Rabu, 31 Disember 2008

Perginya 2008

Dewasa - remaja - muda - panas - matang... segalanya ilmu dunia..







Masih aku merasa bahang kepanasan PETA ASK 2005. Masa tu aku wat final projek pengarahan teater. aku major dalam pengarahan. bila diberi masa untuk mencari skrip aku pun mengeledah bermacam2 buku, perpustakaan, vcd, dvd dll. akhirnya aku memiih membawa teater bertajuk "tanah bernanah"... teater yg cukup mencabar sang pengarah. tambahan pula sebelum ini aminah raphor cemerlang membawanya bersama en.hamzah tahir... rasa gurau bercampur baur waktu tu... berkat kesungguhan dah keyakinan aku syukur skrip tu di luluskan. lepas ada skrip kena la cri pelakon. tiba2 en.zack meletak adika dan jamaliah dalam group aku bersama bob. syukur semua sekepala (walaupun adakalanya bercabang kepala dan pendapat) tp semua itu utk kepuasan semua pihak. setelah beberapa priview dijalankan aku bersyukur semuanya berlaku dengan icin dan senang. bila tiba masa persembahan aku cool je waktu tu sebab aku dah bertungkus lumus dan aku yakin sgt pelakon aku tak akn biarkan kepenatan latihan dibuang dengan persembahan yang tidak bagus. akhirnya semua melakukan tugas dengan bagus. dengan rasa rendah diri dan masih mentah aku berterima kasih pada orang penting yang menjadi tulang belakang kerjaya, pelajaran dan produksi ini.

selama beberapa tahun aku tak pernah bercakap mengenai seseorang. hari ini aku nak berkongsi dengan semua orang tentang harga sebuah terima kasih. DIA orang pertama yang ujibakat aku masuk ASK. dia juga menjadi ketua program teater yang byk membimbing aku. dia juga yang selalu menasihati aku, dia juga yang selalu marah aku (layak aku dimarahi), dialah yang melarang aku mengambil lakonan waktu diploma dulu, (Sbb dia nampak bakat lain aku yang lebih baik) dia juga yang menyuruh aku mengambil pengarahan... (terima kasih kerana menyedarkan saya)dia la yang sentiasa datang setiap persembahan aku.. walaupun persembahan dm studio... kerana dia aku kenal erti kepayahan dan apa itu dunia seni... (teater)..

sejuta kuntum bunga putih tanda terima kasih pun tak cukup utk aku dedikasi insan seni bernama EN. ZAKARIA ARIFIN. kalau en.z terbaca blog sya ni sya pertama sekali nak mohon maaf kerana sikap saya yang suka melawan dan beremosi... diwaktu belajar dulu... tp klu sekarang sya masih seperti dulu... en.zack tembak je sya... (sekarang sya dah tu... dah matang... tak kan buat lagi benda merugikan).. en.zack pernah melarang saya membuat persembahan model catwalk di black boox. tanpa mengetahui akibat buruknya saya berdegil melakukannya juga. tp skrg sya rasa kedegilan sya tu mmg perlu di ketuk kepala... (tp,en.zack baik). saya pernah merajuk dan menunding jari kerana sikap suka bersaing. bila orang lain dipanggil saya rasa terpinggir tp saya sibuk dengan show lain... tamak tu... hahaha

alhamdulilah segala pengalaman dan teguran beiau dan semua pensyarah lain yang sya hormati seperti ROHANI YUSOF, MARLIA MUSA, BAPAK WISRAN HADI, MARZUKI ALI, NAMRON, ABG IJAT, ZUBIR ALI DAN ADMAN SALLEH... telah memahami saya tentang apa itu dunia seni. gejolak dan cabaran bakal dan sedang menimpa... kini setelah 3 thn belajar di ASK, 1 thn bekerja dan 3 tahun di UM.. saya bakal keluar ke persana seni sebenar... inilah cabaran baru yang bakal saya lalui. jika dulu saya mahu mengejar apa di depan mata... tp skrg saya mahu mengejar apa yang di dalam minda....

harapan saya agar final rojek di um ini dapat memberi kepuasan dan peluang utk saya menapak dalam industri seni ini. jika dulu saya mengambil diploma pengarahan dengan mempertaruhkan pengarahan "tanah bernanah". kini saya membawa monodrama "anak bulan di kampung wa'hassan" lakonan saya di pentas teater kuala lumpur.... datang la beramai - ramai dan doakan kelancaran persembahan itu nanti.... sejujurnya saya sayang dunia seni (teater) dan saya akan memperjuangkannya... amin.

"DIA SUDAH SIAP SEDIA MENJADI PENGARAH" bapak wisran.....

adakah aku sudah bersiap sedia menjadi pelakon?.....

__________________________________________

2008 pergi .... muncul kini 2009.





Kengangan indah 2008 / Pahit simpan dalam peti besi...

1. anugerah dekan universiti malaya

semasa aku di semester ke dua awal thn 2008 aku dikejutkan dengan keputusan cemerlang dalam pepereksaan. Pointer aku mencecah record aku sendiri. Alhamdulilah aku dapat menjamah dekan. Sekali lagi di UM dan dulu pernah aku kecapi di ASK. Kepada semua rakan – rakan yang telah berjaya dalam pelajaran teruskan perjuangan anda. Bagi yang belum berjaya usaha sehabis mungkin. Jika hari ini bukan rezeki kita tentu esok pasti menjaji yang terbaik. Jika kita berjaya dengan cara kotor tentu tidak berbaloi nikmatnya. Tp jika kita berjaya dengan usaha kita tanpa sebarang cara kotor pastinya kejayaan itu akan membawa hikmah... amin...


2. majlis perwakilan pelajar universiti malaya

setelah dicalonkan dalam majlis perwakilan pelajar Universiti Malaya aku ters menang tanpa bertanding... (siapa berani nak lawan aku) hahaha.... lawak je... kat pusat kebudayaan UM ni mana ada pelajar yang nak masuk parti pembangkang... maka kami menang dengan senyum lebarnya...... mula – mula tu aku macam malas nak berpolitik ni.. tp bila mengenagkan inilah pengalaman yang harus aku kutip dan tidak ada di tempat lain aku dengan tabahnya menerima pelawaan seorang sinior... hasilnya.. cukup memberangsangkan.. aku dapat bertukar pendapat dengan pelajar luar negara, dapat berjumpa dengan MPP dari Universiti lain, dapat pergi ke tempat orang dan dapat meluahkan pendapat kepada orang yang berjawatan besar seperti menteri... ( menteri pendidikan dan menteri pengajian tinggi). Bukan itu sahaja aku telah ditawarkan menjadi pengarah dalam banyak program UM... Yang aku mampu aku buat la .. yang tak mampu aku tolak dengan cara baik... aku rasa khidmat aku dlm MPMUM cukup banyak... bukan sekarang duduk di kerusi dang goyang kaki... dengan rasa tanggungjawabnya aku telah mengotakan janji kepada MPMUM.. banyak bengke dan aktiviti yang aku buat.. semua untuk kepentingan pelajar dan UM. Baik dari segi kebudayaan, keterampilan diri dan keagamaan... walaupun aku pengerusi kesenian dan warisan aku juga orang islam yang sedar tanggungjawab... seagi mampu ku gagahi jua...


3. president kebudayaan dan warisan mpmum

bukan senang memegang jawatan pengarah.. duduk pun tak diam... menangani masalah... membantu pelajar dan membuat aktiviti.. masih aku ingat lagi masa pusat kebudayaan um mahu di pindahkan ke kampus kota... aku bertungkus lumus naik HEP dan metting dengan VC dan TNC.. memandangkan masalah besar bakal berlaku jika perpindahan itu aku membuat kertas kerja dan pujur rayu la... akhirnya berjaya tp, bukan usaha aku seorang .. usaha seluruh warga pusat kebudayaan dan jasa baik HEP dan TNC dan VC.


4. pengarah festival konvokesion universiti malaya

Festival konvokesion Universiti Malaya atau lebih dikenali dengan nama FESKUM adalah satu event paling besar dan utama di Univeristi Malaya. Menjanjikan lebih 60 ribu pengunjung datang melawat tapak dan menikmati pesta ini. Lebih 100 peniaga dan pihak sponcer harus di car, persembahan yang menarik dan menghiburkan wajib diadakan dari bermula 7 pagi hingga 11 malam. Universiti Malaya akan bergemerlapan seperti PESTARIA kota keriangan. Alhamdulilah... ada lebih 15 aktiviti sepanjang FESKUM 10 daripadanya aku punya idea. Lebih 50 gerai berjaya dibuka dan lebih 50 sponcer berjaya dicari. Izwan pilus, raihan, hijaz dan prof Ize datang memeriahkan majis... bermula perasmian FESKUM oleh yang teramat mulia tuanku raja nazrin shah. Masa nak bagi ucapan depan raja nazrin sya agak gemuruh. Tp bila dah dapat maikrofon terus tak nak lepas kalau boleh... selepas berlalu FESKUM08 dengan tidak disangka kami (aku dan MPMUM warga feskum) dijemput oleh raja muda ke istananya bagi mencamar duli berbuka puasa di istana dan bersembahyang taraweh bersama baginda. Tetapi malang sekali saya tidak dapat pergi kesana kerana ada show yang dah di tandatangan. Klu ikutkan hati mahu saja aku belah badan ni...


5. pengarah tilawah al-quran tuanku bahiyah Universiti Malaya

Dalam kegairahan membuat aktiviti seni dan pelbagai show aku tak lupa asal usul dan agama. Aku rasa bulan mulia (bulan puasa) begini la yang afdal membual amal ibadat ( tp bulan lain perlu juga) aku dengan senang hati menawarkan diri dalam EHRAM Tuanku Bahiyah. Seteah berjumpa dengan pengarah EHRAM aku diberi tanggungjawab untuk menjadi pengarah tilawah Al-Quran Tuanku Bahiyah Universiti Malaya. Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.


6. mendapat ramai kawan baru dan dikelilingi org yang baik – baik

mengikuti feskum, menjadi MPMUM, menjadi pengarah Tilawah Al-Quran telah membuka ruang untuk sya menambah ramai kawan baru... jelas sekali masa open house rumah hari raya. Bila kawan MPMUM datang ( Raihana and Friend), kawan Tilawah Al-Quran ( Amy and Friend ) kawan Feskum (Azrul, Najiullah and friend ) juga datang serta ramai lagi kawan baru yang terus menjadi sahabat baik sya. Alhamdulilah saya tak kurang dan miskin dengan kawan. Walaupun saya ni jenis bukan suka mempunyai ’klik’ tapi saya tetap suka bersosial bersama kawan – kawan.


7. deko bersama eric

seperti pos yang lalu.. eddy ada ceritakan mengenai deko bersama eric... memang best la bila dapat buat perbubahan pada rumah kita, rasa lebih best bila nak balik rumah. Tp saya terpaksa berpindah ke rumah baru kerana ada masalah melanda kami serumah. Susah nak cakap.. bila bukan kesalahan kita tp kita yang terpaksa menanggung kesalahan orang lain. Apa pun saya bersyukur sebab dah ada rumah baru... hidup baru... tahun baru dan keselesaan baru...


8. party brithday aku

20 july 2008 bertempat di kolam renang condo bayu tasik kawan – kawan aku berkumpul denbgan hidangan yang lazat... macam – macam ada... thank to wes sebab sudi menyediakan kek kegemaran aku.... (s r) lagi... ramai gak kwn2 aku dtg... sempena brithday aku yang ke 27 tahun ni aku ada azam baru utk usia 27 iaitu aku nak...? adalah... nanti dah tercapai baru bagi tahu.... dan azam tahun baru aku nak.... ? rahsia gak la... dah tercapai baru aku bg tahu ... mungkin bulan 8 2009 akan tercapai kedua-duanya.


9. party brithday member

pada bulan 5 sebelum brithday aku... kita org bertungkus lumus membuat party brithday seorang kawan aku ni... akhirnya berjaya gak la... dan member aku tu kena campak ke kolam renang... hahaha...itulah kenangan manis yang tak semua orang rasa.. mungkin pada yang rasa malas dan tak ada org nak wat utk dia rasa benda cam ni poyo dan koya!! Tp bila anda sudah tua.. pasti anda cemburu melihat anak – anak anda yang melalui peristiwa itu... tapi zaman remaja anda terbuang dengan mengadap TV dan internet... tak guna beb....


10. party krismas

seperti hari raya. Jika kita tak balik kampung bagaimana perasaan kita. Jika kita ni anak buluh betong mungkin ya... tak ada sedih nya lagi.. tp kita ada kampung halaman ... begitu juga dengan kawan aku yg sorang ni.. dia tak balik sarawak masa krismas... so kita org ( org kuat aku Raihana) telah merancang satu party krismas yang menarik buat dia. Dengan bertopi merah dan hidangan makanan ala – ala itali seperti pasta dan spegety terasa kehangatan krismas di tepi kolam sangat meriah. Siapa yang tak join tu mmg malang la... yang buat malu – malu mmg rugi la... yang tak reti malu tu... thn depan aku tak jemput lagi... haha gurau je... yang pasti semua best... thank kepada kawan2 yang sudi datang... intan, kak ina, sadiq, ejay, dan lain2...


11. open house hari raya di rumah

selepas deko bersama eric kita orang berpakat membuat opeh house (mentang – mentang rumah dah cantik... kami pun mengajak la kawan – kawan seperjuangan. Yang lucunya tu eddy ajak 20 orang sahaja. Tp yang datang 40 orang. Ye la eddy kan ramai kawan, org yang disenangi.. ( ewah... puji diri sendiri..) kesian kpd rakan serumah yang lain... macam wes dan amer... kawan – kawan dia org sikit je datang, kawan amer tak dtg pun, kawan aku juga yang murah rezeki... amin... dapat pahala semua orang yg sudi menjamu...



12. pindah rumah

pindah rumah... dapat surat merah... life baru... lebih selesa, lebih bebas... 29 hb kitaorang pindah barang, bulan 1 2009 kami duduk rumah baru... tahun baru .. rumah baru... life baru... aku suka menghias rumah dan melakukan rekaan dalaman rumah, lihat je la hasil kerja aku semua ni… cat rumah dibatu oleh wes… hiasan dalaman eddy dan susun atus sya, wes dan madi.. hasilnya tak ubah seperti deko bersama eric… kasa impian …wah …

Tiada ulasan: