Selasa, 4 Disember 2007

Apabila Eddy dah serius dalam lakonan teater

Teater " Penganti Zen" Naib Johan Festival Teater Makom



Teater Muzikal Jerung VS u





Apabila Eddy mengambil keputusan untuk serius dalam bidang teater setelah eddy berusaha keras untuk meyakinkan seisi keluarga tentang minat dan kerjaya ini. Mak memberi sokongan yang tanpa batasan. Ayah juga memberi semangat yang membuatkan aku bertambah gairah untuk ke Kuala Lumpur untuk menerokai bidang seni di Akademi Seni Kebagsaan.. Sekarang dipanggil ASWARA. dari bandaraya Johor bahru ke Kuala Lumpur adalah sesuatu yang indah bagi ku kerana, inilah impian ku, membina kerjaya seni di sana. Alhamdulilah semua impian dan harapan tercapai Cuma eddy sangat terkilan apabila arwah ayah tak dapat tengok eddy belakon teater dan tv. Masa eddy keluar Tv1 untuk drama On Call sebagai watak utama ayah dah sebulan meninggal dunia. Sebelum dia meninggal semasa di hospital dia pernah berbisik kepada eddy supaya eddy menjadi orang seni yang berwawasan dan berilmu. Menjadi artis yang berfikiran kelas pertama… dengan kata – kata itu eddy mengorak langkah ke Universiti Malaya dan menjadi MPPUM. Tiupan semangat arwah ayah banyak memberi Eddy kekuatan. Sepanjang eddy di ASK dan UM Eddy ada belakon teater, sebahagiannya ialah seperti Theater Tradisional Makyong iaitu “Raja Besar Ho Gading” Arahan dan karya Shaari Abdullah di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. 27 – 29 Februari 2004. sebagai Tok Peraih Sirih, kemudian Teater Experiment, “Mat Cowboy” Karya Kalam Hamidi. Pada 19 Februari 2004 di Mini Auditorium MTC. Arahan Saifullah Ghazali sebagai Wak Dreba. Diikuti Teater Experimet “Mimpi Di Malam Panas”Arahan Rohani Yusof sebagai Starbeling – Badut di Taman Budaya Kedah. Teater Klasik bertajuk “Raja Lear ”Karya William Shakespeare, Arahan oleh Marzuki Ali,pada 17 – 20 Oktober 2002 di Auditorium Tunku Abd Rahman, MTC Jalan Ampang, sebagai Bujang / Pewira kemudian Teater Mahkamah Keadilan, Karya Taufik Al – Hakim, arahan Macynthia Harzuni, di Studio Empaire Tower ASK, 20 April 2003, sebagai Suami (Lumpuh). Seterusnya Teater Klasik bertajuk “Antagone” Arahan Roslina Her Johari Karya Adaptasi di Black Box A.S.K pada 3,4 dan 5 September 2004 sebagai Choragos (Ketua Corus). Diikuti Teater Klasik “Antagone” Arahan Roslina Her Johari Karya Adaptasi. Laman Seni Istana Budaya, sebagai Choragos (Ketua Corus) pada 20 Ogos 2004. kemudian Teater Tradisional Randai, “Puti Nilam Sari”, Karya dan Arahan : Bapak Wisran Hadi pada 6 – 8 Mei 2005 di Panggung experiment Akademi Seni Kebangsaan (ET). Sebagai Ameh Dunia (Hero, Kekasih Puti Nilam Sari). Seterusnya Teater tradisional jepun “Pengganti Zen” Arahan Roslina Her Johari,Karya AdaptasiUniversiti malaya sempena pertandingan festival teater universiti-universiti Malaysia (Makom) No. 2 Naib Johan pada 24 hb November 2006 Auditorium DTC sebagai Watak : Ketua Korus. Kemudian Teater Muzikal Komedi “Jerong VS Yu”, Arahan dan Karya Roselina Her Johari Tajaan DBKL Kuala Lumpur Watak : Arjuna pada 23,24 dan 25 hb Mac 2007 Panggung Bandaraya Kuala Lumpur Sempena hari Wilayah persekutuan. Diikuti pula Skedsa Boria Festival Seni Kolej ke2 Universiti malaya 2006 universiti Malaya sebagai Mami. Kemudian Teater Tradisional MakYong “ Raja Pencil, Arahan : Marleny Dir Irwan pada 5 dan 6 April di Studio KPS universiti Malaya sebagai Peran Muda. Dan terbaru Teater ’Dilema Baginda Sultan’ Arahan : Roslina Her Johari pada Disember di Auditorium DTC Dewan Gemilang Universiti Malaya pada 7 dan 8 Ogos sebagai Petanda (Watak Utama). Walaupun Eddy banyak belakon teater Eddy masih mentah dan mahu belajar lagi tentang penghayatan dan teknik lakonan teater yang memberi kepuasan kepada Eddy semasa melakonkanya. Eddy mempunyai impian tersendiri dalam menempuh arena kerjaya dan seni dimasa akan datang. Eddy bercita – cita untuk membuat sebuah Produksion House sendiri, buat masa ni ada ahli keluarga yang mahu membantu dan eddy mahu membuat satu rancangan telivision realiti sendiri dimana Eddy nak adakan sebuah rancangan pertandingan realiti teater. Dari pengurusan, Krew, lakonan, pengarahan, penulisan skrip sehingga ke pemasaran teater itu sendiri. Eddy mahu memajukan dan menaik taraf bidang teater ini ketahap yang tertinggi. Diminati dan di gilai..... mungkinkah? Tunggu !!!!!


Penganti Zen 'Korus'

Jerung VS u


dua budaya

Delima Baginda Sultan

aku "Arjuna"

Masuk Majalah teater

Aku "Koragos"

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam, saya masatirah. boleh tak sekiiranya saya mahu dapatkan maklumat lanjut mengenai teater Raja Lear yg pernah dipentaskan pada 17-20 Oktober 2002, arahan En.Marzuki Ali.. terima kasih