Selasa, 18 Disember 2012

#save gaza SHOCASE UTHM

18hb 12 2012. Selasa. saya sepatutnya membuat exam showcase kelas saya, iaitu kelas teater s2 dan seni tari tradisi dan kreatif sahaja tetapi di saat akhir saya bersama anak buah saya di kelab PENTAS PERFORMING ARTS UTHM telah bersetuju untuk menggabungkan program SAVE GAZA pada malam itu, bagi mengutip dana untuk dihulurkan kepada mangsa perang di GAZA. InshaAllah kita perlu buka hati dan mata. syukur malam itu berlangsung dengan jayanya, ramai pelajar hadir, saya juga terharu bila pelajar saya mengutip derna Gaza dari pagi hingga malam, syukur sgt2... moga Allah memberi keberkatan hidup dan pelajaran mereka. amin. pada awal cadangan saya untuk membuat showcase save gaza, ramai yang PM saya untuk membantu termasuk pelajar dari kelab Teknologi Maklumat. terima kasih semua.terima kasih juga buat en.fadil alwi kerana sudi meluangkan masa untuk program ini. inshaAllah ianya akn berterusan. sebenarnya dalam showcase ini saya banyak selitkan persembahan pelbagai variasi. ada puisi, ada nyanyian, ada teater dan ada sedutan teater bangsawan utk persembahan penuhnya pada hari 19hb 12 (esoknya).secara kasarnya saya melihat program ini sangat cemerlang, kerana matlamatnya tercapai. mengutip dana dan kesedaran pelajar ttgk apa yang berlaku di gaza. tetapi secara halusnya, iaitu sebagai performing arts saya masih melihat kelemahan yang boleh diperbaiki oleh pelajar - pelajar saya kelak. namun begitu saya berbangga pada usaha semua. mereka lebih cemerlang dari mereka yang langsung tidak mengambil tahu.pada malam itu juga saya menyampaikan sebuah puisi yang saya cipta khas utk anak muda dan anak - anak (pelajar) yang harus sedar ttg isu ini :


PUISI YG SAYA TULIS UTK SHOWCASE SAVE GAZA DI UTHM MALAM TADI :


tajuknya : boikot yangyangyok!
Hari ini kita bertemu
disini, dimedan mulia ini
agar esok saudara kita disana
tidak derita,
sudah dikabar di ruang wall,
sudah di share dan di tweet
alhamdulillah ramai berkumpul disini,
tapi utk apa?
utk siapa?
ya! utk dia!
utk mereka! utk agama! agama kita!
utk bahagia! bahagia hita harus dikongsi
dengan mereka yang tak punya ruang,
ruang keadilah,
keadilan yang dicabul,
keadilan utk berhenti ditindas,
sempit sekali dunia!
kasihanilah,
kerana kita punya upaya,
jangan hanya menjerit di facebook,
memekek di twitter,
tapi tak berdaya untuk berikhtiar!
tidak punya upaya untuk berhenti menjamah buger MCD!
malah dicacinya usaha orang lain,
bukalah mata mu!
kerana siapa kita?
mahu menilai sekecil - kecil tindakan seperti itu?
sedangkan ada kuntum ganjarannya disisi Allah SWT
ingat kisah seekor burung yang membantu Nabi Allah Ibrahim A.S
ketika dibakar di dalam api?
sama - sama kita utuhkan tugu muhasabah diri,
kenapa kita punya upaya untuk menghulur..
sedangkan kita mampu top up berkali - kali,
bergayut sama pacar hingga tidak sedarkan diri,
dari malam membawa ke pagi,
kerja sia - sia, kerana dia belum bergelar isteri...
nah! hari ini kita cuba bukti,
kita mampu berbakti,
mampu menghulur dengan rela hati,
mampu memboikot tidak akan berhenti,
mampu menadah tanggan kepada ilahi,
untuk dia, untuk mereka, untuk saudara kita disana...
ayuh anak muda cerdik pandai,
ayuh pelajar ku, ayuh teman, jangan berhenti...
kita teruskan perjuangan ini,
biar... kita seiring berkobar di facebook
namun masih berani di realiti,
membara di twitter, ya tidak mengapa
jika diiringi dengan Usaha,
kerana kita mampu,
kita belum menerima nasib seperti disana,
jika mereka masih punya waktu untuk beribadah,
sedangkan berdilan disana sini,
mengapa tidak kita yang bersenang - senang..
connectingkan hati, Log in kan jiwa,
sharingkan rasa, tweetkan naluri,
supaya kita mampu, mampu membantu mereka...
SAVE GAZA!


diharap semua yang disampaikan dapat dihayati. saya sangat tersentuh hati bila melihat video yang dipaparkan pada malam itu. saya seperti ingin kesana untuk membantu mereka. saya berharap walaupun kita tidak mampu untuk kesana tetapi kita pya upaya untuk membantu dengan cara kita supaya mengurangkan juga kesakitan mereka disana. inshaAllah..
sedutan viddeo persembahan lakon SAVE GAZA dari PENTAS PERFORMING ARTS dibawah bimbingan saya.


Tiada ulasan: