Sabtu, 19 November 2016

UPSR tidak cemerlang tapi masih boleh cemerlang di Universiti

TERKILAN MELIHAT KISAH VIRAL TENTANG PELAJAR DAN IBU BAPA YANG MENYALAHKAN GURU BILA DAPAT KEPUTUSAN UPSR KURANG BAIK, TERGERAK HATI MAHU BERKONGIS TENTANG PERJALANAN HIDUP SAYA DENGAN KEPUTUSAN UPSR YANG LANGSUNG TIDAK BAIK!

Keputusan UPSR saya memang menyedihkan, saya akui ini semua kerana saya degil, tak nak dengar cakap ibu bapa dan guru! Malas dan suka main! Kerana itu saya akur dengan 2C dan 2D. Naik sekolah menengah saya mula tertarik untuk jadi rajin kerana melihat kawan sekelas yang rajin, lama kelamaan saya meningkat, naik satu kelas ke satu kelas, tapi keputusan PMR saya masih kurang baik, mungkin kerana usaha yang kurang, apa bila naik tingkatan 4 saya jadi lagi tertarik untuk belajar rajin-rajin kerana melihat pelajar bangsa lain yang sangat rajin, Alhamdulillah keputusan SPM saya boleh dibanggakan keluarga walaupun bukanlah cemerlang pun! Saya dapat sambung STPM dan seperti saya jangka STPM bukanlah perkara mudah untuk saya, keputusan STPM saya juga tidak memberangsangkan!

Hidup belum berakhir!

Selesai STPM saya memilih untuk bekerja, kali ni memang memberi tamparan hebat pada diri saya! Saya kerja kilang yang sangat kotor! Besi panas dan habis kulit muka berjerawat! Habuk yang sangat teruk disitu! Buat saya tersedar “Sampai bila saya nak kerja macam ni”. Saya bertukar bermacam kerja! Hinggalah saya menagis dalam hati, “sampai bila aku nak jadi kuli”. Saya bangkit! Saya buka akhbar, google di internet! “Permohonan menyambung pelajaran”

20-30 ipt dipohon, satu pun tiada jawapan…

Tekanan demi tekanan, keluarga mula bising dan diri sendiri sudah tidak mampu menanggung hidup sendiri, kini saya peril bangkit lebih kuat, saya tidak terus kecewa walaupun sudah memonoh banyak ipt untuk menyambung pelajaran, mungkin kerana keputusan SPM dan STPM saya tidak baik. Nak sambung swasta kosnya terlalu tinggi! Jadi saya harus mempersiapkan diri dahulu untuk menyambung pelajaran. Saya memilih untuk menyambung dalam bidang seni, ya Seni Teater!

Melangkah dari ruang selesa!

Saya baca di syarat kemasukan Akademi Seni Kebangsaan, selain keputusan SPM, pengalaman dan hasil kerja juga dilihat untuk lepas ujian kemasukan. Jadi saya kumpul segala pengalaman dan sijil selama lebih 1tahun itu, merata saya pergi, berpuisi, menulis puisi, melukis, menyertai sayembara puisi, berlakon teater dan menari. Lengkap semuanya saya aply lagu Akademi seni kebangsaan yang kini dikenali dengan singkatan ASWARA.

Alhamdulillah saya berjaya masuk ASWARA!

Peluang yang ada saya tidak sia – siakan, ini sahaja peluang yang saya perolehi, mungkin Allah memberi peluang kedua dalam hidup saya! Maka ianya tidak akan saya persiakan, setiap detik dan saat saya manafaatkan, saya gunakan masa cuti dengan mengikuti projek teater dan bekerja production agar saya boleh bersaing dengan graduan seni lain, syukur! Ibu bapa sangat memahami…

Pemergian ayah tercinta!

Disaat saya ghairah belajar seni, arwah ayah dijemput ilahi, saat itu saya cukup terkilan kerana arwah ayah tidak dapat melihat saya beraksi dipentas dan di tv, namun saya cukup tenang kerana sempat menjagannya sewaktu dia sakit, semangat arwah ayah saya bawa untuk terus berjaya, pesan ayah! Terus belajar walaupun kita sudah kecapi kejayaan… Alhamdulillah.. aku berjaya menamatkan pelajaran di ASWARA dengan mendapat keputusan yang sangat baik, pernah juga mendapat anugerah Dekan pada semester akhir. Paling manis buat aku final projek diploma mendapat keputusan cemerlang.

Mendapat tawaran ke UNIVERSITI MALAYA!

Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama… Ya Allah ya tuhan ku! Sewaktu keputusan UPSR dulu, aku rasa inilah tempat paling mustahil untuk aku jejaki sebagai mahasiswa! Universiti terunggul Malaysia! Tempat paling dikagumi oleh semua guru-guru ku! Setiap anak kampung yang masuk belajar disini, satu kampung akan bangga! Satu sekolah akan dijaja! Hari itu, hari paling bermakna buat aku! semester demi semester! Aku gunakan sebaik mungkin, apa sahaja peluang aku tidak akan tolak, kerana ianya sungguh bermakna buat aku, selama tiga tahun di Universiti Malaya, aku pernah menyandang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, menjadi pengarah Pesta Konvokesyen Universiti Malaya dan banyak lagi, pernah juga mendapat anugerah dekan dan menjuarai Festival Teater University Malaya dan mendapat pengarah teater terbaik. Kini

Kerja dan terus belajar..

Kini aku terus menyambung pengajian dalam bidang Sarjana (Master) dan bekerja ditempat aku sambung belajar ini. Pesan saya pada semua adik-adik yang terlalu kecewa dengan keputusan UPSR, bangkitlah! Itu bukan jalan penamat malah itulah permulaan untuk kita lebih berjaya! Malah ada juga kawan-kawan saya yang mendapat keputusan UPSR cemerlang, tapi perjalanan mereka hanya setakat SPM dan sijil sahaja! Jangan putus asa! Allah bagi kita bumi yang luas! Terbang dan bangkitlah…

Tips pada mereka yang tidak cemerlang dalam pelajaran :
1. Cari kelebihan diri anda, bakat atau kemahiran.
2. Asah bakat atau kemahiran itu dengan baik
3. Belajar dan tambah ilmu untuk jadikan bakat anda luar biasa
4. Kumpul pengalaman dan ilmu dari bakat dan kemahiran anda
5. Mantapkan diri dan resume bersama sijil dari bidang kemahiran anda
6. Sambung belajar, ambil sijil, diploma dan ijazah yang berkenaan dengan kemahiran anda
7. Cari pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran anda
8. Sambung pelajaran dalam bidang kemahiran anda yang lebih tinggi iaitu Master & PHD
9. Lihat hasilnya…
10. Anda jauh lebih berjaya.

Catatan dari :

Eddy Rusdi.














2 ulasan:

Afiff berkata...

Salam Bro Eddy. Boleh tak bro eddy reply di email sy afiffasri96@gmail.com. Sy ada perkaraa yang nak dirujuk. Terima kasih byk byk !

pandyajahlie berkata...

Betway NJ Casino: 100% match up to $200 deposit bonus
Betway NJ Casino: 100% match up to $200 deposit bonus When you sign up today 원주 출장안마 and make a first deposit 하남 출장마사지 of $20, you can 강릉 출장샵 claim  Rating: 3.9 의왕 출장안마 · 부산광역 출장샵 ‎Review by JD Kastin