Ahad, 9 November 2008

kemuncak kesibukan pada oktober

antara gambar yang sempat diambil semasa aktiviti bulan lepas dan bulan ni... lepas semuanya berakhir aku pun pergi bercuti ke genting... lepas ni aku pos aktiviti percutian aku di genting ya... c u.. enjoy...






















Aku dah lama menyepi dari blog ini. tapi aku tak lupa kepada pembaca blog yang sudi meyinggah kesini. dengan rasa seronok aku menyelitkan cerita tentang aku pada bulan 10 dan 11 ni.

The bird. Bermula latihan pada awal bulan 8 sehingga bulan 10 latihan the bird berterusan sehinggalah berhenti seketika pada minggu raya dan disambung kembali sehingga show iaitu pada 24,25, dan 26 hb 10 2008

Saya memegang watak utusan dua adalah sesuatu yang memberi saya cabaran juga. Walaupun watak itu kecil tetapi saya mencari cara bagaimana untuk menjadikan watak itu istimewa dan diingati penonton. Watak Utusan dua juga bergabung lakonan dengan watak Utusan satu. Watak Utusan dua haruslah seiring dengan Utusan satu. Maka saya perlu konsisten dari segi tempo, dan semua bentuk penyampaian. Saya mengambil langkah untuk mencari keistimewaan watak agar tidak diperlihat sama sahaja seperti watak Utusan satu.

Dalam pencarian kelebihan untuk watak utusan dua ini saya telah memilih untuk menjadi watak yang lebih gelabah tetapi tetap focus pada diaolog dan bloking. Akhirnya saya mendapat rentak lakonan saya yang selesa dengan saya dan sesuai dengan watak utusan dua itu.

Kemunculan saya di bahagian penonton adalah kelebihan saya untuk menarik penontong mendekati saya dan saya dapat bermain dengan penonton. Walaupun selama ini saya banyak berlakon theater dengan membawa watak utama. Saya merasa bukan senang juga membawa watak kecil seperti ini. Sesekali seseorang pelakon itu perlu membawa watak kecil supaya mereka faham bagaimana membantu watak utama dan pastikan membawa watak itu dengan baik.

Tidak semestinya watak pembantu itu tidak penting. Malah bagi saya watak pembantu itulah yang akan membantu watak utama bagi menaikan lakonannya. Akhir sekali saya merasa selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan kostum dan stage.


manager utk final projek jabatan tari (real - by nurul)

Real adalah final projek jabatan tari Universiti Malaya .. buat pertama kali berlangsung di Audotorium Muzium Negara Kuala Lumpur pada 30 dan 31 hb 10 2008. pada awalnya saya ditawarkan menjadi stage manager kepada keseluruhan produksi final projek jabatan tari ini. Tetapi kesibukan saya mebatasi segala kerja dan membantutkan perjumpaan bersama jabatan tari. Akhirnya saya mengambil langkah menerima tawaran Nurul sahaja dalam membantunya menjadi Manager untuk persembahan koreografinya iaitu REAL.

Semasa awal pembabitan saya dalam kerjasama membantu Nurul saya merasa banyak perkara yang perlu dibantu dan diperbaiki. Nurul mengambil langkah bertanya dan belajar. Bagi saya Nurul cepat belajar dan boleh bekerja sendiri. Sehinggalah pada penghujung bulan Oktober Nurul sudah boleh melakukan projeknya dengan baik dan dia hanya meminta bantuan yang kecil dari saya.

Tahniah buat Nurul dan rakan – rakan tari yang lain. Semoga anda semua berjaya dalam dunia reality selepas ini. Pekerjaan menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar. Real, semalu dan raden galuh telah selesai dipersembahkan. Kini kami pula. Jabatan drama akan menyusul dengan final Projek di pentas – pentas Kuala Lumpur. Saya sendiri akan membawa Theater Anak Bulan Dari Kampung Wa’Hassan. Saya yang mengambil LAKONAN sebagai major akan membawa pelbagai watak dalam drama ini. Teknik lakonan MONODRAMA dibawah arahan Abg.Kema adalah impian saya sejak masuk aswara. Nantikan drama ini nanti.

PAMERAN FOTOGRAFI

Pada semester ini eddy mengambil koke FOTOGRAFI sebagai subjek koke yang wajib diambil sebagai pelajar Universiti Malaya bagi memenuhi syarat sebelum menghabiskan final pengajian.

Pensyarah fotografi adalah pegawai fotografer Pusat Kebudayaan En. Latimen. Maka senang sikit la kerja kami... kerana sudah sekian lama eddy bekerjasama dengan abg.lat dlm projek Pusat Kebudayaan. Oleh itu eddy dah tahu la tempo dia. Apa dia suka dan tak suka.

Syukur dalam pembentangan pertama kami mendapat pujian dari pensyarah. Eddy memilih tema Hairstyle. Senang dan mudah eddy garap dalam kerja nanti sebab bab tu yang eddy mahir. Abg.lat mahu kami membuat cover majalah.

Kumpulan kami telah sepakat mengambil idea eddy iaitu cover majalah hairstyle. Setelah berjaya dalam pembentangan kami meneruskan fotografi di studio Pusat Kebudayaan. Kerja menjadi lebih mudah apabila eddy sudah ada kamera fotografi dan pusat kebudayaan adalah tempat eddy.

Pada awal pemiihan kami ada tiga model yang akan di jadikan cover majalah. Seorang model dari fax Low kawan kepada ahli kumpulan kami telah bersetuju. Model sambilan yang kerap keluar majalan cina itu sangat berbesar hati menerima undangan kami, begitu juga dengan model jemputan eddy iaitu amera sukawan. Mera adalah rakan eddy di jabatan drama. Mira suka sekali bila eddy mengajaknya dan eddy thu dia pernah menjadi model dan sesuai untuk cover majalah ini. Manakala seorang lagi adalah Adel seorang pelajar drama berdarah campuran China, India, dan Nepel.. Wajah Pan Asia yang manis itu juga memberi sentuhan cemerlang pada cover majalah itu nanti.

Sekarang kami hanya menanti model yang free pada hari rabu sahaja. Apabila mira terpaksa pulang ke johor dan seorang lagi model sibuk dengan pengambaran iklan, kami mengambil Adel sebagai cover majalah ini. Lihatlah hasilnya....

HAIRSTYLIST DAN KELAS

Aimi Hair And Beauty menaifon saya pada akhir bulan 10 kerana ada perkera penting untuk dibincangkan. Pada 3 hb 11 saya pergi ke aimi hair and beauty bagi membincangkan perkara tersebut. Syukur kerana peuang saya dalam bidang Hairstylist terbuka luas.

Pusat Latihan MLVK AIMI ACADEMY akan beroperasi menyebarkan sayapnya diserata IPTA/S. Apabil pengarah utama akademi ini menghubungi saya sudah dijangkakan ada berita baik dan perlu usaha keras bagi menjayakannya.

Bermula pada bulan 12 ini saya akan membuka penyertaan kepada dua kategori. Kategori pertama pelajar Universiti Malaya dan kategori kedua bukan pelajar Universiti Malaya. Tetapi deduanya mendapat keistimewaan yang sama rata. Keistimewaan yang utama ialah anda boleh mempelajari ilmu perniagaan salon dan kecantikan. Hair and beauty. Anda boleh memilih antara hair or beauty. Selain anda tidak perlu membayar wang yuran pembelajaran seperti akademi lain yang menelan belanja RM 6600 untuk tahap 1 dan 6600 utk tahap 2 iaitu keseluruhannya RM13200. tak perlu risiko dan hanya perlu mendapat wang elaun RM300 Setiap bulan selama 1 thn belajar. Seronok dan beruntungkan…. Beajar percuma dan mendapat wang saku lagi… siapa mahu bagi? Kerajaanlah… MLVK Dan kementeriaan.

Yang pasti peuang sebegini tak banyak. Tak selalu. Alhamdulilah eddy pernah melalui peluang itu. Felda menaja pembelajaran eddy di aimi hair and beauty kalau tak mana nak dapat semua ni. Peluang dan ruang itu tak bayak untuk anak bumiputra. Kali ni eddy nak bg kat kawan – kawan lain. Jom daftar sekarang call eddy atau email no hp ke eddyrusdi_um@yahoo.com.my

Deko bersama eric pada 23 hb 10 2008.

Kezutannn!!!! Aku menerima kejutan telifon dari eric pada 14hb 10 jam 11 pagi aku dikezutkan dengan suara eric... dia ckp nak dtg tgk rumah... aku gelabah gila masa tu... hahaha kami pun berkemas mana yg patut... apa yang aku terkejut bila eric masih kenal aku waaupun dah lama kami tak jumpa. Masa jumpa dulu aku kerja di Multi Utama Produksion. Dalam beribu email dia boleh perasan email dari aku. Aku bersyukur sebab impian aku akan terlaksana. Rumah ku syurga ku...

Eric datang rumah dan mengukur mana yang patut. Eric juga mesra dan senang bekerjasama seperti dulu. Aku dah plan nak kezutkan wes. Sebabnya wes dah convo. Itulah hadiah dari aku. Aku nak beli hadiah tak byk duit la... tp benda ni pasti mengembirakan sahabat aku yang sorang ni... hahahaha

Pada pagi 23hb 10 aku bersiap sedia bersama lah, dan me dirumah. Tp eric tak muncul – muncul sehingga kami tertidor. Sehingga jam 11 pagi produser deko bersama eric menalifon bahawa mereka dalam perjalanan kerumah aku. Aku menyiapkan sekotak mineral dan tiga bungkus nasi lemak untuk eric dan krew. Tak ramai pun datang. Setelah sampai kami menunggu sponcer yang lain. Pada mulanya sponcer lantai datang bersama cat.. kemudian tv plama dan lampu. Kemudian barang lain seperti sofa, meja, almari, pasu dan banyak lagi.

Pada jam 2 petang semua sudah siap... semua krew gembira kerana dapat pulang awal tapi malang ada kemalangan sedikit dimana elektrik terputus kerana krew terpotong wayer, kerja penyambungan dibuat sehingga jam 5 petang. Kemudian eric menyusun dekorasinya. Setelah siap semua aku menalifon wes yang baru tamat metting di sekolah rendah jalan peel tempat dia mengajar. Aku menjemput wes dibawah rumah kerana eric takut wes terkejut dan pengsan. Jadi lagi satu masalah. Eric meyuruh aku memberitahu wes sedikit kejutan akan berlaku supaya wes tidak terlalu terkejut.

Setiba diatas krew dan kameraman bersiap sedia bersama eric dan kami menjerit kezzzuutttaannn.... dan berakhirlah rancangan DEKO BERSAMA ERIC DAN EDDY... huhuhuh thank eric... c u ... nice to meet u...

2 ulasan:

Hilman Nordin berkata...

bila nak ke udara rancangan Deko tu?

my mum loves that show.

HadSha berkata...

weih edy... ko menang erk.. patut la... hehehe...