Ahad, 12 Januari 2014

Penutup 2013. Kejayaan dan Kemenangan

Alhamdulillah 2013 telah melabuhkan tirai.. bila sebut tahun baru.. tentu azam baru yg sibuk diperkatakan, begitu juga dengan empunya diri ni, syukur... 2013 telah membawa saya mencapai azam yang bertahun tahun tak tercapai, tp azam tu tercapai bila mula 1hb1 2014! sebelum ni saya buka production sendiri, buat teater dan buat semua kerja2 seni. kemudia blik Johor, menetap di Batu Pahat, mengajar di pusat Kokurikulum UTHM sebagai staf kontrak shj. sebenarnya ada byk hikmah sya pulang ke Johor dan masa tu masih staf kontrak, syukur kerana byk hal keluarga dpt sya uruskan dengan lancar masa tu, penghujung 2013 sya ditawarkan sebagai staf harian Unit Kebudayaan, tak sia-sia usaha keras sya selama ni di UTHM, org nampak hasil kerja saya, bila dh di Unit Kebudayaan sya tak sia-siakannya, sya tunjuk kebolehan saya, akhirnya setelah menjalani tapisan sya berjaya tetap pada 1hb 1 2014 ni. jika kita berusaha dan ikhlas, insha ALLAH semuanya akn lebih baik dan rezeki akn sentiasa menghampiri kita. alhamdulillah......
Tugas terakhir 2013 di Unit Kebudayaan masa staf kontrak hari tu ialah membawa persembahan tarian ke pertandingan Fes Tari SAKTI Piala Dr Tun Siti Hasmah, Alhamdulillah... mendapat 2nd runner up sebaris dengan ASWARA di 1st runner up dan winner UITM Shah Alam, menewaskan 4 IPT lain. syukur, aku bertindak sebagai koreografer kreatif dan pengawai pengiring yang memantau. Walaupun dengan usaha sendiri tapi hasil dari keyakinan dan sedikit kajian, alhamdulillah semuanya membuahkan hasil. Syukur dengan bergaya kami menutup kalender 2013 di UTHM ini.








alhamdulillah... terima kasih semua, kenangan indah ini tidak akn pernah padam. tq 2013.

Tiada ulasan: