Rasanya dah agak
lama aku tak menulis di blog ni, nak kata tak ada masa tu tak la juga, tp nak
mengarang kat blog ni mmg tak sempat sebab bila nak tipe je, terfikir benda
lain yg kena buat. skrip itu skrip ini dan macam2. last2 tertangguh sejak awal
tahun. skrg dh hujung tahun pun. alhamdulillah... sebenarnya memang betul la..
kalau ada yg ckp aku merajok. rasa malas nak fikir tentang beberapa perkara
yang aku rasa buang masa. jadi aku ambik keputusan utk berhenti bercakap
tentang itu ini dulu.
pementasan teater "Rumah Lama Kampung
Baru" yg memenangi anugerah Kostum terbaik.
Meneruskan kelas di UTHM.
Alhamdulillah aku punya satu harapan indah yg perlu aku laksanakan disini.
mendidik! itu memang minat aku yang sangat kuat sejak dulu lagi. seperti satu
terapi bila mengajar ni. Balik dr UM, aku terus mengatur langkur langkah utk
projek student2 semester itu. syukur, pementasan teater muzikal "Kasih
Kekasih Ku Hantu" telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun sekadar
projek kelas yg hanya diterajui oleh pelajar kejuruteraan, tp alhamdulillah
bagi aku ianya satu persembahan yang boleh dibanggakan, dengan penonton yang
penuh, tepukkan dan sorakan penonton membuatkan aku mengerti yang mereka
terhibur.
Menyuntik semangat kembali, dengan menjadi jurulatih arahan dan lakonan untuk
produksi Lentera Daksina dari Sek Men Keb Tun Ismail Batu Pahat, pada awalnya
rasa macam tak larat nak buat sebab banyak hal peribadi kena uruskan, tapi saya
berpegang pada "rezeki jangan ditolak" sya terima pelawaan Cikgu
Rohaidah Yon untuk melatih produksi ini. mereka bertanding dengan berbelas
kumpulan teater dari sekolah di daerah Batu Pahat, Alhamdulillah, syukur...
kami JUARA. menang bersih, sapu hampir kesemua anugerah. tak sia - sia dan
bertuah rasanya berkenalan dengan produksi ni, sekarang dah jadi anak buah
saya. alhamdulillah...
festival teater
Negeri Johor datang lagi, memang rasa nak rehat untuk tahun ni, sebab nak bagi
student2 fokus study dan kejar mana yg terlepas tahun lepas, ye la tahun lepas
mereka dah kejar teater sampai juara Johor dan mara ke Kebangsaan, mara ke
Kebangsaan dan Juara Negeri Johor sudah cukup Hebat untuk mereka yang bukan
pelajar dan pengiat teater, mereka pelajar KEJURUTERAAN di UTHM. Tapi pihak
pusat Kokurikulum mempelawa saya mewakili UTHM, jadinya seperti tadi la
"rezeki jangan ditolak" saya masuk katagori MONODRAMA shj. oleh
kerana masa latihan tidak panjang, hanya ada 2minggu untuk latihan sahaja
kerana pelajar cuti semesti masa tu. Saya pun tak fikir lama la, saya terus
menaip skrip dan menghafalnya. saya berlakon. senang kerja. walaupun pada
hakikatnya. PAYAH! tapi nak memudahkan kerja semua orang, itu jalan terakhir.
Tapi jadi sukar pada saya bila saya tak dapat lihat sendiri kelemahan
persembahan itu, kerana saya yang berlakon. Walaupun diarahkan oleh pelajar
tapi tak sama dengan orang yang ada ilmu teater, saya pasrah dalam kegembiraan
kerana pelajar2 ni sangup ikot sertai walaupun macam2 cabaran. Tahniah Andika,
Ajib, Zarif dan Wan. Akhirnya kami NAJIB JUARA.
Alhamdulillah... rezeki tahun ni..
kecewa? tak la... cuma terkilan sebab rasanya boleh juara kalau aku boleh lihat apa yang aku buat. kurang 2minit dari syarat. memang tak boleh la... aku dah faham sangat undang2 pertandingan sebab aku dah lalui macam2 hal, alhamdulillah pengalaman mematangkan.... inshaAllah thn depan akan terus berkarya lagi. tunggu...
kecewa? tak la... cuma terkilan sebab rasanya boleh juara kalau aku boleh lihat apa yang aku buat. kurang 2minit dari syarat. memang tak boleh la... aku dah faham sangat undang2 pertandingan sebab aku dah lalui macam2 hal, alhamdulillah pengalaman mematangkan.... inshaAllah thn depan akan terus berkarya lagi. tunggu...
balik ke UTHM dengan pelbagai projek. kali ni aku jadi koreografer, tapi anak2 buah kat sini memang dah berzapin, jadi aku hanya bantu untuk pola lantai sahaja. persembahan untuk sinfono orkestra dari Universiti Singapura. Syukur, bila dah ada yg memuji itu namanya menjadi la....
Kemudian persembahan terhangat di UTHM, Event terbesar di sini... TOWN AND
GOWN..~
aku ditugaskan menyediakan dua buah tarian Malaysia, mana2 negeri. aku ambik
zapin yg dah siap tu dan satu lagi aku koreograf baru, tarian priring. ambik
risiko tapi yakin sebab aku suka tarian piring ni. tak susah pun cuma perlu
fokus.
bukan tu je, kena sediakan dua overture pulak. apa lagi anak murid kelas aku la
terima peluang ni, pendedahan untuk mereka. alhamdulillah berjaya. tahniah
semua.
terakhir sekali aku tolong En. Fadil dan rasanya
aku ambik cabaran ni sebagai minat dan peluang, En Fadil dari koperasi jadi
pengurusan pesta konvo. aku memang baik dengan dia sebab dia banyak tolong masa
festival teater kebangsaan lepas. jadi tak salah aku tolong dia balik dan aku
ambik peluang ni sebagai satu ruang mencabar diri. aku buatlah festival zapin
di UTHM dan malam penghayatan teater. malam tu ada pertandingan, pada 13hb ada pertandingan
teater antara dua kumpulan, Gelanggang Tok Wali yang aku buat dengan STI dulu
dan Rindu Gaza skrip aku yang dulu nak bawa untuk festival teater tapi tak
jadi. Aku suruh Ajib arahkan. Alhamdulillah kedua - dua malam tu berlangsung
dengan gilang gemilangnya. tahniah semua. tahniah pada yang berjaya. tahniah
yang menjayakannya juga....
alhamdulillah...
akan datang :
projek kelas
Teater s1 kokurikulum UTHM dan Senitari Tradisi dan Kreatif UTHM
Teater Muzikal : Zaiton Ini Kisah Hitam KU...
jemput datang ya....
jemput datang ya....
sedikit kata - kata terakhir... untuk anak2 ku dan adik2 ku..
memang betul kata orang, pengalaman mendewasakan kita, alhamdulillah... dari tahun 2002 saya serius dalam lapangan seni ni, sya cukup puas. walaupun masih mentah tapi saya bersyukur kerana dapat menikmati detik terhebat yang saya impikan sebagai anak seni, berlakon teater, berlakon drama tv, mengarah teater, menulis skrip, membuat persembahan tarian dan muzik, menyertai pertandingan, memenangi pertandingan, menjejak kaki di Istana Budaya sebagai watak besar, bekerja dengan orang - orang hebat dalam industri. impian sejak usia 10tahun telah tercapai. sejak usia 10 tahun saya mengenali seni dari arwah ayah. ayah seorang pelukis dan pengukir sambilan, dia banyak mengukir ulu parang dan sarang burung, pelbagai permainan saya diwaktu kanak - kanak semua ayah yang buat seperti lastik dll. sejak itu saya suka melukis, menyertai pertandingan melukis dan dari situ saya gemar berpuisi dan berteater, menyertai pelbahai persembahan pentas, pernah juara dan pernah kalah. dr situ saya kumpul keazaman utk melangkah lebih jauh. tahun 2001 membawa saya ke Kuala Lumpur dengan satu azam, usaha! saya memasuki ASK yg kini dipanggil ASWARA, Tahun 2002 waktu tu, ASK masih di Empire Tower, menumpang disana, keadaan disitu masih baru, pelajar tak ramai, kelengkapan serba kekurangan, tapi sya bersyukur kerana disitu dan kerana itulah saya dapat rasakan ilmu yang cukup banyak, ilmu yg tak ada pada mereka hari ini. kerana kami diajar untuk berdikari, syukur! selepas habis ASK saya sambung di Universiti Malaya, disanalah saya dan kawan2 banyak menyertai pertandingan teater dan tarian, pernah juara, pernah naib juara dan pernah kalah.. itu adat! apa pun semua tu ilmu... kerana itu semua kita boleh bawa sewaktu kita bekerja kelak, soft skill dan kemahiran insaniah. Saya yang sudah 5tahun habis belajar dan bekerja ni pun rasa rindu zaman di Universiti, banyak benda yang tertinggal masa belajar, kalau boleh nak diulang, rasa nak kembali zaman tu, alhamdulillah berkat apa yang saya lalui dulu, menjadikan saya berani berhadapan dengan pelbagai rintangan, kalau tak masakan berani nak bekerja dengan orang2 hebat, kita kena jadi hebat barulah kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, ingat! bukan hebat bercakap shj, tapi hebat berusaha, kutip ilmu, jangan rasa sudah bagus, sebenarnya semakin kita maju semakin kita mahu maju lagi, bukan mendabik dada, jadi kepada adik2 dan anak2 saya semua, ingatlah... kejayaan dan kegagalan itu adalah ujian, tanda Allah nak menguji kita, sejauh mana kita boleh pergi... adakah setakat itu atau lebih jauh... maka bersederhanalah.. rendahkan diri, kutip imlu sebanyak mungkin.. kalau anda orang seni, bersenilah untuk mencari makan, kalau anda bukan orang seni dan sekadar mengisi aktiviti jadikan seni itu budaya positif yang boleh meningkatkan jati diri, buang yg negetif. maju terus. ok.
salam penuh kasih syg....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan