Isnin, 3 Disember 2012

FESTIVAL MONODRAMA USM/DBP 2012


Walaupun tidak memenangi anugerah utama tetapi UTHM dibawah bimbingan saya telah memenangi katagori persembahan dalam Festival Monodrama DPB/USM (tersenarai dlm 5 yg lain) ALHAMDULILLAH!!!

Bertempat di Universiti Sains Malaysia telah berlangsungnya Festival Monodrama 2012, dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato Dr Md. Salleh Yaapar iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka. UTHM berdiri sebaris Universiti yang mempunyai pengajian kebudayaan setelah menempatkan diri kemenangan di festival monodrama USM/DBP. Pada 28, 29 dan 30hb 12 2012 bertempat di Auditorium Budaya Universiti Sains Malaysia. sebanyak 28 kumpulan bertanding mewakili Universiti masing - masing. antara Universiti yang bertanding ialah Universiti Tun Husein Onn Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, dan banyak lagi. 

Selain Universiti Tun Hussein Onn Malaysia memenangi katagori persembahan, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Terengganu Malaysia juga memenangi katagori persembahan ini. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membawa naskah Dendam Neraka karya, arahan dan lakonan Eddy Rusdi Abdullah dan Selipar Jepun Tok Wan lakonan Najib Supian dan karya serta arahan Eddy Rusdi, persembahan dari naskah Dendam Neraka telah memenangi katagori persembahan. 


Dendam Neraka menceritakan tentang hidup remaja yang bernama Adam, yang dihantui dendam terhadap ayahnya yang selalu mendera ibunya. lakonan Eddy Rusdi yang juga pengajar di pusat kokurikulum UTHM telah melakonkan 6watak secara terus menerus dalam persembahan ini. monodrama mungkin baru di kalangan peminat teater Malaysia tetapi ianya adalah sesuatu yang menarik untuk ditonton kerana monodrama bukan seperti monolog. ia adalah lakonan seorang pelakon yang melakonkan banyak watak dalam satu cerita.
Wakil pelajar dari UTHM terdiri daripada Andikasapurta, Najib Supian dan Abdullah Zifre dan seorang jurulatih Kokurikulum iaitu Rosdi Abdullah. sebelum ini group pelajar kokurikulum ini pernah menjuarai festival teater kebangsaan 2012.


Sepanjang festival ini saya dapat melihat perjalanan festival yang baru ini, ada yg sgt baik dan ada yg sgt lemah pengurusannya tetapi itu semua adalah adat festival. saya puji layanan dan sambutan mereka kepada kami dan segala layanan bagi saya adalah yang terbaik dari USM, cuma teknikal krew yang menjaga pementasan tidak fasih dengan perjalanan pementasan, pasukan pertama UTHM yang bertanding telah mengalami masalah apabila krew pentas dari USM masuk ke pentas sewaktu pementasan bermula, itu agak mengecewakan saya. namun begitu sgt byk yang dipelajari oleh pelajar - pelajar yang mengikutinya. sya bangga bila anak buah saya dari UTHM telah mejayakannya dengan cemerlang. tahniah Ajib, Andika, dan Zarif.

Tiada ulasan: