Ahad, 10 Februari 2013

XTVT Broga bukan sekadar memanjat gunung!




Salam... ok la! setelah sekian lama saya tak tulis pasal aktiviti harian yang seperti dulu - dulu, kali ni saya nak kongsi pengalaman bawa anak buah di KUAZ (Kolej kediaman Ungku Aziz UM) ke Gunung Broga! (sebenarnya mereka yang bawa saya bukan saya bawa mereka) tapi yang penting pengarah dia la yang mulakan cetusan idea nak pergi sebab tengok gambar dia org sebelum ni cantik - cantik (berangan la nak berfotografi bagai). masa ni saya buat job dengan Kolej kediaman Ungku Aziz UM ni untuk projek FESTIVAL TEATER UM, seperti dulu kala, memang saya yang akan mengarah sebab saya sudah cukup biasa dengan anak buah saya ni, (dari mereka kosong sampailah mereka Juara dua kali dan anugerah khas juri sekali) alhamdulillah pihak atasan kolej ni masih mempercayai kebolehan dan keupayaan saya membentuk pelajar bukan kebudayaan memahami teknik lakonan teater. dipendikkan cerita, 10hb 2, ahad (hari ni) adalah hari cuti raya cina. Ramai yang tidak ada dikolej utk meneruskan latihan teater jadi mana yang ada saya merancang untuk buat aktiviti luar! tercetuslah XTVTI ke gunung broga hill ini. maka jadinya, saya berkemaslah barang - barang pada malamnya! teruja punya pasal sampai tak boleh nak tidor! hambik dia!!! memang letih sangat - sangat! mata mengantuk, badan tak cukup rehat dan kepala pening! macam mana nak panjat gunung bedol hoi!!! tapi ku ceriakan juga diri ini, konon - konon ok la!!!



 setelah ditolak tambah, inilah rasanya barang yang sesuai bawa, sebab bertolak sebelum subuh! kemudian berhenti solat subuh hendak basuh muda dan lain - lain, pastu konon - konon nak berfotografi bagai la.... bawa la baju lain sbb baju yang pakai tu akan berpeloh..kan!!! hah.. tunggu nanti bawa ni tengok apa terjadi... lol....

mula - mula janji nak berkumpul jam 3am! haiyo manyak awal ooo.. walaupun aku org pertama yang siap sedia! pastu bila bincang di fb, turun jam4pagi - 4.30pagi. memang aku la org pertama yang turun... pastu tak boleh tahan, pergi bilik anak buah lain, rupanya mereka saling mengejut kawan - kawan (bagusnyeee)... siap berkumpul semua ada juga yang last minit tak jadi ikot! (seperti dijangka) sengkuang!! tp tak pe la sebabnya! nanti kat bawah kita cerita! hahaha lol....  tapi diganti oleh seorang kawan yang juga penyelia kolej ini bersama rakannya (skema ayat), bertolaklah dua kereta ke Semenyeh. 10 org shj la... sampai shj di semenyeh kami rehat di petronas, tapi awal subuh petronas tak buka pintu jadi tak puas nak beli dari kaunter je, so kami bergerak kedepan sikit utk tengok - tengok kedai - kedai makan yang dah buka, kedai apa lagi yang buka jam4pagi? tak lain tak bukan MAMAK in the house la!! tp selama ni kalau saya sarapan pagi di mamak selalu mmg nasi lemak dia sedap! try la ambik nasi lemak, tp kali ni agak mengecewakan dgn ayamnya yang sudah keras! argh! spooooi mood betul la pagi2 ni... tapi tea tarik dia mmg superb! mamak kan!!! makanlah kami disitu dengan bahagiannya!!! 


 menarikkan rupa nasi lemak ni, tp jangan pandang pada rupa shj! hahahaha


selesai makan kami singgah masjid berhampiran, solat subuh! selesai solat tiba2 perot ku seperti ada upacara tari menari, nasi lemak dan tea tarik tadi berdansa ria pulak! terus menari aku ke tempat misteri itu! hahaha... lol... selesai bermisteri, perjalanan diteruskan kesana, sampai je disana, kereta parking di bawah pokok kelapa sawit hak milik org cina, siap ada org jaga parking lagi! RM2 ok! tak ada free2... (padahal raya cina tu, sangup 2minat cina ni ddk kat bawah pokok kelapa sawit jaga parking) mgkin dia ada sbb la tu, thn ni ong tak berapa nak ong so kena kerja lebih! hehehe....
sebelum aku cerita kisah pendakian yang akan bermula ni, aku dok terfikir yang aku skrg dh cecah angka 3 (30-an) tp budak2 yang bersama aku ni semuanya awal 20an, 8-10thn beza. jadi jgn hairan klu cerita selepas ini memang agak dramatik dr aku! kahkahkah (korang sure dah agak apa yang berlaku kan!! nanti dulu... jgn agak lagi... baca lagi la) hahaha...lol


Nampak memang senang! tapi bila ikot budak2 yg muda belia ni aku jadi semput!
mula - mula jalan, mcm biasa je, rasa macam boleh layan lagi la... tapi bila dah lama x bersukan! (jarang - jarang) pastu tak tidor! dan MAKAN NASI LEMAK DAN TEA TARIK tadi aku jadi mengah yang teramat sgt! teruknya!!! sebab sebelum ni kalau di UTHM rasanya tak la seteruk ni... nampaknya aku kena buat sesuatu lepas ni! memanglah budak2 ni lebih muda 8-10thn dr aku, mereka siap berlari selumber je naik atas! senyum je... aku pulak mcm tercekek sengkuang! hahaha... tp bila jalan punya jalan, rupanya ramai lagi yang lebih teruk dr aku! ada yg tersadai tepi pokok, ada yang muntak tepi batu, ada yang tersungkur kat rumput! sekurangnya aku hya keluar angin je! bueek! bueek! (ges nasi lemak mamak) jaga kau mamak!! hahaha... tp aku tak kesorangan, anak - anak buah aku sgt2 lah prihatin kat abang dia sorang ni ( bkn abg dah! ayah!) setiap kali naik, mereka bertukar - tukar follow aku! terasa seperti warga tua pulak!!! hahahaha (malunya, rasa mcm x nak tersukan tulis) tp Famie, Ijan dan Shamie la yang byk mengfollow aku! razie dan famie tlg bawa beg (beg berangan aku tu! konon bawa baju, tuala segala bagai)

 tengok tu! dia boleh wat muka lagi! aku? lemau dah!...

tapi segalanya terbayar bila satu persatu pemandangan indah dpt dilihat. Serius cakap, ada satu tahap aku rasa nak stop dan hanya di level tengah tu je, nampak jugak pemandangannya! tapi anak2 buah pujuk dan terus memujuk! rehat dlm dua minit terus dpt tenaga baru! aku pun teruskan juga.. tambah - tambah bila tgk ada pakcik usia 50an tetap teruskan walaupun kakinya mengigil dah aku tgk! wahhhh tercabar ni! terus ku gagahi jua! dan sampailah di kemuncak jayanya... (cuma tak naik satu batu besar kat atas tu je, sebab pemandangan sama je)

cantik tak? cantik kan!! sgt2 cantik... klu korang tgk betul2 depan mata secara live lagi dpt merasakan keindahan yang sukar digambarkan! besar sungguh ciptaan Allah, Allahhuakhbar!!! sebak dada melihatnya!

bila dah tiba kat atas ni dah tak ada benda nk fikir dah! tak ada nk fikir nak berfotografi sgt! cukup sekadar kenang - kenangan je, sbb apa? sebab dah barai! muka dah berminyak, org sgt ramai ok! macam pesta! dengar cerita memang hujung minggu dan perayaan akn ramai gila org naik! tambah pulak dgn tak dpt tidor! kepala pening! muka jadi gelap sgt!!! suram kusam sengkuang! cis! jadinya apa yang ada Alhamdulillah la... :D

 bersama hero heroin saya


 kantoi... tgk tu apa aku buat? 24jam! 


ok la! sebenarnya apa yang aku nak kongsi dengan korang semua (termasuk anak buah aku sendiri la) :
1. kerjasama, sifat teman berteman! bak kata pepatah laut sama diharungi, gunung sama didaki! kerjasama sgt penting! macam tu juga dlm teater, dengan kerjasama dan bantuan rakan lakon, lakonan kita akn lebih baik dan produksi akn lebih cemerlang.

2. meringankan beban rakan. saya tengok anak buah saya ringan tulang, membantu angkat beg sya yang berat tu! (sbb naik gunung jadi berat), klu dlm teater sifat menutup kesilapan kawan dan membantu kawan yang mungkin lemah itu salah satu proses yang sgt baik! setiap dr kita ada kelebihan dan kekurangan, jadi menutupi kelemahan masing - masing itu adalah salah satu cara menjadi satu kumpulan yang baik

3. tidak meninggalkan rakan terlalu jauh, kalau ya kita hebat! jangan kita lupa rakan kita, begitu juga dalam lakonan, jangan kita hanya pentingkan hal kita, ada pelakon yang macam tu! sebegitu juga masa mendaki gunung, ada kawan yang macam tu! tapi sifat itu tidak elok kerana kerja berkumpulan akan rosak dan tidak dapat menghasilkan produksi yang cemerlang.

apa yang saya lihat, anak buah saya yang buat teater (RUMAH LAMA KAMPUNG BARU yang ikot XTVT ini) mempunyai kemahiran insaniah dan soft skill yang tinggi! kalau dalam bidang pengajaran saya di UTHM inilah skop pembelajarannya! maka untuk mereka saya bagi A+, kerana mereka tersedia dengan kemahiran ini walaupun saya tidak bagi tahu sebelum mendaki! secemerlang mana pun kita! setinggi mana pun ilmu dan sijil kita! kita belum cukup untuk menjadi insaniah yang punya jati diri yang baik jika kita tidak ada sifat - sifat sebegini. maka untuk korang yang baca ni, mulakanlah hari ini... pada anak buah saya yang saya sebut diatas ni jangan hanya mengeluarkan kemahiran ini pada orang - orang tertentu shj malah pada sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita! jadinya bagi saya anda sudah siap sedia untuk berjuang di alam pekerjaan kelak bersama ijazah anda yang cemerlang itu.  InsyaAllah :D

Now! layan pic2 sya yang konon nak sgt berpozing di bukit Broga! hahaha....
yang ni tetap dgn hp sendiri! hahahaha apa nak jadi la!! 
enjoy!


2 ulasan:

misslight berkata...

awessoomme!!~

EddyRusdiAkuHanyaManusiaBiasa berkata...

thank misslight. tp siapakah misslight ini? hehehe... btw tq baca :D