Selasa, 25 Disember 2012

EXAM SHOW CASE SEMESTER 2 (PELAJAR IJAZAH)

Alhamdulillah... berakhir sudah semester dua ini dengan jayanya.. syukur! lebih mengembirakan saya apabila final exam show case sem ini adalah antara persembahan terbaik dan antara paling ramai penotonnya (walaupun kehadiran penonton bkn ukuran, tetapi ada markah utk pelajar yang mebuat MANAGMENT untuk bahagian publisiti). secara jujurnya saya dapat lihat semester ini mempunyai peningkatan yang sangat baik dan paling tinggi), pada mulanya saya kurang yakin dgn persembahan dari kelas semester ini, bkn kerana apa tapi kerana masing - masing masih malu dan tak mahu explor kerana mereka tidak punya asas yang mendalam dalam seni persembahan, al maklumlah mereka bakal2 jurutera. tapi saya mula menyimpan sedikit harapan bila last latihan saya lihat ada beberapa org yg sgt menyerlah, dr situ saya cuba push mereka sedikit! selama ni santai2 je... akhirnya saya rasa mereka semua akan memberi sesuatu nanti masa pementasan bila saya lihat student tarian saya menunjukkan peningkatan yg sangat tinggi, malah mereka menunjukkan gerak seragam dan kreatif yang sangat baik.

ANTARA KELAS TERAWAL. 
agak kekok tetapi mereka punya kesungguhan.

tak ada apa yang mengembirakan seorang pengajar selain melihat peningkatan pada pelajar - pelajarnya, begitu juga saya, sangat kagum dan bangga bila melihat mereka berusaha keras dan meningkat ke tahap yang cemerlang. alhamdulillah.... syukur!!! sistem pengajaran saya mudah sahaja. bermula dengan bulan pertama saya hanya lihat sejauh mana pelajar saya ada kebolehan, kemudian bulan kedua saya mantapkan yang ada kebolehan dan saya asahkan yang kurang kebolehan itu. bulan keempat saya bahagi tugas untuk di laksana, bulan ke empat saya gabungkan teater dan tari, dan bulan kelima saya buat full dress dan run true, saya terapkan teori bagi kefahaman pelajar sewaktu latihan dan saya lebihkan praktikal bagi mereka lebih mahir dalam kemahiran insaniah, soft skill dan komunikasi. alhamdulillah mereka mencapai matlamat kelas dengan baik.


RUN FULL SEBELUM PERSEMBAHAN

saya selalu memberi ruang kepada pelajar saya untuk berkarya dan memilih bidang yang mereka minat dalam kelas saya. kepada pelajar yang meminati untuk membuat persembahan saya memberi mereka ruang untuk berlakon dan menari, yang memang tidak boleh langsung untuk bergerak diatas pentas, saya memberi mereka peluang untuk menguruskan kelas dan pementasan (Managment). maka saya buat dua persembahan iaitu 18hb 12 2012 SaveGaza ShowCase dan 19hb 12 2012 ShowCase Durhaka, untuk menilai kedua - dua bahagian, dan extra markah akan diberi kepada mereka yang membuat persembahan pada malam Karnival Kokurikulum 23hb 12 2012.

SYUKUR ALHAMDULILLAH, BUKAN SAHAJA EXAM SHOW CASE SHJ PADA MALAM ITU, MALAH MALAM ITU JUGA KAMI DAPAT MENGUTIP DERMA UTK TABUNG GAZA.





Akhirnya malam yang dinanti, malam kemuncak exam show! teater DURHAKA pula menyusul. pada malam itu Prof Nawawi dan En. Mahyuzie wakil dari pusat Kokurikulum hadir memberi sokongan. apa yang saya lihat pada malam itu sungguh ramai penonton hadir, malah saya sangat gembira bila penonton yang hadir juga menghayati setiap bait - bait dialog sehingga ada beberapa ayat yang disahut dan disukai mereka.  dari sudut lakonan pelajar, saya lihat ada beberapa orang meningkat dan ada beberapa orang yang telah buat yang terbaik. bagi tarian pula, ada ramai yang meningkat baik dan cemerlang. malah yang mengejutkan saya bila ada beberapa orang pelajar yang memang tidak boleh menari tetapi pada malam itu dapat menari dengan baik sekali. tahniah! kesimpulannya saya lihat pelajar semester ini dari kelas TEATER S2 dan TARI TRADISI DAN KREATIF S1 telah mengadaptasikan soft skill, kemahiran insaniah, dan komunikasi mereka dengan baik dalam persembahan dan pengurusan acara ini. tahniah dari saya.



DIATAS ADALAH SEKITAR EXAM SHOW PELAJAR SAYA. 


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENDAPAT 
ANUGERAH BEST STUDENT UNTUK KELAS SYA.



 ANTARA PENONTON YANG HADIR AWAL.

INI ADALAH VIDEO RAKAMAN SALAH SATU TARIAN DALAM SCN TEATER DURHAKA.
paling membanggakan sya bila student sya boleh koreograf dan mereka boleh mendengar arahan saya.
TAHNIAH.

DAN INI PULA UNTUK SAYA
alhamdulillah...
setelah berusaha dan berbuat yang terbaik pada setiap semester... PKUTHM menganugerahkan saya ini..
terima kasih semua <3 div="div">

2 ulasan:

aien berkata...

phewwwit ~ tahniah sir coz dinobatkan pengajar koko terbaik! tahniah tahniah. jutaan terima kasih coz memberi sye peluang untuk jd koreografer yg tak seberapa skali agy. hehehe. u know what, ini lah kali kedua sye koreograf tarian. last sye koroeograf adalah mase sye tgkatan 2 hehehe. lama kan? kali ni igt sye nk wat agy cantek abeskan zapin tenglu maksu utk satu tarian dlm lagu sirih pinang, tp mereka kurng berkemampuan, sye wat asas je berulang2 cmpur tenglu asas 2 n tanjung labuh asas 1. hahaha ! agak kelakar dan bf sye kata pon jadilah asalkan ade n kne ngn lagu :p apa2 pon, tahniah skali agy sir n jutaan terima kasih yawww. peace no war ! :) sir, sye nk request sesuatu tp maluuu. hehehe. nanti2 sye gtau ehh :)

EddyRusdiTheater_Arts & Hairstylist berkata...

Thank aien, sir nampak bakat kmu.. teruskan k. Mmg terhad sikit di utgm ni sbb student2 yg msuk x ada asas, inilah cabaran org yg ada asas, dan sbb tu juga sir bg kelongaran utk korg yg koreograf. Apa dia yg nk di request tu aien? Ckp je. Inbox fb k.