Rabu, 20 Januari 2010

jendela 2010




Ku panjatkan syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya aku dapat bernafas lagi pada tahun 2010 ini. sungguh indah number ini 2010. begitu juga dengan perjalanan yg baru bermula pada tahun ini sangat indah untuk aku lalui. Bermula dengan aku lulus beberapa temuduga awal untuk sesuatu yg aku idamkan… kemudian diikuti dengan mendapat Transkrip dr Universiti Malaya untuk aku melangkah lebih jauh dalam kerja seni yg lebih profesnal ini. kemudian aku berjaya mendapat JUARA carnival teater Universiti Malaya 2010. kali ini aku mengarah kolej kediaman kesebelas. Setelah berjaya menjuarai TEATER di UM,




kami akn ke MAKUM… bahagia rasa tidak terhingga… Alhamdulilah tuah berpihak kepada kami. Dengan usaha gigih dan ketekunan aku mendidik semua pelajar yang ingin mengikuti persembahan Tanah Bernanah akhirnya aku memperolehi hasil yang terbaik. Kerana keyakinan dan sedikit amarah yang membawa kebaikan telah menyuntik semangat aku untuk melatih mereka dengan ilmu lakonan sebenar. Bukan sekadar tahu berlakon tapi bijak berlakon. Aku mengajar mereka dari segi improvisasi dan asas lakon yang aku belajar di ASK dan Pusat Kebudayaan UM sendiri. Pada mulanya penerimaan mereka agak sukar kerana teknik dan cara aku sangat tegas dan betul2 mendidik sebagai pelakon terbaik bukan sekadar berlakon untuk menang. Alhamdulilah target aku mencapai tapi ada satu sahaja tidak tercapai tetapi akn aku tebus untuk MAKUM akan datang ini. InsyaAllah sesuatu yg jujur dan iklas itu akan membuahkan hasil… tak lama lagi…





pada bulan 2 @ 3 drama yg aku bru shooting akan keluar. Drama terbitan SUHAM MOVIES itu akan ditayangkan di saluran RTM. Walaupun haya dalam satu Episode tetapi aku happy sebab memegang watak utama dan membawa pelbagai emosi dalam drama itu. Aku harap dengan keluarnya drama itu akan membuka mata – mata mereka di luar sana. Nantikan drama “kembali ke lembah hina episode 9 dlm slot TIRAI SEMALAM”. Jauh di sudut hati aku bahawa impian aku untuk menjadi anak seni yang berjaya akan tercapai jika aku berterusan berusaha tanpa mengenal jemu dan pedulikan kata – kata orang yg dengki dan iri hati itu. Untuk langkah seterusnya aku mahu berlakon telimovie pula.




Kemudian aku mahu skrip tulisan aku di terbitkan. Setelah berjaya aku mahu mencipta nama dalam bidang pengarahan drama tv dan teater yang lebih meluas lagi. Selain impian aku untuk mendapat posisi di kementerian sudah pastinya aku ingin juga bergelar pensyarah walaupun sekadar sambilan. Aku percaya jika usaha aku berterusan dan tidak mengenal jemu pasti ada orang yg melihat dan menyedarnya. Diharapkan impian untuk memiliki kereta idaman pada tahun ini tercapai dan aku juga mengidamkan HP canggih dan rumah mewah @ sederhana untuk aku nikmatinya pada tahun 2010 ini. itulah serba sedikit impian dan pencapaian aku untuk awal tahun 2010. kepada semua kawan – kawan dan blogers… kita harus ada impian dan usaha, pegang satu matlamat dan moto hidup. Pasti kita akan berjaya. – moto eddy : usaha berterusan, perancangan di atur, doa dan niat dipasang dan bila berjaya jgn lupa untuk melihat kelemahan dan jgn lupa diri…. Pasti kejayaan itu akan berkekalan. AMIN.

6 ulasan:

Hilman Nordin berkata...

tahniah eddy! teruskan perjuanganmu!

Fairuz Selamat berkata...

finally updated pun.. ehehehe

Tanpa Nama berkata...

congrats2..wlupn x smpt tgk...=P

Zuwairi berkata...

tahniah ya;)s

EddyRusdiAkuHanyaManusiaBiasa berkata...

Hilman Nordin : thank bro...

fairuz selamat : thank friend

razwan jaafar : thank juga.. its ok..

zuewairy : thank ya :D

Tanpa Nama berkata...

Sports Betting - Mapyro
Bet the moneyline from 1:25 PM 바카라 to 바카라 사이트 11:00 먹튀 검증 사이트 PM. See 출장샵 more. MapYO Sportsbook features live odds, live melbet streaming, and detailed information.