Ahad, 28 Oktober 2012

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR



Setahun lamanya saya memikul tugas sebagai pengajar di UTHM, Johor. Dalam tempuh itu juga saya meninggalkan gelanggang sebenar teater, tetapi saya tidak berhenti dan tinggalkannya. disini sya masih berkarya tetapi dalam bentuk yang jauh berbeza kerana disini tidak ada aktivis dan pengiat teater, disini hanya pelajar yang wajib mengambil subjek teater untuk kelas Kokurikulum mereka, kalau untuk kelas ini saya akan bermula dari asas dan tidak akan bawa ketahap yang tinggi kerana mereka semua bukanlah pelajar kebudayaan dan tidak akn jadi pelakon teater pun, hanya sekadar memenuhi subjek wajib mereka sahaja, lagi pun seminggu hanya 1jam amali dan 1jam pratikal sahaja. bila dikira hanya 10-14kali pertemuan sahaja. saya pun tidak boleh membebankan mereka dengan tugasan berat kerana mereka sudah dibebani tugasan bidang mereka yang sudah banyak, dalam pada itu juga saya menubuhkan kumpulan teater untuk pelajar yang minat teater disini, berbeza dengan kelas, pelajar yang minat teater ini sangup mengikuti disiplin teater dan sangup mengorbankan sedikit masa dan keperluan lain dalam teater. walaubagimana mereka masih jauh untuk melangkah seperti pengiat teater, terlalu asas dan tidak ada sebarang pengalaman. tugas saya membantu mereka memperkenalkan asas dan memberi pengalaman kepada mereka, dalam pada itu juga saya sedar mereka budak budak teater yang banyak masa dan KEWAJIPAN mendalami asas, mereka hanya buat kerana SUKA! apa yang mampu saya buat, saya lakukan yang terbaik dan mengisi kemahiran diri mereka dengan terapan teater yang boleh jadikan mereka manusia yang ada ilmu, soft skil dan kemahiran insaniah yang tinggi bukan sebagai pengiat teater yang HEBAT! tetapi saya pastikan mereka yang mengikut kegiatan teater saya perlulah bersungguh - sungguh dan mempunyai matlamat, selalunya saya akan bawa mereka mengikuti pertandingan FESTIVAL TEATER MAKUM atau FESTIVAL TEATER JOHOR / KEBANGSAAN, alhamdulillah percubaan pertama mereka di festival teater MAKUM 2010 telah membawa balik dua anugerah iaitu PELAKON HARAPAN WANITA TERBAIK untuk watak MINAH dan PELAKON HARAPAN WANITA TERBAIK untuk watak KIAH. Bagi Festival Teater Johor pula kumpulan ini telah menjuarai Manifestasi teater negeri JOHOR dan sekali gus berjaya mara ke peringkat SARINGAN KEBANGSAAN dan dalam saringan kebangsaan pula berjaya tersenarai dalam 6terbaik yang mara ke peringkat KEBANGSAAN. Bagi saya satu pencapaian yang baik untuk mereka yang tidak ada asas, tetapi harapan saya agar mereka dapat menjadi pengiat teater yang boleh mendalami asas yang lebih luas, bukan sahaja asas malah mendalami disiplin teater yang lebih tinggi, saya mahu melihat kumpulan ini sebagai kumpulan yang betul - betul mendalami ilmu teater. walaupun hal ini agak sukar kerana dalam tempuh tiga tahun pelajar ini belajar di UTHM, bila mereka ditahun tiga tentu mereka sudah fokus pada final projek mereka dan selepas itu mereka akan pulang ke Negeri atau berhijrah dari IPT (tamat belajar), satu perkara yang akan terjadi iaitu apabila saya sudah memberi dan mengasak mereka dengan ilmu teater selama 2thn dan bila mereka sudah mula memahaminya, tahun ke3 itu pula mereka akan keluar dari UTHM dan akan diganti pula dengan pelajar kejuruteraan baru, begitulah seterusnya! akhirnya disini saya perlu akur dan akui untuk membentuk kumpulan teater yang mantap disini saya perlu membuka ruang kepada bukan sahaja pelajar UTHM sahaja tetapi seluruh warga Batu Pahat ini, tapi saya yang baru pindah di sini tidak mengenali sesiapa kecuali warga UTHM, insyaAllah sya akn cuba mendekati pengiat seni disini kelak, di ruang hati saya ini teramat rindu dan terdetik untuk kembali ke gelanggang teater Kuala Lumpur seperti 10thn yang saya lalui lalu... memang jiwa rasa berkocak untuk bergiat seperti dulu bersama mereka yang berlumba menghasilkan kerja - kerja kreatif tetapi demi tugas dan tanggungjawab lain yang harus saya fikirkan saya akur untuk tidak mengalah disini.... matlamat saya kali ini bukan sekadar memperkenalkan ilmu teater tetapi menjadikan gelanggang berkreatif untuk mereka yang bukan sekadar minat dalam teater. InsyaAllah....



kepada warga Johor @ batu pahat yang minat teater dan mahu bergiat dalam teater blh hubungi saya disini : http://www.facebook.com/eddy.rusdi?ref=tn_tnmn

2 ulasan:

Sam Banjamin berkata...

semoga terus gigih menggilap bakat mereka-mereka yang cintakan seni itu... selamat maju jaya friend!

asrama putera SMKSM 2000-2001

EddyRusdiTheater_Arts & Hairstylist berkata...

thank sam bajamin.... selamat maju jaya juga.. :D