TERKILAN MELIHAT KISAH VIRAL TENTANG PELAJAR DAN IBU BAPA
YANG MENYALAHKAN GURU BILA DAPAT KEPUTUSAN UPSR KURANG BAIK, TERGERAK HATI MAHU
BERKONGIS TENTANG PERJALANAN HIDUP SAYA DENGAN KEPUTUSAN UPSR YANG LANGSUNG
TIDAK BAIK!
Keputusan UPSR saya memang menyedihkan, saya akui ini semua
kerana saya degil, tak nak dengar cakap ibu bapa dan guru! Malas dan suka main!
Kerana itu saya akur dengan 2C dan 2D. Naik sekolah menengah saya mula tertarik
untuk jadi rajin kerana melihat kawan sekelas yang rajin, lama kelamaan saya
meningkat, naik satu kelas ke satu kelas, tapi keputusan PMR saya masih kurang
baik, mungkin kerana usaha yang kurang, apa bila naik tingkatan 4 saya jadi
lagi tertarik untuk belajar rajin-rajin kerana melihat pelajar bangsa lain yang
sangat rajin, Alhamdulillah keputusan SPM saya boleh dibanggakan keluarga
walaupun bukanlah cemerlang pun! Saya dapat sambung STPM dan seperti saya
jangka STPM bukanlah perkara mudah untuk saya, keputusan STPM saya juga tidak
memberangsangkan!
Hidup belum berakhir!
Selesai STPM saya memilih untuk bekerja, kali ni memang
memberi tamparan hebat pada diri saya! Saya kerja kilang yang sangat kotor!
Besi panas dan habis kulit muka berjerawat! Habuk yang sangat teruk disitu!
Buat saya tersedar “Sampai bila saya nak kerja macam ni”. Saya bertukar
bermacam kerja! Hinggalah saya menagis dalam hati, “sampai bila aku nak jadi
kuli”. Saya bangkit! Saya buka akhbar, google di internet! “Permohonan
menyambung pelajaran”
20-30 ipt dipohon, satu pun tiada jawapan…
Tekanan demi tekanan, keluarga mula bising dan diri sendiri
sudah tidak mampu menanggung hidup sendiri, kini saya peril bangkit lebih kuat,
saya tidak terus kecewa walaupun sudah memonoh banyak ipt untuk menyambung
pelajaran, mungkin kerana keputusan SPM dan STPM saya tidak baik. Nak sambung
swasta kosnya terlalu tinggi! Jadi saya harus mempersiapkan diri dahulu untuk
menyambung pelajaran. Saya memilih untuk menyambung dalam bidang seni, ya Seni
Teater!
Melangkah dari ruang selesa!
Saya baca di syarat kemasukan Akademi Seni Kebangsaan,
selain keputusan SPM, pengalaman dan hasil kerja juga dilihat untuk lepas ujian
kemasukan. Jadi saya kumpul segala pengalaman dan sijil selama lebih 1tahun
itu, merata saya pergi, berpuisi, menulis puisi, melukis, menyertai sayembara
puisi, berlakon teater dan menari. Lengkap semuanya saya aply lagu Akademi seni
kebangsaan yang kini dikenali dengan singkatan ASWARA.
Alhamdulillah saya berjaya masuk ASWARA!
Peluang yang ada saya tidak sia – siakan, ini sahaja peluang
yang saya perolehi, mungkin Allah memberi peluang kedua dalam hidup saya! Maka
ianya tidak akan saya persiakan, setiap detik dan saat saya manafaatkan, saya
gunakan masa cuti dengan mengikuti projek teater dan bekerja production agar
saya boleh bersaing dengan graduan seni lain, syukur! Ibu bapa sangat memahami…
Pemergian ayah tercinta!
Disaat saya ghairah belajar seni, arwah ayah dijemput ilahi,
saat itu saya cukup terkilan kerana arwah ayah tidak dapat melihat saya beraksi
dipentas dan di tv, namun saya cukup tenang kerana sempat menjagannya sewaktu
dia sakit, semangat arwah ayah saya bawa untuk terus berjaya, pesan ayah! Terus
belajar walaupun kita sudah kecapi kejayaan… Alhamdulillah.. aku berjaya
menamatkan pelajaran di ASWARA dengan mendapat keputusan yang sangat baik,
pernah juga mendapat anugerah Dekan pada semester akhir. Paling manis buat aku
final projek diploma mendapat keputusan cemerlang.
Mendapat tawaran ke UNIVERSITI MALAYA!
Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama… Ya Allah ya
tuhan ku! Sewaktu keputusan UPSR dulu, aku rasa inilah tempat paling mustahil
untuk aku jejaki sebagai mahasiswa! Universiti terunggul Malaysia! Tempat
paling dikagumi oleh semua guru-guru ku! Setiap anak kampung yang masuk belajar
disini, satu kampung akan bangga! Satu sekolah akan dijaja! Hari itu, hari
paling bermakna buat aku! semester demi semester! Aku gunakan sebaik mungkin,
apa sahaja peluang aku tidak akan tolak, kerana ianya sungguh bermakna buat
aku, selama tiga tahun di Universiti Malaya, aku pernah menyandang jawatan
dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, menjadi pengarah Pesta
Konvokesyen Universiti Malaya dan banyak lagi, pernah juga mendapat anugerah
dekan dan menjuarai Festival Teater University Malaya dan mendapat pengarah
teater terbaik. Kini
Kerja dan terus belajar..
Kini aku terus menyambung pengajian dalam bidang Sarjana
(Master) dan bekerja ditempat aku sambung belajar ini. Pesan saya pada semua
adik-adik yang terlalu kecewa dengan keputusan UPSR, bangkitlah! Itu bukan
jalan penamat malah itulah permulaan untuk kita lebih berjaya! Malah ada juga
kawan-kawan saya yang mendapat keputusan UPSR cemerlang, tapi perjalanan mereka
hanya setakat SPM dan sijil sahaja! Jangan putus asa! Allah bagi kita bumi yang
luas! Terbang dan bangkitlah…
Tips pada mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran :
1. Cari kelebihan diri anda, bakat atau kemahiran.
2. Asah bakat atau kemahiran itu dengan baik
3. Belajar dan tambah ilmu untuk jadikan bakat anda luar
biasa
4. Kumpul pengalaman dan ilmu dari bakat dan kemahiran anda
5. Mantapkan diri dan resume bersama sijil dari bidang
kemahiran anda
6. Sambung belajar, ambil sijil, diploma dan ijazah yang
berkenaan dengan kemahiran anda
7. Cari pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran anda
8. Sambung pelajaran dalam bidang kemahiran anda yang lebih
tinggi iaitu Master & PHD
9. Lihat hasilnya…
10. Anda jauh lebih berjaya.
Catatan dari :
Eddy Rusdi.
2 ulasan:
Salam Bro Eddy. Boleh tak bro eddy reply di email sy afiffasri96@gmail.com. Sy ada perkaraa yang nak dirujuk. Terima kasih byk byk !
Betway NJ Casino: 100% match up to $200 deposit bonus
Betway NJ Casino: 100% match up to $200 deposit bonus When you sign up today 원주 출장안마 and make a first deposit 하남 출장마사지 of $20, you can 강릉 출장샵 claim Rating: 3.9 의왕 출장안마 · 부산광역 출장샵 Review by JD Kastin
Catat Ulasan