater)..

sejuta kuntum bunga putih tanda terima kasih pun tak cukup utk aku dedikasi insan seni bernama EN. ZAKARIA ARIFIN. kalau en.z terbaca blog sya ni sya pertama sekali nak mohon maaf kerana sikap saya yang suka melawan dan beremosi... diwaktu belajar dulu... tp klu sekarang sya masih seperti dulu... en.zack tembak je sya... (sekarang sya dah tu... dah matang... tak kan buat lagi benda merugikan).. en.zack pernah melarang saya membuat persembahan model catwalk di black boox. tanpa mengetahui akibat buruknya saya berdegil melakukannya juga. tp skrg sya rasa kedegilan sya tu mmg perlu di ketuk kepala... (tp,en.zack baik). saya pernah merajuk dan menunding jari kerana sikap suka bersaing. bila orang lain dipanggil saya rasa terpinggir tp saya sibuk dengan show lain... tamak tu... hahaha

alhamdulilah segala pengalaman dan teguran beiau dan semua pensyarah lain yang sya hormati seperti ROHANI YUSOF, MARLIA MUSA, BAPAK WISRAN HADI, MARZUKI ALI, NAMRON, ABG IJAT, ZUBIR ALI DAN ADMAN SALLEH... telah memahami saya tentang apa itu dunia seni. gejolak dan cabaran bakal dan sedang menimpa... kini setelah 3 thn belajar di ASK, 1 thn bekerja dan 3 tahun di UM.. saya bakal keluar ke persana seni sebenar... inilah cabaran baru yang bakal saya lalui. jika dulu saya mahu mengejar apa di depan mata... tp skrg saya mahu mengejar apa yang di dalam minda....

harapan saya agar final rojek di um ini dapat memberi kepuasan dan peluang utk saya menapak dalam industri seni ini. jika dulu saya mengambil diploma pengarahan dengan mempertaruhkan pengarahan "tanah bernanah". kini saya membawa monodrama "anak bulan di kampung wa'hassan" lakonan saya di pentas teater kuala lumpur.... datang la beramai - ramai dan doakan kelancaran persembahan itu nanti.... sejujurnya saya sayang dunia seni (teater) dan saya akan memperjuangkannya... amin.

"DIA SUDAH SIAP SEDIA MENJADI PENGARAH" bapak wisran.....

adakah aku sudah bersiap sedia menjadi pelakon?.....

__________________________________________

2008 pergi .... muncul kini 2009.





Kengangan indah 2008 / Pahit simpan dalam peti besi...

1. anugerah dekan universiti malaya

semasa aku di semester ke dua awal thn 2008 aku dikejutkan dengan keputusan cemerlang dalam pepereksaan. Pointer aku mencecah record aku sendiri. Alhamdulilah aku dapat menjamah dekan. Sekali lagi di UM dan dulu pernah aku kecapi di ASK. Kepada semua rakan – rakan yang telah berjaya dalam pelajaran teruskan perjuangan anda. Bagi yang belum berjaya usaha sehabis mungkin. Jika hari ini bukan rezeki kita tentu esok pasti menjaji yang terbaik. Jika kita berjaya dengan cara kotor tentu tidak berbaloi nikmatnya. Tp jika kita berjaya dengan usaha kita tanpa sebarang cara kotor pastinya kejayaan itu akan membawa hikmah... amin...


2. majlis perwakilan pelajar universiti malaya

setelah dicalonkan dalam majlis perwakilan pelajar Universiti Malaya aku ters menang tanpa bertanding... (siapa berani nak lawan aku) hahaha.... lawak je... kat pusat kebudayaan UM ni mana ada pelajar yang nak masuk parti pembangkang... maka kami menang dengan senyum lebarnya...... mula – mula tu aku macam malas nak berpolitik ni.. tp bila mengenagkan inilah pengalaman yang harus aku kutip dan tidak ada di tempat lain aku dengan tabahnya menerima pelawaan seorang sinior... hasilnya.. cukup memberangsangkan.. aku dapat bertukar pendapat dengan pelajar luar negara, dapat berjumpa dengan MPP dari Universiti lain, dapat pergi ke tempat orang dan dapat meluahkan pendapat kepada orang yang berjawatan besar seperti menteri... ( menteri pendidikan dan menteri pengajian tinggi). Bukan itu sahaja aku telah ditawarkan menjadi pengarah dalam banyak program UM... Yang aku mampu aku buat la .. yang tak mampu aku tolak dengan cara baik... aku rasa khidmat aku dlm MPMUM cukup banyak... bukan sekarang duduk di kerusi dang goyang kaki... dengan rasa tanggungjawabnya aku telah mengotakan janji kepada MPMUM.. banyak bengke dan aktiviti yang aku buat.. semua untuk kepentingan pelajar dan UM. Baik dari segi kebudayaan, keterampilan diri dan keagamaan... walaupun aku pengerusi kesenian dan warisan aku juga orang islam yang sedar tanggungjawab... seagi mampu ku gagahi jua...


3. president kebudayaan dan warisan mpmum

bukan senang memegang jawatan pengarah.. duduk pun tak diam... menangani masalah... membantu pelajar dan membuat aktiviti.. masih aku ingat lagi masa pusat kebudayaan um mahu di pindahkan ke kampus kota... aku bertungkus lumus naik HEP dan metting dengan VC dan TNC.. memandangkan masalah besar bakal berlaku jika perpindahan itu aku membuat kertas kerja dan pujur rayu la... akhirnya berjaya tp, bukan usaha aku seorang .. usaha seluruh warga pusat kebudayaan dan jasa baik HEP dan TNC dan VC.


4. pengarah festival konvokesion universiti malaya

Festival konvokesion Universiti Malaya atau lebih dikenali dengan nama FESKUM adalah satu event paling besar dan utama di Univeristi Malaya. Menjanjikan lebih 60 ribu pengunjung datang melawat tapak dan menikmati pesta ini. Lebih 100 peniaga dan pihak sponcer harus di car, persembahan yang menarik dan menghiburkan wajib diadakan dari bermula 7 pagi hingga 11 malam. Universiti Malaya akan bergemerlapan seperti PESTARIA kota keriangan. Alhamdulilah... ada lebih 15 aktiviti sepanjang FESKUM 10 daripadanya aku punya idea. Lebih 50 gerai berjaya dibuka dan lebih 50 sponcer berjaya dicari. Izwan pilus, raihan, hijaz dan prof Ize datang memeriahkan majis... bermula perasmian FESKUM oleh yang teramat mulia tuanku raja nazrin shah. Masa nak bagi ucapan depan raja nazrin sya agak gemuruh. Tp bila dah dapat maikrofon terus tak nak lepas kalau boleh... selepas berlalu FESKUM08 dengan tidak disangka kami (aku dan MPMUM warga feskum) dijemput oleh raja muda ke istananya bagi mencamar duli berbuka puasa di istana dan bersembahyang taraweh bersama baginda. Tetapi malang sekali saya tidak dapat pergi kesana kerana ada show yang dah di tandatangan. Klu ikutkan hati mahu saja aku belah badan ni...


5. pengarah tilawah al-quran tuanku bahiyah Universiti Malaya

Dalam kegairahan membuat aktiviti seni dan pelbagai show aku tak lupa asal usul dan agama. Aku rasa bulan mulia (bulan puasa) begini la yang afdal membual amal ibadat ( tp bulan lain perlu juga) aku dengan senang hati menawarkan diri dalam EHRAM Tuanku Bahiyah. Seteah berjumpa dengan pengarah EHRAM aku diberi tanggungjawab untuk menjadi pengarah tilawah Al-Quran Tuanku Bahiyah Universiti Malaya. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.


6. mendapat ramai kawan baru dan dikelilingi org yang baik – baik

mengikuti feskum, menjadi MPMUM, menjadi pengarah Tilawah Al-Quran telah membuka ruang untuk sya menambah ramai kawan baru... jelas sekali masa open house rumah hari raya. Bila kawan MPMUM datang ( Raihana and Friend), kawan Tilawah Al-Quran ( Amy and Friend ) kawan Feskum (Azrul, Najiullah and friend ) juga datang serta ramai lagi kawan baru yang terus menjadi sahabat baik sya. Alhamdulilah saya tak kurang dan miskin dengan kawan. Walaupun saya ni jenis bukan suka mempunyai ’klik’ tapi saya tetap suka bersosial bersama kawan – kawan.


7. deko bersama eric

seperti pos yang lalu.. eddy ada ceritakan mengenai deko bersama eric... memang best la bila dapat buat perbubahan pada rumah kita, rasa lebih best bila nak balik rumah. Tp saya terpaksa berpindah ke rumah baru kerana ada masalah melanda kami serumah. Susah nak cakap.. bila bukan kesalahan kita tp kita yang terpaksa menanggung kesalahan orang lain. Apa pun saya bersyukur sebab dah ada rumah baru... hidup baru... tahun baru dan keselesaan baru...


8. party brithday aku

20 july 2008 bertempat di kolam renang condo bayu tasik kawan – kawan aku berkumpul denbgan hidangan yang lazat... macam – macam ada... thank to wes sebab sudi menyediakan kek kegemaran aku.... (s r) lagi... ramai gak kwn2 aku dtg... sempena brithday aku yang ke 27 tahun ni aku ada azam baru utk usia 27 iaitu aku nak...? adalah... nanti dah tercapai baru bagi tahu.... dan azam tahun baru aku nak.... ? rahsia gak la... dah tercapai baru aku bg tahu ... mungkin bulan 8 2009 akan tercapai kedua-duanya.


9. party brithday member

pada bulan 5 sebelum brithday aku... kita org bertungkus lumus membuat party brithday seorang kawan aku ni... akhirnya berjaya gak la... dan member aku tu kena campak ke kolam renang... hahaha...itulah kenangan manis yang tak semua orang rasa.. mungkin pada yang rasa malas dan tak ada org nak wat utk dia rasa benda cam ni poyo dan koya!! Tp bila anda sudah tua.. pasti anda cemburu melihat anak – anak anda yang melalui peristiwa itu... tapi zaman remaja anda terbuang dengan mengadap TV dan internet... tak guna beb....


10. party krismas

seperti hari raya. Jika kita tak balik kampung bagaimana perasaan kita. Jika kita ni anak buluh betong mungkin ya... tak ada sedih nya lagi.. tp kita ada kampung halaman ... begitu juga dengan kawan aku yg sorang ni.. dia tak balik sarawak masa krismas... so kita org ( org kuat aku Raihana) telah merancang satu party krismas yang menarik buat dia. Dengan bertopi merah dan hidangan makanan ala – ala itali seperti pasta dan spegety terasa kehangatan krismas di tepi kolam sangat meriah. Siapa yang tak join tu mmg malang la... yang buat malu – malu mmg rugi la... yang tak reti malu tu... thn depan aku tak jemput lagi... haha gurau je... yang pasti semua best... thank kepada kawan2 yang sudi datang... intan, kak ina, sadiq, ejay, dan lain2...


11. open house hari raya di rumah

selepas deko bersama eric kita orang berpakat membuat opeh house (mentang – mentang rumah dah cantik... kami pun mengajak la kawan – kawan seperjuangan. Yang lucunya tu eddy ajak 20 orang sahaja. Tp yang datang 40 orang. Ye la eddy kan ramai kawan, org yang disenangi.. ( ewah... puji diri sendiri..) kesian kpd rakan serumah yang lain... macam wes dan amer... kawan – kawan dia org sikit je datang, kawan amer tak dtg pun, kawan aku juga yang murah rezeki... amin... dapat pahala semua orang yg sudi menjamu...



12. pindah rumah

pindah rumah... dapat surat merah... life baru... lebih selesa, lebih bebas... 29 hb kitaorang pindah barang, bulan 1 2009 kami duduk rumah baru... tahun baru .. rumah baru... life baru... aku suka menghias rumah dan melakukan rekaan dalaman rumah, lihat je la hasil kerja aku semua ni… cat rumah dibatu oleh wes… hiasan dalaman eddy dan susun atus sya, wes dan madi.. hasilnya tak ubah seperti deko bersama eric… kasa impian …wah …

Ahad, 2008 November 09

kemuncak kesibukan pada oktober

antara gambar yang sempat diambil semasa aktiviti bulan lepas dan bulan ni... lepas semuanya berakhir aku pun pergi bercuti ke genting... lepas ni aku pos aktiviti percutian aku di genting ya... c u.. enjoy...






















Aku dah lama menyepi dari blog ini. tapi aku tak lupa kepada pembaca blog yang sudi meyinggah kesini. dengan rasa seronok aku menyelitkan cerita tentang aku pada bulan 10 dan 11 ni.

The bird. Bermula latihan pada awal bulan 8 sehingga bulan 10 latihan the bird berterusan sehinggalah berhenti seketika pada minggu raya dan disambung kembali sehingga show iaitu pada 24,25, dan 26 hb 10 2008

Saya memegang watak utusan dua adalah sesuatu yang memberi saya cabaran juga. Walaupun watak itu kecil tetapi saya mencari cara bagaimana untuk menjadikan watak itu istimewa dan diingati penonton. Watak Utusan dua juga bergabung lakonan dengan watak Utusan satu. Watak Utusan dua haruslah seiring dengan Utusan satu. Maka saya perlu konsisten dari segi tempo, dan semua bentuk penyampaian. Saya mengambil langkah untuk mencari keistimewaan watak agar tidak diperlihat sama sahaja seperti watak Utusan satu.

Dalam pencarian kelebihan untuk watak utusan dua ini saya telah memilih untuk menjadi watak yang lebih gelabah tetapi tetap focus pada diaolog dan bloking. Akhirnya saya mendapat rentak lakonan saya yang selesa dengan saya dan sesuai dengan watak utusan dua itu.

Kemunculan saya di bahagian penonton adalah kelebihan saya untuk menarik penontong mendekati saya dan saya dapat bermain dengan penonton. Walaupun selama ini saya banyak berlakon theater dengan membawa watak utama. Saya merasa bukan senang juga membawa watak kecil seperti ini. Sesekali seseorang pelakon itu perlu membawa watak kecil supaya mereka faham bagaimana membantu watak utama dan pastikan membawa watak itu dengan baik.

Tidak semestinya watak pembantu itu tidak penting. Malah bagi saya watak pembantu itulah yang akan membantu watak utama bagi menaikan lakonannya. Akhir sekali saya merasa selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan kostum dan stage.


manager utk final projek jabatan tari (real - by nurul)

Real adalah final projek jabatan tari Universiti Malaya .. buat pertama kali berlangsung di Audotorium Muzium Negara Kuala Lumpur pada 30 dan 31 hb 10 2008. pada awalnya saya ditawarkan menjadi stage manager kepada keseluruhan produksi final projek jabatan tari ini. Tetapi kesibukan saya mebatasi segala kerja dan membantutkan perjumpaan bersama jabatan tari. Akhirnya saya mengambil langkah menerima tawaran Nurul sahaja dalam membantunya menjadi Manager untuk persembahan koreografinya iaitu REAL.

Semasa awal pembabitan saya dalam kerjasama membantu Nurul saya merasa banyak perkara yang perlu dibantu dan diperbaiki. Nurul mengambil langkah bertanya dan belajar. Bagi saya Nurul cepat belajar dan boleh bekerja sendiri. Sehinggalah pada penghujung bulan Oktober Nurul sudah boleh melakukan projeknya dengan baik dan dia hanya meminta bantuan yang kecil dari saya.

Tahniah buat Nurul dan rakan – rakan tari yang lain. Semoga anda semua berjaya dalam dunia reality selepas ini. Pekerjaan menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar. Real, semalu dan raden galuh telah selesai dipersembahkan. Kini kami pula. Jabatan drama akan menyusul dengan final Projek di pentas – pentas Kuala Lumpur. Saya sendiri akan membawa Theater Anak Bulan Dari Kampung Wa’Hassan. Saya yang mengambil LAKONAN sebagai major akan membawa pelbagai watak dalam drama ini. Teknik lakonan MONODRAMA dibawah arahan Abg.Kema adalah impian saya sejak masuk aswara. Nantikan drama ini nanti.

PAMERAN FOTOGRAFI

Pada semester ini eddy mengambil koke FOTOGRAFI sebagai subjek koke yang wajib diambil sebagai pelajar Universiti Malaya bagi memenuhi syarat sebelum menghabiskan final pengajian.

Pensyarah fotografi adalah pegawai fotografer Pusat Kebudayaan En. Latimen. Maka senang sikit la kerja kami... kerana sudah sekian lama eddy bekerjasama dengan abg.lat dlm projek Pusat Kebudayaan. Oleh itu eddy dah tahu la tempo dia. Apa dia suka dan tak suka.

Syukur dalam pembentangan pertama kami mendapat pujian dari pensyarah. Eddy memilih tema Hairstyle. Senang dan mudah eddy garap dalam kerja nanti sebab bab tu yang eddy mahir. Abg.lat mahu kami membuat cover majalah.

Kumpulan kami telah sepakat mengambil idea eddy iaitu cover majalah hairstyle. Setelah berjaya dalam pembentangan kami meneruskan fotografi di studio Pusat Kebudayaan. Kerja menjadi lebih mudah apabila eddy sudah ada kamera fotografi dan pusat kebudayaan adalah tempat eddy.

Pada awal pemiihan kami ada tiga model yang akan di jadikan cover majalah. Seorang model dari fax Low kawan kepada ahli kumpulan kami telah bersetuju. Model sambilan yang kerap keluar majalan cina itu sangat berbesar hati menerima undangan kami, begitu juga dengan model jemputan eddy iaitu amera sukawan. Mera adalah rakan eddy di jabatan drama. Mira suka sekali bila eddy mengajaknya dan eddy thu dia pernah menjadi model dan sesuai untuk cover majalah ini. Manakala seorang lagi adalah Adel seorang pelajar drama berdarah campuran China, India, dan Nepel.. Wajah Pan Asia yang manis itu juga memberi sentuhan cemerlang pada cover majalah itu nanti.

Sekarang kami hanya menanti model yang free pada hari rabu sahaja. Apabila mira terpaksa pulang ke johor dan seorang lagi model sibuk dengan pengambaran iklan, kami mengambil Adel sebagai cover majalah ini. Lihatlah hasilnya....

HAIRSTYLIST DAN KELAS

Aimi Hair And Beauty menaifon saya pada akhir bulan 10 kerana ada perkera penting untuk dibincangkan. Pada 3 hb 11 saya pergi ke aimi hair and beauty bagi membincangkan perkara tersebut. Syukur kerana peuang saya dalam bidang Hairstylist terbuka luas.

Pusat Latihan MLVK AIMI ACADEMY akan beroperasi menyebarkan sayapnya diserata IPTA/S. Apabil pengarah utama akademi ini menghubungi saya sudah dijangkakan ada berita baik dan perlu usaha keras bagi menjayakannya.

Bermula pada bulan 12 ini saya akan membuka penyertaan kepada dua kategori. Kategori pertama pelajar Universiti Malaya dan kategori kedua bukan pelajar Universiti Malaya. Tetapi deduanya mendapat keistimewaan yang sama rata. Keistimewaan yang utama ialah anda boleh mempelajari ilmu perniagaan salon dan kecantikan. Hair and beauty. Anda boleh memilih antara hair or beauty. Selain anda tidak perlu membayar wang yuran pembelajaran seperti akademi lain yang menelan belanja RM 6600 untuk tahap 1 dan 6600 utk tahap 2 iaitu keseluruhannya RM13200. tak perlu risiko dan hanya perlu mendapat wang elaun RM300 Setiap bulan selama 1 thn belajar. Seronok dan beruntungkan…. Beajar percuma dan mendapat wang saku lagi… siapa mahu bagi? Kerajaanlah… MLVK Dan kementeriaan.

Yang pasti peuang sebegini tak banyak. Tak selalu. Alhamdulilah eddy pernah melalui peluang itu. Felda menaja pembelajaran eddy di aimi hair and beauty kalau tak mana nak dapat semua ni. Peluang dan ruang itu tak bayak untuk anak bumiputra. Kali ni eddy nak bg kat kawan – kawan lain. Jom daftar sekarang call eddy atau email no hp ke eddyrusdi_um@yahoo.com.my

Deko bersama eric pada 23 hb 10 2008.

Kezutannn!!!! Aku menerima kejutan telifon dari eric pada 14hb 10 jam 11 pagi aku dikezutkan dengan suara eric... dia ckp nak dtg tgk rumah... aku gelabah gila masa tu... hahaha kami pun berkemas mana yg patut... apa yang aku terkejut bila eric masih kenal aku waaupun dah lama kami tak jumpa. Masa jumpa dulu aku kerja di Multi Utama Produksion. Dalam beribu email dia boleh perasan email dari aku. Aku bersyukur sebab impian aku akan terlaksana. Rumah ku syurga ku...

Eric datang rumah dan mengukur mana yang patut. Eric juga mesra dan senang bekerjasama seperti dulu. Aku dah plan nak kezutkan wes. Sebabnya wes dah convo. Itulah hadiah dari aku. Aku nak beli hadiah tak byk duit la... tp benda ni pasti mengembirakan sahabat aku yang sorang ni... hahahaha

Pada pagi 23hb 10 aku bersiap sedia bersama lah, dan me dirumah. Tp eric tak muncul – muncul sehingga kami tertidor. Sehingga jam 11 pagi produser deko bersama eric menalifon bahawa mereka dalam perjalanan kerumah aku. Aku menyiapkan sekotak mineral dan tiga bungkus nasi lemak untuk eric dan krew. Tak ramai pun datang. Setelah sampai kami menunggu sponcer yang lain. Pada mulanya sponcer lantai datang bersama cat.. kemudian tv plama dan lampu. Kemudian barang lain seperti sofa, meja, almari, pasu dan banyak lagi.

Pada jam 2 petang semua sudah siap... semua krew gembira kerana dapat pulang awal tapi malang ada kemalangan sedikit dimana elektrik terputus kerana krew terpotong wayer, kerja penyambungan dibuat sehingga jam 5 petang. Kemudian eric menyusun dekorasinya. Setelah siap semua aku menalifon wes yang baru tamat metting di sekolah rendah jalan peel tempat dia mengajar. Aku menjemput wes dibawah rumah kerana eric takut wes terkejut dan pengsan. Jadi lagi satu masalah. Eric meyuruh aku memberitahu wes sedikit kejutan akan berlaku supaya wes tidak terlalu terkejut.

Setiba diatas krew dan kameraman bersiap sedia bersama eric dan kami menjerit kezzzuutttaannn.... dan berakhirlah rancangan DEKO BERSAMA ERIC DAN EDDY... huhuhuh thank eric... c u ... nice to meet u...

Rabu, 2008 Oktober 08

selamat hari raya


salam labaran



lagu raya wajib:

P. Ramlee

Suara Takbir


Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )
Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan


lagu raya kegemaran


Khairil Johari Johar

Sepasang Kurung Biru


Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...
lagu raya popular di hati
Annuar & Elina

Suasana Di Hari Raya


A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
apa pun lagu kegemaran kita di lebaran ini yang penting kita perlu hormat menghormati.... salam lebaran,....