Rabu, 4 Februari 2015

Cabaran 2015 dan janji pada diri.

 2015 Bermula dengan penuh bergaya, pada 21 Januari 2015 akhbar Sinar Harian Malaysia menyiarkan tentang kejayaan program bengkel tari dan puppet show saya bersama kelas senitari yang saya ajar. Alhamdulillah....




Hujung Januari pula saya telah membuka keputusan sambung master sebacara on9. Alhamdulillah saya berjaya melepasi beberapa syarat menyambung master di UTHM, walaupun saya bukan pemegang ijazah kejuruteraan tapi saya dapat menyatukan dua eliment penting untuk kajian saya, iaitu seni dan bahasa melayu di Fakulti teknikal dan vokasional. Syukur, segala impian semakin dipermudahkan...




ER And The KELKATU
Sebenarnya penubuhan team the Kelkatu ni adalah untuk bantu para pelajar yang berbakat kt UTHM ni cari duit belanja, pernah ada satu situasi tu, sedang latihan untuk show dalam UTHM, ada pelajar yang belum makan, saya suruh dia pergi makan dulu tapi dia cakap tak ada duit! saya terkesima. Teringat dulu masa saya belajar, susah juga, pernah tak makan, berlapar tapi saya pergi cari job, dapat buat job (perform) terus pergi makan sedap - sedap, bli stok maggie banyak - banyak terus.

ER And the Kelkatu sediakan perkhidmatan 
BAND / NYANYIAN / TARIAN / MC / HOST / AKUSTIK PUISI 
untuk majlis orang kawin, majlis kemasyarakatan dll.
pakejnya murah je, serendah rm200 - rm800
TAPI KALAU NAK KAMI BUAT GEMPAK, BOLEH JE!~
sebenarnya mengikut kemampuan dan permintaan la...
kalau berminat boleh hubungi saya : 0127588776 



HIGH SCHOOL MUSICAL - MUET MY WAY
Menyahut seruan Universiti.. membantu masalah MUET



 Kalau nak cakap pasal masalah Bahasa Ingeris memang saya tak nafikan, mak ayah dok cakap jawa, bugis, kelatey, nogori, malakau, muo dan sebagainya, macam mana anak nak fasih omputih? tapi tak bolehlah salahkan ibu bapa kita yang tidak belajar tinggi tu! kalau zaman saya sekolah dulu, cikgu Bahasa Ingeris suka tulis kat papan hitam dan suruh kami salin je 24jam, agaknya dia ingat dengan menyalin tu semua benda 100% boleh masuk otak? tapi tak boleh juga nak salahkan guru, sebab tugas dia hanya disekolah, sebenarnya KITA ni, diri KITA! kena ada minat dan kesungguhkan, macam saya minat nak mampos pada seni, tu semua sebab diri saya, kesungguhan yang luar biasa diberikan pada seni! sebab tu saya jarang sesat dalam selok belok seni ni, (kalau sesat tahu la jalan pulang). tapi jika masyarakat seperti pensyarah, guru, dan semua dari mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan (kerja dalam Universiti/Kolej) memainkan peranan, saya yakin serba sedikit dapat membantu, pada tahun lepas, saya lihat Dato NC UTHM yang sangup turun padang, buat MUET MY WAY versi pertandingan karaoke, dia siap turun menyanyi lagi, jadi kenapa tidak kita yang memang bekerja untuk pelajar tidak lakukan seperti itu! dengan apa yang ada pada saya, tanggungjawab sebagai pengajar kokurikulum disini, saya terpanggil untuk mementaskan sebuah pementasan teater dalam Bahasa Ingeris yang bertemakan MUET MY WAY bertajuk "HIGH SCHOOL MUSICAL. InshaAllah tarikh dan masa akan saya beritahu melalui FB saya ini nanti.



MUZIKAL PUTERI GUNUNG LEDANG



 Selepas habis semester depan ni, hujung tahun 2015 saya akan mementaskan pula Muzikal Puteri Gunung Ledang, kenapa saya pilih naskah hebat ini? kerana saya mahu cabar diri saya dan para pelajar kelas Senitari saya di UTHM ini. Kali ni saya akan turun padang untuk beraksi, setelah sekian lama orang disini tanya bila nak tengok encik beraksi dalam UTHM ya?, ok.... inshaAllah hujung tahun ni saya akan turun padang bersama students saya bagi kelas Senitari Tradisi dan Kreatif. Tapi macam biasalah saya tak boleh ambik watak besar, sebab saya kena mengarah dan melatih, jadi kepada para pelajar UTHM yang berminat untuk menjadi Hang Tuah 5sahabat boleh la daftar kelas Senitari Tradisi dan Kreatif untuk sem 1 bulan 6,7 nanti ok. 


KE FESTIVAL TEATER NEGERI JOHOR

#Throback 2012

Sejarah UTHM (dibawah bimbingan saya) membawa produksi ke Festival teater negeri Johor ni sangat manis, kerana pertama kali kami sertai pada tahun 2012, kami telah mendapat tempat pertama (juara) negeri, kemudian lawan saringan ke kebangsaan, kami tersenarai 6 terbaik seluruh Malaysia dan mara ke Kebangsaan. Kemudian pada tahun 2013, pada awalnya saya tak nak masuk sebab sibuk dengan Festival Tari Sakti, tapi saya gagahi juga masuk untuk katagori Monodrama, dapatlah Naib Juara. Tapi 2015 saya dengan rasa semangatnya nak bawa kedua - dua katagori ke Fes Teater Negeri Johor 2015 kelak. InshaAllah yang terbaik saya akan usahakan.

Saya berminat untuk panjangkan naskah Puan Rahimah Muda dan Cikgu Rohaidah Yon ini, saya mengikuti sesi latihan dan persembahan apabila mereka menyertai PENGISAHAN KEGENARAAN 2014, persembahan mereka hanya 15minit sahaja, tapi cabaran untuk saya menjadikannya 1jam dan skrip yang asal itu saya terpaksa olah hampir 80%. Cabaran itu saya suka. Saya sahut dengan kesungguhan. Cuma kali ni saya akan selitkan eliment Ingeris sedikit dalam pementasan.

#Throback 2013

Naskah monodrama 2015 ini nti memang idea saya sepenuhnya dari kisah benar, nak tahu apa kisahnya kena la tunggu pementasannya, kali ni saya dah dapat pelakon yang sesuai untuk naskah ni. Harap - harap menjadi la! amin... 



FESTIVAL GAMELAN 2015

 Sewaktu menyertai Festival Gamelan 2014, saya sangat teruja tengok semua perfoman IPT lain, saya terfikir sebenarnya persembahan di Festival ini boleh pergi lebih besar dari apa yang saya bayangkan. ok! saya nak cuba masukkan eliment lakonan pula selepas ini, selain tari dan muzik yang semangnya sudah kukuh disitu. InshaAllah saya akan curahkan segala ilmu teater dan performing arts pada para pelajar disini. Apa yang menariknya disini saya nak cuba bawa naskah Puteri Nilam Sari yang pernah saya lakonan dulu (2004 di ASWARA) dalam bentuk randai, tapi kali ni pokok utama dia adalah gamelan. saya cuba! inshaAllah...

Boleh la tengok video Fes Gamelan 2014 disini 



PERSEMBAHAN AKUSTIK PUISI DAN PENGHAYATAN KEPADA REMAJA

Persembahan puisi yang biasa kita tengok adalah dengan melontarkan bait - bait kata dengan emosi yang kuat, tetapi kali ini saya mahu membawa band Kelab Warisan UTHM team lelaki (Cenderawasih team) mengiringi puisi saya dengan irama dan bacaan yang penuh emosi. Sebenarnya teknik ini sudah biasa di Indonesia, cuma agak asing di Malaysia, namun begitu ada beberapa kumpulan yang aktif mempersembahkannya di sini cuma belum dikenali ramai, seperti team Fynn Jamal, Team Fazliana Hisyamudin dan ramai lagi. Sebenarnya cara ini lebih menarik dan anak muda suka, ianya tidak terlalu terkongkong dengan cara. inshaAllah nanti saya akan masukkan videonya kalau sudah berlangsung. 


Harapan 2015 ini akan lebih produktif, walaupun sibuk dengan Master dan tugasan wajib di Unit Kebudayaan, itu bukan penghalang untuk terus berkarya dan lebih aktif, saya tak nak lepaskan masa - masa ini dengan memori biasa - biasa, seperti yang selalu saya pegang "Hebatkan yang biasa - biasa, biasakan yang hebat - hebat" inshaAllah....

Tiada ulasan: