Rabu, 27 Julai 2011

tiba masa untuk kembali ke tanah tumpah darah ku..

~MENCARI SINAR... MENCARI JALAN YANG LEBIH GEMILANG... dalam mencari kejujuraN... mencari kesetiaan... begitulah perjalanan aku di sini... KUALA LUMPUR.. indah digambaran... perit dijalanan... pernah terjatuh tersungkur.. PERNAH DI KIANATI pernah juga di hargai dan di hormati... segalanya menjadi kenangan indah yg MEMATANGKAN FIKIRAN... aku sayangkan kenangan ini~







10 tahun lebih aku merantau di tempat orang... seorang diri berbekalkan kecekalan dan keberanian... kekurangan wang ringgit bukan halangan... kerana pesanan dan didikan mak dan ayah cukup memberikan aku kekuatan untuk berada di kota besar ini. bukan mudah menyusuri hari sebagai anak seni... ditipu, ditikam dan dicemoh adalah rutin yg mgkin sudah menjadi basi dan lali... itulah harga yang harus aku bayar untuk begelar anak seni...... setiba di KL awal 2001 untuk bekerja sebagai anak seni bukanlah kerja mudah dan tepat... Belapar dahaga seorang diri.. tak ada job kerja sebarang je... janji ada duit untuk hari esok. perit sangat... aku pulang ke JB semula.. pulang untuk merancang sesuatu.. kembali ke KL pada 2002 dan menuntut di Akademi seni kebangsaan ASK yg skrg dipanggil ASWARA. mengambil Diploma Teater pada tahun 2002 waktu itu boleh dikatakan sangat luar biasa.. rasanya lain dgn budak2 skrg yg semuanya didepan mata dan dimewahkan dengan pelbagai kemudahan dan kesenangan... masa tu kami tidak punya kampus lagi. ASK menumpang di Empire Tower di tingkat 31,32,33 dan 27. selepas orentasi kami tidak disediakan rumah dan penginapan... kami menumpang di asrama sukan kg pandan yg dah bertahun2 tak ada org tinggal. masa tu pelbagai benda la kami jumpa.. bukan takat air berkarat tp kami di ganggu dgn benda2 halus... ditimpa la.. di tegur la.. di sapa la.. macam2 lagi la.. tp itu semua kenangan manis bersama rakan2 ASK2002-2005. RINDU KORANG WEH!!!

Selepas mula semester kami mula mencari rumah sewa. aku dpt rumah di kampung baru berkat bantuan pegawai ASK waktu tu... Kami duduk ramai2... macam sardin.. heheh... pempuan duduk tingkat 4 kami duduk tingkat 2. macam2 kejadian aneh dan buat2 aneh berlaku disitu.. heheheh... tp bila ingat balik lucu... paling aku ingat kami sebilik dah kekeringan duit. magie segera tu kami kongsi 3orang makan... utk satu hari.. lawak dan manis je kenangan tu... pengorbanan.... hasilnya lihat hari ini kawan2... masa awal masuk ASK aku sgt teruja belajar benda baru yg aku tak tahu.. yang tahu tapi sedikit... yang aku tahu tapi tak pasti.. yang aku mahu tahu.. semuanya aku perolehi disini... bertemu dgn mereka yg teruja dan bersemangat juang sebaris mengejar cita2... membuatkan aku semakin ghairah... tambah pula setiap kelas pya pensyarah yang hebat seperti Marlia Musa... Nam Roon.. Ahmad Yatim.. Hamzah Tahir, Rosminah Tahir... Zakaria Arifin... Zubir Ali.. Mahadi J Murad.. Rohani Yusof dan ramai lagi... semua tu nama2 besar dalam dunia teater Malaysia... kalau dulu aku berangan nak berlakon bawah arahan mereka.. hari itu aku menjadikan mimpi itu sebuah kenyataan...

kenangan pertama yg aku rasa sgt cool bila terpilih dlm ujibakat utk tour teater experiment MIMPI DI MALAM PANAS arahan Rohani Yusof di KEDAH... teruja sgt nak buat... bila berada disamping mereka yg hebat tentu sekali rasa gementar walaupun awal2 tu watak kecik je... kadang2 rasa down juga bila kena marah.. tp aku pegang pada satu pesan arwah ayah... jgn sedih jika orang marah kita jika itu akn jadikan kita lebih baik... kerana itu semua nasihat dlm bentuk kekerasan sikit... :)- itulah kenangan manis diawal belajar di ASK... seronok berada dikalangan mereka yg hebat waktu tu siapalah aku kan... heheheh tak lama dari tu aku byk dah berlakon.. tak kira di dalam ASK mahupun pergi casting dan berlakon dgn group2 luar... best sgt dpt kenal kawan2 baru dan teman2 industri seni yg dulu hya tgk di kaca tv shj.. hehehe... skrg jadi geng.... Alhamdulilah aku berjaya juga mendapat ANUGERAH KETUA PROGRAM di saat akhir di ASK. Syukurr.....

masa di ASK aku sgt bercita - cita untuk menjadi pelakon.. tp bila belajar dan belajar ramai pensyarah ckp aku cendrong dlm bidang pengarahan... mula2 tu rasa tak seronok sgt... tp bila habis final projek... "tanah bernanah" aku rasa apa yg En.Zakaria Arifin ckp pada aku ada byk kebenarannya... dia memang otai dan cikgu yg hebat bg aku... mata dia tepat dan tajam... thank En.Zack.... persembahan final projek aku dpt liputan di Utusan Malaysia.. alhamdulilah dpt pujian dan kritikan yg baik2 je.. hehehe alhamdulilah... itulah kali pertama aku membuat persembahan besar sbg seorang pengarah. tahun itu aku dpt join teater RANDAI arahan pengarah hebat indonesia WISRAN HASI. Aku cabar diri dengan memegang watak utama AMEH DUNIA. alhamdulilah ada tutor aku ckp... aku mampu membawanya dgn baik... syukur lagi... 2004 membuatkan aku teruja untuk beraksi di pentas....

2004 tidak berakhir dengan begitu saja... pada thn 2004 la drama pertama aku berlakon dengan memegang watak utama. drama tajuk "Ayah" arahan dan tulisan Wahid Nasir dari Multi Utama Production memberikan aku pengalaman berguna dan menyempurnakan impian aku utk beraksi sbg watak utama drama tv. alhamdulilah... syukur.... mula dari saat itu aku pergi byk casting drama.. ada yg dpt.. ada yg tidak.. ada yg watak besar dan ada yg watak kecik.. aku tak memilih sgt waktu tu sbb nak cari sesuap nasi... tp lama2 aku rasa aku perlu mencari ruang kerjaya yg lebih besar... aku mahu menambah ilmu dlm bidang seni yg blh membawa byk keuntungan... aku mula mencari dan berfikir panjang.. sehinggalah ada seorang kawan mempelawa aku untuk mengikuti kursus HAIRSTYLIST maka tanpa segan silu aku ikuti selama 1thn. masih tidak lari dr bidang seni.. itu boleh dikatakan seni tatarian iaitu tergolong dlm senimatografi la... aku berjaya tamatkannya dgn cemerlang dan mendapat PELAJAR TERBAIK. Dan yang paling indah sbg hairstylist apabila aku dpt menyentuh rambut2 artis ternama dunia dan msia sendiri seperti VINA MERALES juara ikon asia, jacklyn victor, judika indonesia, faizal tahir dan ramai lagi....

masuk UNIVERISITI MALAYA lepas habis belajar HAIRSTYLIST.. aku terus daftar diri ke UNIVERSITI MALAYA 2006-2009. di UNIVERSITI MALAYA aku sambung IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERSEMBAHAN drama. aku sgt teruja la masuk universiti malaya ni.. maklumlah universiti terbaik asia... universiti yg dulu pelajarnya terdiri dari orang2 ternama skrg... tentu SUDIRMAN HJ ARSYAD, AZNIL HAJI NAWAWI, PAK LAH "X-PM KITA" dan ramai lagi.... mula2 masuk UM aku tinggal di kolej kediaman ke2. seronok juga la tinggal kat situ.. ramai kawan2 baik... ramai sinior2 yg baik2... best sgt.. byk program... byk la yg aku dpt disitu sgt2 lain dr belajar di ASK dulu.. pengalaman yg tak akn dpt di tempat lain.. seriusss... aku bangga... mahu taknya di UM aku menang byk pertandingan.. hehehe masa orentasi lagi aku dah menang MR.TENGAYUN.. bakat dan minda. pastu aku masuk pertandingan AROBIK dgn kwn2 pusat sukan.. dpt naib no2. heheheh... pastu masuk pertandingan karaoke.. dan byk lagi la... seronokkan belajar di UNIVERSITI.. siapa ckp tak best.. sgt best ok!! hehe.. kemudian aku berpindah ke kolej kediaman ke12 kerana aku dah jadi MPMUM Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya...

pengalaman manis masa di UM ni semakin byk tambah2 bila aku jadi Majlis perwakilan pelajar UM... Bukan sahaja membantu para pelajar lain, membantu universiti, buat program besar2... jumpa orang kenamaan, jumpa org2 penting negara, dan kenangan yg paling indah bila aku jadi PENGARAH FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA, masa perasmian FESKUM 2007/2008 aku dpt duduk sebelah Raja Dr. Nazrin Shah.. RAJA OK!!! betapa teruja dan gembiranya aku tak terkira la rasanya... semakin bersemangat aku menerajui program tu... program tu dikatakan program FESKUM yg paling byk aktiviti, paling ramai pengunjung dan jualan membanggakan... alhamdulilah....

final year di UM.. aku buat projek akhir dengan mementaskan sebuah produksi teater MONODRAMA kenapa monodrama kerana aku nak cabar diri aku... bagi aku tak guna aku dpt A++++ kalau aku rasa tak puas... aku bukanlah orang yg suka dpt benda dgn mudah.. biar berusaha keras dan dpt dgn cemerlangnya... skrip ANAK BULAN DI KG WA"HASAAN telah dipilih sgt skrip final projek aku. alhamdulilah aku berjaya dpt A juga.. syukur... pengalaman berada di UM memang indah sgt... kat UM ada satu festival seni.. yg mana festival ni di sertai oleh pelajar2 um tetapi pengarah dan jurulatih kumpulan2 dr kolej2 ni terdiri dari budak2 ASK,UITM, ORG2 SENI YG PENGALAMAN dan ADA JUGA PENSYARAH masuk... Jadi aku pun masuklah ... percubaan pertama mengarah teater di festival seni, aku disingkirkan dari pertandingan kerana kumpulan aku ada masalah... kisah lama.. usah dikenang... masuk kali kedua kalah teruk... aku tak kisah sbb memang aku sendiri tak puas hati dgn peserta2... tp aku bangkit utk kali ketiga dengan memberanikan diri menawarkan diri di sebuah koleh yg tak bernah menang dan tak punya kekuatan sblm ini. aku nampak kesungguhan mereka pada setiap kali pertandingan. jadi aku yakin mereka boleh. aku masuk membawa skrip "tanah bernanah" 2010.. alhamdulilah kami juara. aku masuk lagi thn 2011 dengan membawa skrip "MELATI DAN MELOR" alhamdulilah JUARA LAGI UTK KALI KE2.. yg paling mengejutkan aku... kali ni aku menang PENGARAH TERBAIIK... Syukur...

selepas tamat Universiti Malaya aku meneruskan aktiviti seni.. kali ni lebih menerujakan aku.. aku dpt jadi JURULATIH LAKON UNTUK PROGRAM REALITY TV PILIH KASIH.. nahhhhh tiap2 hari muka aku kua tv2 marah2 budak2 ni.. heheheh marah2 sayang.. kata pengajar... hehehehe... pengalaman manis yg teramat manis.. terutama pada malam final pilih kasih1... aku pun beraksi sket.. hehehe kak ERMA ajak.. thank akak.. hehehe... tp yg paling aku puas bila tgk budak2 yg aku ajar byk perubahan positif dlm lakonan mereka... bagus sgt2.... habis Pilih kasih aku dpt tawaran berlakon drama tv dgn SUHAN MOVIE PRODUCTION.. aku dpt pegang watak UTAMA. watak bernama ALIAS.. utk drama "lari ke lembah hina" ditayangkan di TV9.. syukur.....

impian aku hampir semua tercapai.. tambah bila aku dpt berlakon dibawah arahan pengarah dan pelakon PUJAAN KU... pada 2010 tu aku dpt berlakon di PENTAS ANTARABANGSA iaitu ISTANA BUDAYA... aku dpt beraksi di pementasan KONSERT MUZIKAL AMYsearch... arahan FAUZIAH DATO AHMAD DAUD... kak ogy pujaan hati ku.. hehehe best sgt waktu tu... dpt watak besar di pentas besar adalah impian semua pelakon MALAYSIA ni... tercapai semua impian aku... tak sia2 aku bergelar anak seni.. tak sia2 aku meninggalkan kampung halaman ku..

2009 aku aktif dengan PEMADAM KEBANGSAAN buat PUPPET SHOW. maka dengan nasihat seorang rakan WESLEY WELLA aku pun buka sebuah Production sendiri bagi memudahkan urusan pembayaran pelakon dll. hampir satu KL kami jelajah buat PUPPET SHOW.. seronok juga... thank PEMADAM. ER ARTS PRODUCTION terus melebarkan sayapnya dengan mementaskan sebuah teater tajaan PEMADAM selangor pula... kali ni dgn cerita yg berat.. karya aku sendiri yg bertajuk JALANG BELAKANG BUKIT BINTANG.. dipentaskan di stor DBP. rezeki melimpah ruah waktu tu.. ameen. syukur yaAllah.... selepas tu aku mengambil keputusan utk menerima tawaran bekerja di sebuah syarikat dan academi ni.. sebagai pegawai latihan dan permasaran. hampir setahun juga la aku kerja.. tp jiwa aku lebih kepada teater dan seni.. aku mengundur diri... aku berhenti kerja dan terus aktif berseni... rezeki berhenti kerja semakin melimpah ruang bila aku dpt byk tawaran berlakon teater dan mengarah teater.. syukur sgt...

2011 aku terus aktif dan mengatur langkah... antaranya baru - baru ni aku telah pentaskan naskah dari tulisan aku sendiri "..itu merah" yang mencetuskan emosi melankolik kepada penonton.. ada yg menitiskan air mata... terima kasih kerana dtg menonton.... ER ARTS PRODUCTION terus aktif... tp dalam masa yg sama aku mencari ruang baru untuk aku bertapak.. tak kan selamanya nak macam ni.. aku pun mohon menjadi pengajar di UTHM batu pahat...johor. aku dpt ke temuduga.. lulus temuduga.. terus diterima sbg pensyarah disana.. AKU DPT!!!.. cita2 masa kecik dah tercapai... Aku dpt mengajar teater (wajib universiti) disana.. dan 2lagi subjek yg akn diketahui kelak... aku sgt teruja.. syukur ya Allah... impian tercapai... tp disana insyaAllah aku nak mohon buat master SKEM FELLO dan jadi tutor seterusnya jadi pensyarah tetap... INSYAALLAH...

kini aku akn berpindah ke JB. Tp bukan bererti aku tak dtg KL dah.. ooohh silap... aku tetap akn berkarya di KL... aku pun dah rancang pelbagai aktiviti setiap thn.. aku pun dah daftar NGO dengan bantuan EN.RAIZULI.. maka tiap2 thn la kau akn menetap di KL.. bila cuti semester... utk meneruskan aktiviti ER ARTS PRODUCTION... walaupun begitu aku tetap sedihhh nak tinggalkan KL... :( SELAMAT TINGGAL KOTA YG BYK MENGAJAR AKU ERTI KEMANUSIAAN... Selamat tinggal teman2 seperjuangan.. selamat tinggal teman2 suka dan duka.. selamat tinggal semua yg indah disini....

sebenarnya banyak lagi kenangan manis aku disini... di Universiti, di Akademi, di tempat kerja, di dalam bidang seni, di KUALA LUMPUR tapi tak semua mampu aku catatkan disini... biarlah ia menjadi kenangan manis yg aku akn kenang sampai mati...








DEKO BERSAMA ERIC 2008

KENANGAN MANIS JUGA BILA ERIC LIONG DTG RUMAH KAMI BUAT KEJUTAN!!!!!!

:::MENJADI SATU PENGORBANAN TERBESAR PADA AKU BILA ARWAH AYAH MENINGGAL DUNIA SEDANG AKU MENUNTUT DI AKADEMI SENI KEBANGSAAN... sewaktu itu cuti semester.. sepat juga aku jaga dia 2bulan di hospoital... KEMUDIAN ABANG IPAR YANG PALING RAPAT DGN AKU MENINGGAL DUNIA sedang aku menuntut dia AIMI ACADEMY... AKU SKRG HYA ADA SEORANG IBU DAN SEORANG KAKAK... itu sahaja yg aku ada.. sebab itu jugalah aku kembali ke JB...


sedari dulu aku memang mahu hidup berdikari... lepas habis sek aku terus berdikari.. disini kita bertemu.. aku kenali hati budi mu... sahabat ku.. hari ini dan disini aku nak ucap terima kasih kepada mu teman... sepanjang aku disini kita byk berkongsi rasa... berkongsi susah senang.. suka dan duka... aku gembira mengenali kalian. terima kasih kepada teman2 ASK 2002-2005 yg sama2 mengharungi suka dan duka hidup sbg anak seni... terima kasih juga kepada teman2 rumah ehsan trading yg sama2 makan magie kongsi 3orang.... hehehe terima kasih kepada teman2 aimi academy yg sama2 belajar kemahiran.. menyemai impian untuk bergelar usahawa dan kaya raya.. ameen... terima kasih teman... terima kasih kepada teman2 UM yg sama2 mengejar cita2 mencari ilmu yg makin dicari makin byk kita mahu gali... gali dik kata kak ogy... hehehehehe... rindu saat itu... aku pasti tak mgkin ia berulang kembali.. tp akn ku simpan cerita hidup kita ini hingga ke akhirnya... teman terima kasih byk2 ya.... terima kasih kepada teman2 yg sama2 gelak ketawa... sama2 menagis bersama.... terima kasih yg byk memberi nasihat dan dorongan.. tanpa anda siapalah sya dan sya tak mampu bertahan seorang diri disini... tanpa mu siapalah aku.. hehehe.. terima kasih buat teman yg rapat dan dah lama rapat... yg bru rapat... yg boleh tahan rapat.. yg rapat2 mari kita rapat2kan saf ya.. hehehe... terima kasih kerana sudi merapatkan diri dgn eddy.. syg korang... eddy akn rindukan korang... eddy akn senyum sendiri mengenang kenangan kita... tentu2 eddy akn ketawa bila teringat korang... manisnya kenangan kita kan!! hehehehe.... korang thank ekkk.... tak ada apa eddy nak ckp lagi... eddy pun tak thu kenapa eddy tulis note ni... mgkin kerana kesebakkan yg mendesak supaya hati ni rasa lega kot.... sbb eddy pasti eddy akn sedih... adoiii penatnya nak nagis2 ni.. heheheheheh... korang mesti tertya nape nak nagis.. haaaa ble korang kena nanti bru la korang thu... sedih tau... byk kenangan disini... byk kegembiraan disini.. byk pahit manis yg semuanya indah bg eddy... pehhhhhh sebak dah kan!!! hhehehehehe.... korang tau tak.. benda paling membuatkan eddy teruja utk berhijrah ke kl adalah anda.. eddy pasti akn temui insan2 yg baik2 cam anda... tgk hari ini.. terbukti.. eddy berat hati nak pergi sbb anda!! sbb adanya anda dlm diri eddy... adoii laaa!!!!!!!... terima kasih juga kepada sinior, guru, pensyarah dan semua yg pernah mendidik eddy dlm apa jua bidang la.. formal mahupun tidak... nasihat pun kira ilmu tu.. thank sgt2.. semua tu adalah penyuluh jalanan hidup ini... thank... diakhir ini eddy nak mohon maaf jika ada salah silap antara kita... terkasar bahasa.. terlebih gurau.. termakan minum dan ter ter ter semualah.... sorry.. o-o k... terutama teman serumah yg pernah ddk sama... ermmm kira2 ada 7 rumah dan 7 hosemeet berlainan.. halalkan segalanya ekk.. maaf zahir batin... mgu dpn dah pose.. pose penuh k.. hehehehe.... tak lupe pada semua anak murid yg penah eddy didik tak kira dlm bidang apa pun... hairstylist mahupun teater... korang the best.. terus berjuang k.. korang jgn mengalah dgn idup.. korang sempoi.. maaf ada salah silap k...

korang... kat bawah ni eddy ada tulis satu puisi utk korang.. harap korang tak muntah ek... baca je.. hehehe sempoi je...


KUKENALI KAMU

hari ini aku seorang BATU..
aku? bukan siapa2 pun hanya TANAH...
aku jalan terus jalan berbatu dan bertanah..
kadang2 aku sendiri lupe..
kat mana aku ???
ditanah atau batu...

aku berhenti seketika...
aku lihat ada daun menghijau..
aku lihat ada dahan merendang..
aku lihat ada korang.. ada kamu..
aku pun berteduh...
tenang.. damai... sejuk.. redupp seyyy

aku seorang batu..
duduk bersama pokok..
aku bukan tanah..
kau adalah pokok...
aku kau dan pokok adalah kawan..
tanpa tanah pokok tak boleh tegak
batu penguat tanah.. percaya tak?

aku kini dah jadi batu permata..
aku nak menerangi gegelang rotan lain
aku nak jadi permata berharga
nak didik batu batu lain jadi permata
aku terpaksa pindah ke tanah lain
aku sedih wehhhh

korang jgn lupe pada batu ya
aku tetap baru
aku spt dulu je..
aku adalah aku yg dulu batu bata..
buka nbatu jalan...
bongok laaaa..!!! heheheh

aku dah habiskan puisi aku
aku rasa korang ada yg paham
ada tak paham.. cube je paham
sbb korang bkn batu..
yg ni puisi gak tau...
batu tanah dan pokok..
kita adalah sedara milik tuhan..


babaiiii.... lav u

3 ulasan:

Muslimah Optimis berkata...

waaaaaaaaaaaaa.. panjangnye.. tapi MO baca sampai habis.. hurmmm... anda seorang penulis skrip kan..err, so lain kali mungkin boleh menulis menggunakan ayat dan perkataan penuh.. hehe.. :-)

EddyRusdiAkuHanyaManusiaBiasa berkata...

Muslimah Optimis : utk sosial it macam ni rasanya tak perlu menggunakan ayat @ perkataan penuh walaupun sya seorang sastrawan. cube baca blog2 penulis lain yg terkenal. beza blog peribadi dan buku yg diterbitkannya.. sebenarnya blog ni utk kami (org yg membuat kerja2 penulisan) sbg wadah utk relex2 je.. tak nak la terlalu fokus sgt spt kerja. dah la kerja kami ni menulis dan perlu fokus habis habisan kat blog ni kami nak santai2 je! apa pun thank.. sya fhm sbb anda mgkin tertya kan! so sya dah bg jawapan. thank ya.

Muslimah Optimis berkata...

heheheh... ooo... MO ni kalau menaip menggunakan keyboard ni secara automatik akan menaip perkataan penuhh..kalo SMS ye la guna singkatan..heheh..

apa pun, masing2 ada cara dan gaya tersendiri..asalkan selesa kan.. :-)