Isnin, 13 Februari 2012

KARNIVAL TEATER 2012 - Bukan Malaikat



Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyertai KARNIVAL TEATER UM 2012, mmg pada awalnya berat juga saya membuat keputusan ini, ada 3 perkara yang membuatkan saya rasa nak berhenti join karnival teater ini. 1. saya masih terasa hati dgn pelbagai peristiwa yg lepas, 2. saya rasa cukuplah 2kali juara, sya perlu bg peluang pada org lain pula utk berkarya di k11, 3. Saya berada jauh dr UM, skrg pun ibu saya sakit! berada di johor dgn byk tanggungjawab bkn perkara mudah utk sya aktif di karnival teater. tetapi dlm 3 perkara itu ada 5 perkara yg membuatkan saya mahu menyertai karnival teater 2012, 1.bila saya fikir balik yang membuat onar pada thn lepas bknnya ramai dan org yg buat hal tu hya picisan shj, yang watak utama dan org kuat masih natural dan baik pada sya! utk apa sya terasa hati... 2. dua kali juara mmg satu benda yg diluar jangkaan sya kerana sblm ini sya pernah dikecualikan dan kalah teruk, jadi dlm fikiran sya kenapa tidak 3kali? klu kali ni juara lagi itu adalah rezeki yg memberi kepuasan yg sgt besar buat sya. tp klu tidak ada rezeki saya masih gembira dan sekurangnya sya masih berkarya.. 3. walaupun sya berada di johor dan ibu saya sakit, tp pihak k11 um telah menyediakan penginapan utk sya dan ibu saya juga telah beransur pulih, sya masih cintakan dunia pengarahan.. kenapa harus sya biarkan? jadi sya terima. 4. saya syg bakat2 besar di k11 ini, kenapa harus sya abaikan mereka... dan utk thn ni sya mahu membentuk seorang yg blh mengantikkan sya utk thn dpn... saya rasa sya dah jmpa.... 5. sya rindu Universiti Malaya.. inilah peluang utk sya menghirup udara UM yg mmg sya rindui... berkobar2 hari sya utk ke UM kali ni... sgt2 rindu.. rasa yg sgt lain.... sya syg UM.


2010 - JUARA Tanah Bernanah...
2011 - JUARA Melati Melor


2012 - Bukan Malaikat 


"mgkin ada yg tertya kenapa adanya kontrovesi masa selepas habis Melati Melor, kat sini sya nak ceritakan kenapa.. pada awal kejayaan melati melor.. semua bersetuju utk membawa production ini ke luar UM, masing2 menguruskan kerja masing2, tp ada beberapa org krew dan mereka yg tak fhm pengurusan seni dan persembahan membuat andaian yg bukan2... duit yg sya hendak pegang itu dikatakan sya yg nak! nak ambik la... mereka tidak tya sya kenapa.. dan tidak pulak berjumpa sya.. yg sya dpt adalah fitnah dan kata2 nista... utk adik2 yg tak thu tu. kat sini abg nak bg thu... utk membuat persembahan kita perlu bayar TEKNIKAL yg bekerja di pentas yg kita nak buat tu, klu di DBKL staf DBKL yg akn dtg trun dan kita perlu bayar masa bekerja mereka yg mana mereka akn dtg selepas waktu kerja mereka. memang kita ada krew tp dik, alatan yg ada dlm audotorium teater di luar tak sama macam di KPS UM, jauh lebih mahal dan  susah... klu rosak, mereka akn cari kita dan mereka akn mendapat kerugian.. harga lebih mahal dr duit tiket yg kita kumpul tu! jadi staff mereka mmg kena turun tgk kita, tlg kita bersama krew kita!!!!! manakala utk lighting pula kita perlu membeli gel. gel lampu bkn murah ianya sgt mahal.. bkn itu shj... malah byk lagi yg perlu kita ready duit! tp tak mengapalah... saya mengambil ini semua sbg kesilapan sya! kerana sya mengambil risiko utk membuat production luar yg agak besar dgn menjual tiket dgn group kecil yg tidak pernah ada pengalaman diluar. itu mmg silap sya..." saya maafkan semua...


2011 - kejuaraan Melati Melor adalah satu kenangan indah buat sya selepas habis UM, sya dinobatkan sbg pengarah terbaik... mmg juri sudah thu dan fhm tentang teknik kolej2 yg mengambil skrip luar dan tulis nama pelajar UM di kolej mereka.. juri yg diambil bkn calang2 jadi tak guna nak tipu mereka.. mereka lagi bijak dr kita yg bru nak bernyawa dlm bidang seni ni.... ada beberapa kolej yg mengambil skrip kawan2 sya di ASK dan org luar dan tukar nama kepada nama pelajar kolej mereka... tp sejujurnya sya tidak begitu! sya akur shj nama yg ada dlm skrip itu. spt tanah bernanah sya ttp menghormati pelulisnya Aminah Raphor (skrip itu pun mmg popular), Melati Melor yg ditulis oleh Lenny Erwan.. kerana rasa hormat pada naskah itu... alhamdulillah, 2011 juri telah menobatkan skrip Melati Melor sbg skrip terbaik... saya sgt happy... (thank kak lenny) sbb bg kebenaran bawa skrip tu... sya pun fremkan sijil kemenangan dan bg piala tu pada penulis... rasa happy tidak terkata waktu tu.. mgkin ada kawan2 sya yg akn ckp... alah... karnival teater je! apa la sgt! itu bg anda.. tp tidak bg sya yg hendak berkarya.. sekurangnya sya BUAT, sya ada... anda!!!!


 Sesi latihan regangan

pencarian watak



2012 BUKAN MALAIKAT!!! kenapa skrip ini? kali ni sya mempertaruhkan skrip tulisan sya sendiri. skrip ni sya buat pada thn 2004 masa tu sya thn akhir di UM, mula2 hya skrip ringkas shj... utk kelas. kemudian sya bawa ke UM, utk kelas penulisan skrip drama pentas. saya edit skit2, tp utk final skrip yg kena hantar sya hantar skrip PETAI dan SPEGETI! kenapa sya tak hantar skrip BUKAN MALAIKAT yg dah full? kerana diwaktu tu PERSATUAN ANTI DADAH KEBANGSAAN mahu beli skrip saya, jadi sya bentang skrip BUKAN MALAIKAT ini, mereka berminat dan mahu sya menambahkan isu DADAH tetapi dadah dlm bentuk pil2 yang digunakan oleh remaja utk enjoy!! jadi setelah di kembangkan isinya saya pun bawa ke PEMADAM, tetapi buget tidak diluluskan... dan skrip sya juga mahu di edit utk perkuatkan isu dadah. sya semakin rungsing dgn agenda yg sudah lari dr plan awal. maka sya menarik diri utk mementaskan teater BUKAN MALAIKAT ini... saya simpan skrip ni kemas2... bila saya sudah mengajar di UTHM, ada pelajar sya yg membaca skrip ini utk projek UTHM, mereka sgt berminat... saya mula teruja utk mementaskannya di UTHM, namun dlm masa yg sama UM panggil sya utk projek karnival teater, k11 sudah siap sedia utk bengkel bersama sya.. dlm erti kata lain, masa utk berkarya dah tiba. jadi sya tukar skrip JALANG BELAKANG BUKIT BINTANG utk pelajar di UTHM, dan skrip BUKAN MALAIKAT utk pelajar UM kk11. 


BUKAN MALAIKAT ~ bukan malaikat ialah skrip yg mengisahkan ttp org2 yg dipandang hina tp mereka ada hati dan naluri halus yg sgt mulia... begitu juga dgn manusia yg bertopengkan luaran yg warak tp dlmnya penuh dgn kekotoran yg hina.... jgn kita samakan diri kita, dan jgn ada yg meletak manusia itu sesempurna malaikat.... kita hya manusia... tidak sempurna dan lemah... terimalah kehidupan ini dgn kejujuran dan keikhlasan... kerna aku dia dan kamu BUKAN MALAIKAT... merujuk kepada watak2 didlm skrip ini, pada awalnya sya tulis utk kawan2 kelas sya di ASK, mereka mmg budak lakon, kemudian sya tulis berdasarkan permintaan PEMADAM, maka mereka mahu menyelitkan beberapa artis... jadi sya membayangkan ada beberapa artis yg sudah ada dlm watak itu...  jadi sya meletakkan pelakon yg akan membawa watak itu mengikut imaginasi yg sya bayangkan... bila sya bg watak2 itu kepada budak2 LOKUS, jadi sya mahu mereka berusaha lebih dan mendapatkan apa yg harus dicapai.. bkn sekadar persembahan kolej 2 Universiti shj... memang sukar tp kesukaran itulah mengajar kita utk menjadi lebih baik... usaha! bkn sekadar kata2 dan kata2 motivasi tp kerja keras spt mengkaji, menonton video, melihat dan berlatih sendiri harus diperbanyakkan.... utk adik2 di kk11 GOOD LUCK! saya percaya bakat anda... kenapa tidak anda mempercayainya juga... 


p/s : thank byk2 yg teramat besar buat ketua teater (IJAN) yg byk tlg dan berusaha utk menjayakan priduction ini. ijan mmg natural dan baik dr dulu hingga skrg! thank utk liza, dan yg lain juga... thank buat adik2 bru yg join teater k11, thank sbb mahu belajar dan berusaha.. korang mmg terbaik dan korang adik sya yg baik! syg korang sgt2... thank buat DR WARDAH dan warga kolej 11. kolej 11 sgt best!!! dr pun best!! (tq Dr Wardah)



JGN LUPA SAKSIKAN TEATER BERTAJUK : BUKAN MALAIKAT
Arahan : Eddy Rusdi Abdullah
pada : 20hb februari 2012 (isnin)
jam : 8.30malam
bertempat di ET UM (Experiment theater Universiti Malaya) sblm DTC
masuk adalah percuma....


JGN KETINGGALAN...


Jumpa disana......
<3

Tiada ulasan: