Jumaat, 24 Februari 2012

Mencipta sejarah KARNIVAL TEATER di UM



setiap orang ada pendapat dan pandangan masing - masing, (ANUGERAH KHAS JURI)

Pertama kali carnival teater di Ujudkan setelah keluar dari FESTIVAL SENI pada tahun 2010, kolej kediaman ke11 membawa naskah TANAH BERNANAH karya Aminah Raphor waktu itu kami telah mendapat JUARA KESELURUHAN dengan mengumpul 5 anugerah keseluruhan. Kemudian tahun berikutnya pada 2011 kolej kediaman ke11 membawa naskah karya Lenny Erwan iaitu MELATI DAN MELOR, sekali lgi kami menjuarai KARNIVAL TEATER UM dengan menyapu bersih 7 anugerah termasuk skrip terbaik dan PENGARAHAN TERBAIK. Walaupun dulu 2007 saya pernah disingkir dr pertandingan ini kerana masalah dalaman kemudian 2008 saya kalah teruk kerana salah memilih naskah. Tetapi saya tetap mempercayai KARNIVAL TEATER boleh dijadikan tempat berkarya yang boleh mengasah bakat pengarahan dan penulisan saya. Jadi saya tidak berputus asa, melihat juri yang memang mementingkan profesnalisme, saya terus masuk bertanding…

2012 – kami membawa naskah karya saya iaitu BUKAN MALAIKAT, karya ini adalah hasil tulisan saya sewaktu sya di ASK pada tahun 2004 dan sya olah semula pada tahun 2008 untuk kelas penulisan skrip pentas UNIVERSITI MALAYA. Dua kali di olah untuk kelas penulisan dan dua2 kelas itu 2004 di ASK saya menadapat A, manakala kelas di UNIVERSITI MALAYA 2008 saya mendapat A juga, maka saya amat yakin dengan naskah ini. Pada tahun 2010 PEMADAM (persatuan mencegah dadah kebangsaan) telah berminat dgn karya ini dan menawarkan saya projek teater sempena hari anti dadah dunia. Jadi mereka mahu naskah bukan malaikat ini dipentaskan, pada ketika itu juga saya edit sekali lagi untuk menepati kehendak PEMADAM, Maka isu dadah diselitkan. Bila difikir kembali… inilah naskah yang sesuai untuk mengekalkan momentum persembahan terbaik kolej kediaman ke11. Maka dengan panduan dan nasihat pensyarah2 lama, saya memilih karya saya ini untuk bertanding di KARNIVAL TEATER UM. 

PENGARAHAN – dari awal saya membuka naskah BUKAN MALAIKAT ini saya memikirkan sesuatu yg baru dalam konsep dan teknik realisme. Maka saya meletak beberapa eliment untuk menjadikan teknik dan konsep realisme ini tidak dipandang LAMA dan boring! Namun begitu saya tetap menjadikan ilmu dari AHMAD YATIM, ZAKARIA ARIFIN, ROSLINA KHIR JOHARI dan ROHANI YUSOF sebagai garis panduan, sewaktu saya di ASK dulu sampai skrg ilmu mereka adalah panduan dalam berkarya, kerana merekalah rujukan utama Malaysia untuk bidang PENGARAHAN dan Ahmad yatim adalah tokoh teater MODEN yang memang pakar dalam konsep REALISME. Dari sudut tempo, passing memang saya jaga, lakonan pelakon mestilah bertunjangkan NYATA dan BENAR! Real… perbuatan HARI2 dan segalanya harus PERCAYA, penonton akan percaya dan kita mesti memberi sesuatu yang boleh dipercayai… bukan sekadar menyembut dialog dan gerak. Pelakon harus MEMBERI, nyata, jelas dan benar. Teknik KENAPA, MENGAPA DAN BAGAIMANA memang penting. Jadi saya ketatkan latihan dengan bentuk rehearsal yang lagi teliti. 

ANUGERAH KHAS JURI –  Kami mendapat anugerah khas juri. Dikatakan ditolak markah kerana lebih 1jam, persembahan kami 1jam15minit lebih. Rasa kecewa pun ada kerana pada tahun 2007/2008 kolej5 Pernah menjuarai teater UM dengan membawa naskah KAP RAJA SUNGAI dan durasi masanya hampir 2jam. Saya melihat isu masa bukanlah perkara besar untuk menjadikan kumpulan itu tidak boleh juara. Selagi tidak melebihi 2jam sehingga membuatkan penonton dan juri resah dan bosan. Tetapi saya melihat penonton semakin rancak melihat dan mengikuti persembahan dan juri juga tidak berkelip (saya lihat dari atas control board), Seni persembahan bukanlah spt membuat baju yang perlu menguntingnya mengikut ukuran yang tepat tetapi seni persembahan sesuatu benda yang subjektif yang mana jika ianya tidak membuatkan penonton bosan tentulah boleh dimaafkan lagi tetapi janganlah melebihi 2,3jam” saya simpan rapi ilmu itu dan hari ini saya bertanya kembali tentang pentingkah itu dan bagaimana karyawan muda dan baru mahu mempercayai dan terus kreatif!! Jika kreativiti disekat dengan masa yang hya sedikit terlebih…!!! Tepuk dada tya selera….

TAHNIAH – Izz (watak SHIMA) Berjaya mengondol pelakon pembantu wanita terbaik. Walaupun BUKAM MALAIKAT ditolak markah Izz tetap menang! Bangga saya pada beliau sbb dlm latihan dia sangat risau tentang monolognya dan actingnya… akhirnya dia membuktikan USAHA yg byk mendapat hasil yang baik. (tp skrg ada jugak usaha sket hasil byk)… 

TERIMA KASIH FESTIVAL SENI (TEATER) / KARNIVAL TEATER UNIVERSITI MALAYA

2008 kolej12 – SULUH : Disingkir
2009 kolej2  – KERUSI : kalah

2010 kolej11 – TANAH BERNANAH : juara (5anugerah)
- PELAKON WANITA TERBAIK
- PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
- PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
- PELAKON HARAPAN TERBAIK
- JUARA

2011 kolej11 – MELATI DAN MELOR : Juara (7anugerah)
- PELAKON WANITA TERBAIK
- PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
- PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
- PELAKON HARAPAN TERBAIK
- SKRIP TERBAIK
- PENGARAH TERBAIK
- JOHAN

2012 kolej11 – BUKAN MALAIKAT : Anugerah Khas Juri (2anugerah)
- PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
- ANUGERAH KHAS JURI


(TERIMA KASIH kepada juri dan semua, sekurangnya juri menghargai kami... dr tak dpt apa2)



MAJU TERUS!!!


sekadar pendapat peribadi 
ikhlas : Eddy Rusdi

2 ulasan:

Shukstarz berkata...

whatever it is.. keep up your good work.. and 'KNOW' what you doing.. btw, cayalahhh Abg Eddy.. melihatkan perit jerih dari tahun ke tahun.. mmg da blh berbangga dgn pencapaian..TAHNIAH!!!

EddyRusdiAkuHanyaManusiaBiasa berkata...

thank shukor!
abg hya luahkan apa yg dirasa!
rasa rugi klu dibiarkan..
moga kita sama2 belajar dr kelemahan semua yg ada dpn mata!
bila nanti kita diatas! kita akn kenang apa yg kita lalui...
suapaya esok kita tak buat spt apa yg mereka lakukan! ameen!!

good luck utk kamu juga dik!
maju terus k.