Rabu, 1 November 2017

SKRIP MONOLOG

Ibu dan impian 

Aku ni bukan anak yang baik… sebab dari kecil aku tak pernah ikut cakap ibu! Bukan aku nak melawan dia! Tapi aku ada pendirian aku sendiri! Ibu nak sangat aku jadi macam dia! Guru lukisan, dia belikan aku macam – macam alatan lukisan, tapi aku minat main bola, aku curi bola yang dipadang sekolah, bola buruk yang aku rasa masih elok untuk aku bermain, aku bawa balik rumah, aku ajak saiful dan nizam main dipadang, bila magrib aku sorok bola dibelakang rumah, sampai satu hari ibu jumpa bola yang aku sorok tu, ibu bocorkan bola tu, ibu tak nak aku main bola lagi, aku merajuk, tiga hari aku tak keluar bilik. Aku mogok! Satu hari aku protes, aku buat bola guna surat kabar, aku gumbal – gumpal jadi bulat macam bola. Aku main sorang – sorang dalam bilik sampai aku tak sedar yang aku dah buat bising. Ibu ketuk pintu dan terkejut aku masih lagi main bola walaupun dengan kertas sahaja.

Bila masuk sekolah menengah, ibu nak sangat aku sambung belajar dalam bidang rekaan. Dia nak aku jadi pereka dalaman, katanya nanti senang, boleh buat dekat rumah sediri cantik-cantik. Aku bagi tahu ibu, tak semestinya jadi pereka dalaman rumah kita tak boleh cantik, janji ada duit. Ibu merajuk dengan aku, kali ni giliran ibu yang kuat merajuk, dia tahu kelemahan aku bila tengok dia menagis, pertama kali aku tertipu, tapi kali kedua dia menangis, terkantoi yang dia berlakon je depan aku! aku berkeras untuk sambung sains sukan. Kali ni ibu merajuk lama dengan aku, sebab aku dah pun terima tawaran sambung belajar dalam pengajian sains sukan di ibu kota. Ibu tak telifon aku tanya kabar pun, kalau dulu, balik rumah lambat pun dia dah call. Tapi ayah cakap ibu hari-hari tengok gambar aku kat dinding. Sambil bercerita kisah aku masa kanak-kanak pada ayah. Ibu rindu aku..

Raya tahun tu, ibu tak beli baju raya pada kami, tak ada kuih raya, taka da rumah raya, dia cakap anak dia nak jadi ahli sukan pakai tshirt pun boleh masa raya. Aku senyum tengok ibu yang semakin kebudak – budakan. Tapi semua tu aku dah jangka, makanya dari KL lagi aku dah belikan baju raya untuk kami sekeluarga dan kuih muih raya di jalan tar untuk ibu. Senyum lebar ibu bila dapat pakai baju papalem kembang.

Raya tahun tu sangat indah buat aku sebab pertama kalinya ibu cakap, ibu bangga anak ibu sambung university walaupun dalam bidang apa sekalipun. Aku cakap kat ibu, abang nak jadi pensyarah sukan. Ibu lagi gembira, memang ibu nak aku jadi pendidik. Tapi selepas aidilfitri kami sekeluarga dapat berita duka, ibu disahkan mengidap kanser tahap 4, ibu pengsan masa memasak untuk family day kami, rupanya ibu rahsiakan dari kami, 10tahun ibu menderika kanser, aku menyesal lawan cakap ibu.. aku sujud dikaki ibu, aku mintak maaf sebab dari kecik aku tak ikut apa yang dia nak, kalau aku tahu macam ni akhirnya, akan aku ikut apa sahaja yang ibu nak.. maafkan abang ibu.. family day kami jadi satu acara sedih bila meratap tubuh ibu yang semakin lemah, Cuma waktu tu semua ahli keluarga ada, adik beradik ibu dan ayah serta nenek juga disisi ibu. 10april 2015 subuh yang hening, saat aku membacakan yasin sebelah ibu, tanggannya menarik aku, aku cium ibu dan dia berbisik pada aku..

Along.. ibu nak pergi dah.. along jaga keluarga kita ya..
Aku cuba menahan untuk meraung, aku ajar ibu mengucap..
Asshaduala ila haillah..

Waassshanuanamuhambadarasullulah…


Ibu.. ibu.. ibuu.. 





tamat 

karya : Eddy Rusdi Abdullah 
0127588776








2 ulasan:

Hidayaturredha berkata...

Bolehkah saya mengambil skrip monolog ini untuk tujuan pertandingan? terima kasih tuan.

Unknown berkata...

as salam encik, saya mohon gunkan skrip untuk anak anak buat latihan dan pertandingan manolog nanti...T.kasih