Selasa, 16 Oktober 2012

Kerja / Tugas dan Karya!!

alhamdulillah hampir setahun lebih saya berada di UTHM sbg pengajar Teater, dari teater pertama hinggalah teater JANIN, saya rasa cukup berbangga pada semua pelajar yang cekal mengenal ilmu teater, mereka ada potensi besar, dengan persembahan dan pertandingan yang saya cuba dedahkan mereka saya lihat mereka sudah faham apa itu teater, cuma belum mahir dan belum cukup MASAK lagi. kalau mengikut graf, mereka semakin meningkat dan berada pada satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. pada awal saya bawa pelajar  mengenal teater dengan naskah mudah dan ringan seperti teater muzikal P.Ramlie, Azura dan Sudirman yang mana naskah ini saya peroleh dari PILIH KASIH 1 sewaktu saya menjadi tenaga pengajar PK1, dengan skala kecil saya cuba memperkenalkan mereka dengan pentas. kemudian saya membawa mereka ke gelanggang Festival Teater Makum, untuk pertama kalinya mereka ke Makum dengan naskah TANAH BERNANAH karya Aminah Raphor, Secara kasarnya mereka faham naskah itu dan berjaya mementaskannya, cuma banyak kelemahan yang boleh diperbaiki,namun pada pertandingan itu mereka meraih 2 anugerah individu iaitu pelakon harapan wanita terbaik. kemudian saya bawa pula mereka ke festival teater Negeri Johor, selepas tamat Makum 2011 pelajar yang mengikuti teater semakin kurang kerana mungkin pengalaman berlakon Tanah Bernanah yang agak ketat dan lasak. disebabkan tidak ada pelakon wanita dan tidak ramai pelakon yang boleh memberi kerjasama yang baik, jadi saya mengambil teknik experiment dengan mengetengahkan cerita - cerita pembuangan bayi dan dosa - dosa dari perbuatan zina, dari latihan pertama hingga latihan terakhir saya gabungkan gerak dan cerita bagi melengkapkan sebuah cerita, akhirnya lahirlah teater experiment JANIN. Pada awalnya projek ini hanyalah sekadar untuk bengkel dan kelas ringkas bagi mengekalkan skill lakonan para pelajar tapi syukur teater JANIN telah berjaya menjuarai festival teater Johor. setelah menjuarai festival teater negeri Johor, kumpulan kami mara ke Saringan Kebangsaan dan berita paling gembira buat para pelajar saya ialah mereka terpilih top6 dari 14 negeri dan berjaya ke FESTIVAL TEATER KEBANGSAAN. pencapaian yang cemerlang bagi saya apabila berada dalam top6 Festival Teater Kebangsaan 2012. peningkatan kumpulan ini membuatkan saya merasa bangga apabila mereka boleh mengikut disiplin teater walaupun mereka adalah pelajar kejuruteraan, dari hanya mendapat 2 anugerah individu dalam MAKUM, kini telah menjadi JUARA Johor dan berjaya dalam top6 FESTIVAL TEATER KEBANGSAAN. syukur!!!


tahniah buat semua yang terlibat...




Persembahan malam penutupan FESTIVAL TEATER KEBANGSAAN 2012



Sokongan student kelas yang datang dari UTHM


Bersama Najib Supian, anak buah yang passion dengan teater, bagus dak ni!!! 


Andika, hero UTHM yang punya banyak lagi masa utk lebih baik... bagus dak ni!


Orang kuat teater UTHM, anak buah tersyg katanyaaaa..


pelajar DPLI yang minat teater, cikgu juga turun padang ni...


bakat baru yang dikesan... Eydie... insyaAllah rajin lagi blh pergi lebih jauh...


passion!! termasuk mayat kat bawah tu! bagus semua...






insyaAllah saya akan terus membimbing mereka untuk masa akan datang. bertemu kita di festival teater MAKUM 2013 dan festival teater Johor 2013. terus maju.....

Tiada ulasan: