Jumaat, 11 Disember 2009

puppet show lagi....




persembahan teater patungan atau teater boneka atau puppet show di tadika smart reader cheras. sambutan memang membanggakan. bukan sahaja kanak2 tetapi ibu bapa dan guru2 mereka. masing2 seronok bergelak ketawa menyaksikan persembahan yang tidak kurang mantapnya dari kami. Iswazer, ika, najwa, lokman dan aman. sya sbg pengarah dan ketua.



terima kasih PEMADAM KEBAGSAAN terutama kepada Kak.Zue, Wes dan Khir. kerjasama anda memberi perjalanan kerja yang mudah tetapi diharapkan akn lebih mudah di waktu akn datang. kerja seni ni bukan mudah. tgk memang mudah. seperti kata guru besar tadika smart reader tu. tgk macam senang tapi bila tgk belakang tabir macam susah sangat dan perlu ada byk teknik dan kemahiran. tetapi semua itu adalah kepuasan kami. penat dah tak ada makna. yang bermakna adalah melihat kanak2 terhibur dan memahami isi cerita dan mesej.





kerja seni menuntut byk komitment. bukan sekadar masa, kewangan dan sebangainya. perut harus di isi, masa harus di atur, wang harus di selengarakan, keperluan harus di lengkapi dan kerjasama dan kefahaman harus saling memberi. kalau di ukur dari segi pendidikan kami dan taham kebolehan sya akui memang blh hidup senang dengan bermain teater boneka ini. tetapi pemikiran masyarakat KITA tidak setanding dengan masyarakat luar. di luar sana teater adalah medium KELAS ATASAN. sya mengucapkan terima kasih kepada penyokong teater tempatan.

Tiada ulasan: