Isnin, 10 Disember 2007

melangkah setapak dengan mengarah teater

Teater tanah bernanah yang mendapat pujian media massa.


Eddy mula mengarah teater sejak sekolah lagi, semasa di tingkatan 6 bawah Eddy mengarah untuk persatuan sekolah. Kemudian Eddy merasakan banyak kekurangan dalam pengarahan Eddy. Sejak itu Eddy tidak lagi mengambil tugas sebagai pengarah dalam mana – mana persembahan teater. Tetapi Eddy mula belajar bagaimana mengarah teater. Setelah masuk ASK, Eddy mengumpul pengalaman belakon dibawah pengarah terkenal Malaysia seperti Rohani Yusuf, Roslina Khir Johari, Seniman Negara Rahman B dan ramai lagi. Setelah di beri semangat dan di suntik motivasi oleh pensyarah ASK iaitu Zakaria Arifin dan Marlia Musa, Eddy menjadi yakin untuk mengarah. Bermulalah perjalanan seni Eddy sebagai pengarah teater. Walaupun terasa kurang dan lemah dalam bidang pengarahan ini, Eddy tetap belajar dan mencuba pelbagai cara mengarah dari hari ke hari dari satu persatu pengarahan dari pelbagai kritikan eddy terima.



PELAKON PUTERI MANORA

Bermula dengan Teater bertajuk Bila Bulan Di Pagari Bintang Karya Haji A. Rahim Abdullah pada 11 Julai 2003 di Studio ASK. Kemudian Teater Rakus karya saya sendiri. Yang dipentaskkan 2 September 2003 di studio ASK. seterusnyaTeater XPDC Maut karya Student ASK. 8 Ogos 2003 bertempat di Studio ASK. Kemudian Teater Laila Rita karya saya sendiri 9 September 2003 di studio ASK. Seterusnya teater ..Dan tiga dara tg kebulan karya Aidlin Alin Mosbit pada 20 Februari 2004 di Mini Auditorium M.T.C Jln Ampang. Kemudian Teater Menantu ku karya saya sendiri untuk Festival Filem Malaysia 2004 bertempat di Muzium Negara pada 17 july 2004. seterusnya Teater Experiment ”Pulangkan” pada 10 july 2004 bertempat di Black Box ASK. Kemudian Teater Experiment ”Model Malaysian” pada 15 ogos 2004 bertempat di Black Box ASK. Dan akhirnya eddy mengumpul segala pengalaman pengarahan dan membuat teater penilaian tahun akhir yang bertajuk Tanah Bernanah karya Oli impan di adaptasi oleh Aminah Raphor yang mendapat kepujian ’A’ pada 10 April 2005 di MTC Jjn Ampang.


CERIA UNTUK MEMULAKAN LATIHAN

Kemudian di UM Eddy membantu group Malaysia culture World chess sebagai pengarah teater pada December 2006 di Panggung Bakti Siswa UM. Kemudian eddy mengikuti Teater tari ‘Puteri Manora’ Karya Roslina Her Johari Terbitan DBKL Sebagai Jurulatih Lakon pada 20,21,22 July 2007 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Minat Eddy begitu mendalam dalam bidang pengarahan dan lakonan teater sehinggakan eddy mengambil keputusan untuk mengambil Major Pengarahan Teater diploma ASWARA. Dan menjadikan Lakonan teater sebagai Major dalam pengijazahan Universiti Malaya. Ada seorang tokoh teater pernah berkata, seorang pelakon tidak dapat mengarah teater sebaik lakonannya tetapi seorang pengarah teater itu boleh belakon dengan baik seperti pengarahannya....

Puteri Manora teater pertama dimana aku memgambil tugas sebagai jurulatih lakon


Teater Rakus arahan Eddy yang dilakonkan oleh Piare Andry dan rakan - rakan

DiSeBaLiK taBiR PeNGaRaHaN EdDY...

Tiada ulasan: