Sabtu, 1 Disember 2007

23hb11 - 27hb12 aku di sarawak - krismas, dan holiday semuanya disana

sambutan krismas di rumah my friend... sarawah enjoy...









































kisah aku dan percutian di Sarawak


Aku mengikut temanku yang sama belajar di Universirti Malaya pulang ke Sarawak. Pada 27hb 11 aku datang ke sarawak… bermula dengan sedikit kerja yang perlu aku settlekan dan kemudian aku bercuti di sana dan menetap di rumah kawan ku itu selama lebih sebulan... seronok dan teruja aku dibuatnya.. nak tahu kenapa, banyak aku belajar dan mengetahui tentang kebudayaan dan cara hidup org disini. Malah aku juga berpeluang merasa masakan istimewa yang berasal dari Sarawak ini. Sedap, pelik, lemak, manis, tapi yang penting tak ada yang pedas...... huhuh yang pasti seperti kata org sarawak semuanya nyamann...... masakan pertama ialah Mee kolok goreng setiba je di sarawak ayah kawan aku ambik kami di Airport dan berhenti makan di bandar kuching. Selama aku tinggal di sarawak ni aku tinggal di rumah kawan aku, mak dia masak masakan sarawak yang best utk aku mencubanya. Seperti Ambal, laksa sarawak, Ayam masak buluh pansoh, pulut dalam periuk kera, kemudian aku pergi ke pasar satok utk makan juadah Sarawak yang dijual disini, seperti Mee kolok sub dan Laksa sarawak. Kemudian aku berjalan di Waterfront bersama kawan aku dan saudara mara dia. Sempat juga aku merasa mee Mee tomato yang sangat popular di Sarawak. Kemudian kami berjalan ke Tebedu. Nasib kurang menyebelahi aku bila aku tak sempat masuk ke sempadan Indonesia itu. Tp seronok juga merasa bejalan di sempadan ni. Dapat juga aku tengok perjalanan hidup orang indonesia yang bersusah payah merebut pelanggan untuk mendapatkan sedikit duit bagi meneruskan hidup. Hari seterusnya aku ke Serikin, tgk wayang di alakat dan berjalan di sekitar kuching. Seterusnya aku ke Kg.budaya bersama Lidya, Wes, Amy dan Mac. Di kampung budaya kami sempat membeli Sagu Sarawak dan dimakan dengan dengan kuah tempoyak pedas dan tabaloi. Tiba pula raya haji menjelma. Aku sempat bersembahnyang di Masjid Kuching. Kemudian aku beraya di rumah Nurul di taman Setapok selatan. Seronok juga beraya haji di sarawak ni sebab dapat merasa masakan di Sarawak ni. Kemudian Krismas menjelma. Terasa seronok juga pertama kami merasa krismas dirumah seorang kawan yang menyambut krismas. Aku pun sempat membantu memasak rendang untuk mereka. Terakhir sekali kami pergi ke jong crocodile farm. Selepas pulang dari jong crocodile farm kami pergi membeli belah, sempat aku membeli buah tangan utk kawan2 di UM. Rambang mata aku melihat kek sarawak, gelang, keycin, gula2 sarawak, dan t-shet disana. Tapi aku sempat mencapai dan membelinya. 27hb tiba aku pulang ke Kuala Lumpur...

_________________________________________________________

al-kisahnya bermula semasa aku melihat tatoo sahabatku yang tesergam indah di belakang bahunya... kau buat ku kata wow!!! dan aku bertanya kepadanya.. dimana buat? berapa harganya? sakit ker tak? dan macam2 lagi persoalan yang bertalu aku bagi kepadanya sehinggalah aku dan dia tiba di Sarawak dan dia membawa aku ke satu tempat dimana dia telah membuat tatoo yang bercorak pelik tp smart di belakangnya itu... teruja aku dibuatnya...


gaya mutu keungulan


jangan terperanjat atau mengatakan "eddy memang giler dan giler -giler..." hahahaa memang aku giler - giler tapi aku belum gila untuk mentatookan tubuh ku yang munggil ini.. kalau membut tatoo ini tidak dilarang agama memang aku buat.. aku tak pedulu pada kesakitan dan kepedihan mesin dan jarum yang menyucuk dan mengerudi tubuh manusia itu.. sememangnya aku ni tak takud sakit... kalau tak masakan semasa kecil-kecil dulu aku sendiri ke hospital untuk cabut gigi dan tampal gigi sedangkan kawan - kawan sebaya aku akan menangis dan menyorok apabila doktor datang ke sekolah untuk membuat rawatan gigi... hahaha pelik tapi benar...


berani biar bertempat


al - kisah kebenaran gambar itu adalah tatoo yang di cipta oleh sahabatku dengan kecanggihan fotoshop dan picasa.. jadilah tatoo yang seakan betul... hahahaha jangan marah aku ya... aku sengaja nak bagi variasi pada pic - pic dalam simpanan aku ni... baru dikatakan berani berfeshion, walaupun dalam gambar je... wakakah.... apa pun aku nak bagi pesanan kat sini kepada sesiapa yang nak buat tatoo original aku berpesan fikirlah sribu kali kerana sakitnya bukan kepalang dan akibatnya memang teruk kerana anda boleh dijangkiti HIV kerana jarum yang membentuk tatoo itu mungkin telah digunakan untuk membuat kepada pesakit HIV... kenapa saya berkata demikian? kerana harga jarum tatoo itu sangat mahal untuk dipakai buang... kepada sesiapa yang telah membuat tatoo itu pergilah membuat chek di hospital kerana langkah keselamatan adalah jalan selamat... tapi kepada yang dah bertatoo itu jangan takut sangat kerana tak semestinya bertatoo itu mudah dijangkiti...

2 ulasan:

farah berkata...

wow!ingatkn tattoo btul td..!!hehee..ttipu aku rupenyer..neway,congrats!cunla tattoo tipu ni..ehhe

fAriS fiKri berkata...

cehh.. poyo jek.. ingat kan btoi la tatoo tuwh.. btw lawo.. xpenah ku sangke bahawe itu adelah rekaan profesional semate2.. huhuh.. btw nice blog.. klo da update yg baru jgn lpe invite taw.. huhuh..