BERHIJRAH
Pejam celik, pejam celik... dah tiga tahun aku pindah ke sini (Batu Pahat), pada awalnya aku bertugas disini sebagai pengajar teater dan tarian utk kelas Kokurikulum sahaja. mengajarnya pada setiap hari rabu tapi latihannya setiap hari. makanya aku fokus itu sahaja pada awalnya. alhamdulillah... penerimaan teater di UTHM ni sangat baik. banyak kejayaan kecil dan besar dah pun aku kumpul disini. bukan kerja aku sorang, tapi kerja berkumpulan, aku bersyukur sebab sepanjang aku disini, aku diketemukan dengan ramai orang yg bagus2 dan baik2 belaka... semuanya masih kekal meneruskan kerja - kerja seni dengan aku, yang tercicir tu, al - maklumlah! biasalah benda baru memang susah nak adaptasi, silap percaturan akan rasa terbeban dan dibebankan jadi yang kuat sahaja yang bertahan. tahniah pada yg masih bertahan. terus terang cakap, aku dididik dengan teater berasaskan "disiplin yg tinggi" jadi tak kira apa, disiplin no1. kalau yang tak boleh nak disiplinkan diri, memang kecundanglah diawalnya.
TANAH BERNANAH
Naskah ni aku angkat lagi selepas dua kali aku arahkan di ASK dan UM, alhamdulillah dua2 "menjadi", bukan ambil jalan mudah tapi dalam jangka masa yg singkat, aku rasa aku tak ada masa untuk berkarya dengan naskah baru waktu tu, jadinya aku ambil lagi naskah Tanah Bernanah ni utk dibawa ke Festival Teater MAKUM 2011 di UM mewakili UTHM, dari sinilah aku kenal anak- anak buah teater UTHM yg sampai sekarang aktif berkarya dengan aku. CABARAN utama pada ketika ni adalah nak bagi mereka faham apa itu teater bagaimana latihan dan persembahan teater, yg selama ni mereka hanya melihat di panggung dan ada juga yang melihat di TV (yg tayang teater di Istana budaya). Memang sukar, sukar sangat, mereka tak faham tentang pengorbanan, kena korbankan banyak masa, masa tido, masa bermain dan masa berehat. pernah satu ketika saya terdengar ada yang bercakap "kenapa nak latihan setiap malam?" ada juga yang cakap "kenapa latihan kena buat regangan, kita bukan nak bersukan" dan yang paling lucu "kenapa latihan kena bersungguh - sungguh" pergh! masa tu aku rasa langit runtuh jatuh kat kepala... pening! berat! tapi slow2 aku cakap tentang kekaguman teater, kekemasan pementasan, kesempurnaan, dan kelancaran, dari situlah mereka faham yang bukan mudah untuk memberi satu persembahan yang baik dan perlu latihan yang bersungguh - sungguh, kerja teater bukan kerja main- main. bila tiba masa pertandingan mereka melihat persembahan dari Universiti yang ada pelajar dari Pusat kebudayaan dan Falkulti Kebudayaan mereka dapat membuka minda dan faham apa yang saya maksudkan selama ini. alhamdulillah dalam pertandingan itu kami membawa dua piala kemenangan, dari Nor Amirah Norli (Pelakon Harapan Wanita terbaik) dan dari Nabila Kamarulzaman (Pelakon Harapan Wanita Terbaik) juga. pendorong! memang kejayaan sedikit itu menjadi pendorong mereka untuk buat lebih baik. tidak saya nafikan. mereka pulang dengan semangat! terima kasih MAKUM 2011
JANIN AL - ISRA
kalau nak cerita perjalanan produksi ni memang panjanglah! semuanya pun dah aku ceritakan kat pos2 yg lepas, tapi seperti yg aku cakap kat atas tu, semangat dari produksi pertama membawa banyak makna, syukur.. kami menjuarai FESTIVAL TEATER NEGERI JOHOR pada tahun 2012, dan kami lawan lagi, di peringkat saringan kebangsaan, alhamdulillah kami tersenarai dalam 6 kumpulan terbaik dari 14 buah negeri yg bertanding (ada negeri tak hantar juga kot). bila dah lepas ke Kebangsaan benda pertama yang aku cakap kat anak buah aku adalah "jangan simpan harapan tinggi" buat yg terbaik sahaja. kita ni baru bertapak. kalau dulu aku lepas ke Kebangsaan bersama kumpulan yg terdiri dari kawan2 yg ambik performing arts, memang semuanya cari makan dengan seni. menyimpan harapan tinggi tu memang semestinyalah. tapi mereka ni pelajar UTHM yg mengambil jurusan kejuruteraan, kenal teater pun baru setahun jagung. nak bersaing dengan yg dah berbelas tahun masuk festival teater ni, tapi saya cakap juga yang mereka semua ada peluang jika kita berusaha gigih dan rezeki berpihak pada kita, inshaAllah kita blh menang juga, sebabnya segala apa yang orang lain belajar saya dah ajar mereka, cuma pengalaman orang lain lebih banyak, jadi jadikan lapangan ini sebagai pelajaran dan ilmu, bagi saya mereka beruntung, ilmu secara praktikal seperti ini banyak manafaatnya. bukan sahaja bergelumang dengan teater tetapi dapat belajar mengenai pengurusan, teknikal, dan berhadapan dengan orang ramai. ini ilmu yang tak ada di Universiti tapi ada dalam pengalaman yang kita lalui seperti ini. alhamdulillah... pengorbanan mereka tidak sia - sia.
FESTIVAL MONODRAMA
Semangat nak bertanding makin menebal dalam diri mereka, aku pun cari lah apa yang ada, tiba2 terbampak iklan festival monodrama di USM. tak fikir panajang... aku masuk! bawa dua naskah, satu DENDAM NERAKA lakonan aku sendiri dan SELIPAR JEPUN TOK WAN" lakonan Najib Supian. Memang aku lapar nak bermonodrama, rindu zaman final year buat "Anak Bulan di Kampung Wa Hassan", Monodrama ni cinta kedua aku selepas "teater realisme" jadinya mulalah latihan demi latihan (3minggu je latihannya, sbb dapat tahu last minit) syukur Alhamdulillah dari pertandingan tu kami bawa balik satu anugerah kecil "persembahan terbaik" antara 5 yang lain. walaupun bukan juara dan baib juara tapi rasa bersyukur sgt sebab saingan agak sengit juga. aku sebenarnya nak bagi pendedahan lebih pada student2 UTHM ni sebab bagi aku teater ni pun boleh bersangkut paut dengan kejuruteraan terutama bahagian sinografi. manalah tahu one day mereka jadi sinografer terkenal yang membawa element kejuruteraan yang hebat di pentas teater. siapa tahu?
FESTIVAL TEATER NEGERI JOHOR KATAGORI MONODRAMA
kononnya tahun ni (2013) nak stop sekejap buat teater, nak fokus pada pelajaran dan aku pun nak bagi mereka kejar balik yang dah tertinggal tu, aku pun dah bayak tanggungjawab lain. masing2 dah plan yg tahun ni tak masuk, tup tup.. pusat koko tawarkan utk kami masuk, keinginan ada sebenarnya tapi masa macam tak cukup, sebab lepas naik cuti ada 2minggu sahaja. aku ambik keputusan untuk masuk katagori monodrama sahaja, fikir balik, boleh ke mereka nak hafal skrip panjang2 ni dalam masa 1minggu dan latihan 1minggu seterusnya. fikir punya fikir aku pun ambil jalan mudah, aku yg berlakon! senang. aku tipe skrip, mintak kak Lenny Erwan tengok. pastu mintak cikgu Rohaidah edit ejaan semua, terus aku hafal. Naik je cuti aku ajak student yg aku lantik jadi pengarah untuk tengok apa yang aku buat! (kalau aku masih study dulu ni, sure kena marah dengan pensyarah) sebab aku tak dapat tengok apa yang aku buat, tapi nak buat macam mana, itu je jalan yang ada, seperti yang aku jangka, masalah utama bila aku tak dapat tengok kesalahan yg aku buat, dekat sini memang semua orang kejuruteraan, jadinya aku pasrah ajela... buat yg terbaik, sebab aku yakin dengan tenaga kerja produksi, alhamdulillah mereka dah buat yang terbaik, mereka berusaha menjadi yang terbaik, menjalankan tugas yang diberi, walaupun mereka bukan pengiat tapi mereka menggunakan ilmu yang ada sebaik mungkin. tahniah semua. akhirnya kami menjadi naib juara, kesalahan yang tak dpt dielakkan bila kami kurang 2minit dari yang ditetapkan. tak ada rezeki nak ke Kebangsaan tahun ni. tapi Alhamdulillah banyak yang aku sendiri belajar dari situ.
LUAR DARI KERJA
Tiga tahun menetap dibumi indah Batu Pahat ni memang memberi nafas baru dalam hidup aku, lari dari hiruk pikok kota, bukan kerana aku tewas tapi kerana impian, sewaktu dulu aku keluar dari negeri Johor ni kerana aku nak bawa ilmu kembali kesini, dari 2001 - 2011, 10tahun bergelumang dengan kerja - kerja produksi, mencari sesuap nasi, ada job ada makan, tak ada job keluar cari job, bangun awal subuh utk shooting, keluar lewat tengah malam, tidor tak menentu, berproduksi sana sini, latihan teater, tari, buat puppet show, apa shj aku sambar, janji esok ada duit utk makan, tuang minyak, bayar rumah dan ada duit nak bayar tol, parking dll. pendek kata buka mata je KERJA KERJA KERJA, tutup mata pun mimpi hal2 kerja... hahahaha.. aku terfikir sampai bila? macam mana dengan anak aku nanti, rumahtangga! aku kembalikan semula matlamat aku pergi ke Kolumpo ni, aku nak cari ilmu yg kurang disini. Ya! aku perlu cari tapak utk balik Johor, aku bawa sedikit luka, calit rasa, darah yg tersisa, aku bawa sebuah harapan kesini.. bumi batu pahat.... alhamdulillah tiga tahun berlalu, aku sekarang mampu tersenyum walaupun pada hakikatnya aku terkadang nak menitiskan air mata, bila mana dugaan dimana shj akn dtg~ aku telan satu persatu, aku ucap alhamdulillah.. aku sahut seribu cabaran, aku tadah sejuta impian utk bangkit dan tersenyum, dlm mendung yang kelabu itu ada mentari besar yg menyinar indah, aku disini bersama ramai anak buah yg setia bersama aku, aku disini bersama ramai kawan2 yg utuh mempercayai aku... aku disini dengan kerjaya yang aku cintai... aku bersyukur! sesekali bila aku menadah tanggan memohon agar Allah jauhi aku dengan segala dugaan yang tak mampu aku harungi pada ketika itu aku terjentik dibenak fikiran yang aku sepatutnya bersyukur yang aku sekarang sudah jauh bahagia dari 3tahun lepas. aku ada segala yang aku mahu... bukan dulu tak bahagia tapi dulu aku kosong! kalau orang cakap "bestnya life kau kat KL tu, berlakon sana sini, kerja dengan orang popular dan terkenal, dapat apa kau nak, untung kau!" ya... memang aku beruntung, dan aku antara berjuta dari mereka yang mengimpikannya.. tapi kekosongan yang aku katakan tadi adalah kehidupan... sejauh mana pun aku nak kejar, aku tertinggal banyak perkara yang aku lupa untuk mengejar. Sekarang aku punya segala yang tertinggal itu. SYUKUR!
Ingat... hidup bukan selamanya.. carilah apa kita nak bersama harapan dan impian orang yg disekeliling kita... jangan kita mencari tanpa kita sedari bahawa ada orang menanti kita dengan harapan... kerana diwaktu itu sebenarnya kita tertinggal sesuatu yg menyebabkan sebenarnya kita masih KOSONG.
Nak jadi bintang~ memang itu impian anak - anak seni macam aku... tapi dalam seribu itu hanya satu yang akan jadi bintang dihadapan tv dan diatas pentas. Namun dalam pada kita tak tahu, dalam seribu itu ada satu yang bertunas menjadi matahar, menyinar menerangi hati dan fkiran para ilmuan, mencurah ilmu dan berbakti pada seni. alhamdulillah itulah aku. syukur juga aku bukan dikalangan mereka yang mengalah dan mengundur dari minat dan kecintaan aku ini. Aku tak salahkan sesiapa pada mereka tewas dan mengundur diri dari dunia seni ni, memang kerjaya sebagai anak seni ni dipenuhi dengan kekejaman. pada yang kuat akan bertahan.
Dikesempatan ni aku nak ucap terima kasih pada kawan2, jiran2, para pelajar dan rakan sekerja yang banyak membantu aku sewaktu aku disini... menyesuaikan diri ditempat asing pada awalnya. alhamdulillah segalanya telah sebati. terima kasih....
artikal yang aku keluar utk majalah REMAJA, IREMAJA, KELUARGA, PERSONALITI LELAKI (Wanita) DAN MAJALAH IPT. tq semua yang menyokong kerjaya seni saya.. alhamdulillah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan