Rabu, 25 Jun 2008

seribu impian telah pun di bena....



CERITA TENTANG BULAN....

ANAK BULAN DI KAMPUNG WA' HASSAN

BULAN MADU...

SINGAPURA?

JOHOR!

KAMPUNG WA'HASSAN...

NANTIKAN apa cerita yang akan dibawa kebulan oleh bulan dari buan ke bulan berbulan - bulan.....

sebelum CERITA TENTANG BULAN menemui anda pada bulan april 2009 nanti.. saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramathan dan setelah bertemu anak bulan.. kita akan raya.. dan 'selamat berhari raya'

maaf zahir dan batin.....

_____________________________________





Nanah bernanah di tanah yang bernanah penuh dengan nanah

TANAH BERNANAH

kembali di FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA

cetusan lama berimej baru...

______________________________________________________

BILA MANUSIA .....
disebalik wajah FESKUM08

? feskum08 !










kenapa feskum Universiti Malaya tidak boleh keluar dari


Maljis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya

1. kerana MPMUM adalah badan persatuan pelajar TERTINGGI yang boleh menaungkan FESKUM yang besar itu. FESKUM akan menggunakan seluruh pelajar Universiti untuk menjalankan aktiviti. Maka dengan tindakan MPMUM senangah untuk FESKUM melebarkan sayapnya.

2. MPMUM adalah ketua pelajar yang dipertanggungjawabkan menjaga keseluaruhan pada FESKUM termasuklah surat dan kertas. ketua peajar inilah yang akan meneraju program mega seperti konvokesion. MPMUM sememangnya peru di beri tanggungjawab ini. setelah berkurun MPMUM membawa FESKUM malah mengharumkan nama feskum. di mana MPMUM berada orang akan bercakap mengenai FESKUM. inilah kekuatan FESKUM bersama MPMUM.
3. kerana dalam MPMUM terdapat Exco Ekonomi dan keusahawanan. FESKUM adalah gelanggang keusahawanan yang tepat untuk bergerak. (jika tidak nanti pelajar yang tidak tahu berorganisasi memeningkan pengarah... maklumlah budak yang selalu berteori shj..) Bukan exco ekonomi juga yang bertindak dalam feskum. malah exco lainnya juga. seperti exco kesenian, exco sukan, exco kebajikan dan lain-lain lagi. mungkin tahun ini exco kesenian, exco komunikasi dan exco ekonomi sahaja yang bertindak tetapi tahun2 sebelumnya banyak exco yang meneraju FESKUM.

4. sememagnya FESKUM sesuai utk MPMUM yang sudah matang menguruskan projek kerana MPP sudah ada projek - projek sebagai pengalaman. barulah keutamaan dlm projek akan dipandang serius. Semasa menjadi MPMUM pemimpin pelajar ini akan menjalankan tugas sebagai ketua projek2 dan membuat projek sendiri. dengan pengalaman itu makan lebih mudah teraturlah kerja dalam FESKUM itu.

5. kerana MPP adalah seorang pemimpin yang boleh orang percaya. kerana peranan itu feskum akan kukuh dlm lipatan penjagaan MPMUM. kenapa saya bercakap mengenai kepercayaan. dlm rukun negara juga peru ada kepercayaan.... sebab itulah pihak sponcer, peniaga, orang luar akan percayakan pelajar. jika bukan MPP agak sukar mereka hendak berurusan kecuali mereka yang betul- betul berpengalaman...





_________________________________________



feskum08




Berakhir sebuah feskum


Bermula 4 hb ogos dan berakhir 10 hb ogos 2008. feskum meninggalkan sejarah dalam tahun 2008. pelbagai kenangan manis dan pahit dirasai. Aku adalah orang pertama meneroka feskum. Pada awalnya Wan mencalonkan nama aku sebagai Timbalan pengarah sahaja tetapi selepas Metting pertama nama aku naik sebagai pengarah pula. Dengan kepercayaan semua pihak aku membawa feskum sebaik mungkin. Biar apa orang kata aku telah bertungkus lumus menjayakan feskum dan menjadikannya sehebat mungkin, dan mungkin juga lebih hebat dari tahun – tahun sebelumnya.



Suka saya nyatakan disini. Pengalaman meneraju feskum08 adalah sesutu yang besar dan sukar saya perolehi dimana – mana. Wal hal saya pernah mengikuti projek – projek besar lain di Universiti malah projek besar diluar universiti juga saya pernah ikuti. Tetapi lebih sukar memuaskan hati semua pihak tambahan pula berada dalam Universiti yang namanya bukan calang – calang.



UNIVERSITI MALAYA. Saya tidak merasa rugi menyambung pelajaran disini. Walaupun dulu saya berhajat untuk ke laur negara selepas habis Diploma ASK 2004. tetapi dengan keyakinan saya pada Universiti Malaya ternyata ada hasilnya. Lihat saja kegiatan saya bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya dan aktiviti seni saya disini sangat berkembang.


FESKUM08 membawa lebih 20 projek – projek sampingan yang kesemuanya mendapat sambutan hebat. Ada yang harus dipuji, seperti Forum Perdana Ehwal Islam. Mungkin kehadiran raihan dan Prof Izie salah satu tarikan. Tetapi dengan kehendak dan kemahuan semuanya menjadi nyata. Saya tidak kesal apabila saya menghabiskan masa di Sakateriat FESKUM selama hampir 4 bulan lebih dari orang lain. Mencari sponcer dan turun padang mencari dana adalah satu kepuasan bagi saya walaupun lebih RM7 ratus telah saya korbankan untuk menampung segalanya selama lebih 4 bulan mengharungi feskum dengan wang lebihan PTPTPN saya sendiri.




Berkhidmat Untuk Universiti. Bersih. Cekap. Amanah. Slogan polis diraja Malaysia. Sama je dengan niat setiap dari kita yang inginkan sesuatu yang lebih telus tapi dimana ketelusan itu. Bukan pada luaran, bukan pada kata – kata. Tapi dari hati dan tingkah kita. Segala urusan berjalan lancar walaupun kekurangan dana dan kewangan. Tunjuk ajar dari yang lepas – lepas juga tidak ada, kami terpaksa merangkak mencari segala keperluan. Tetapi sistem belajar itu lebih baik dari membodek.


PAMERAN INOVASI, MOCK TRAIL, FUTSALL, PENAMPILAN DIRI PELAJAR, HOTSPOT, dan banyak lagi program yang sambutannya diluar jangkaan. Saya bersyukur kepada Ilahi dengan kurniaannya dan rahmatnya segala yang dirancang berjalan lancar. Terima kasih kepada penasihat utama feskum08.. En. Apandi, kepada Cik. Azhan juga bersama En. Punia Muti. Orang Kuat Perasmian Puan. Sabariah yang tak jemu menasihati kami.. terima kasih semua.



Mungkin kawan – kawan saya yang lain mengatakan saya buang masa mengadap masalah dan karenah orang atasan. Tetapi inilah peluang sebelum melangkah ke era pekerjaan selepas ini. Berpersatuan seperti ini sudah seperti bekerja di sebuah agensi yang menjayakan event. Tepat pada bidang saya. Saya beruntung dan mungkin ramai orang tidak mendapat peluang sebegini. Doa dan harapan saya agar feskum pada tahun – tahun akan datang terus maju dan sukses.


____________________________________



ORGANISASI FESKUM08






Eddy (pengarah)



Majlis Sidang Media
Mempromosikan FESKUM ‘08 kepada mahasiswa/i dan masyarakat sekeliling dengan sebaran melalui media cetak dan media elektronik.
Memberi gambaran awal kepada masyarakat sekeliling tentang penganjuran FESKUM ‘08.

Perasmian FESKUM ’08
Memperkenalkan FESKUM ’08 kepada orang ramai serta mempromosikan lagi FESKUM ‘08 kepada pelajar dan masyarakat sekeliling.
- Bertemakan ‘Menjulang Tradisi, Memacu Inovasi’.
Mempromosikan pihak tajaan dan korporat serta program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang FESKUM ’08.
Merasmikan Festival Konvokesyen Universiti dan mempromosikan lagi FESKUM ‘08.

Gerai penaja
Bagi penaja-penaja FESKUM ‘08, ini adalah salah satu kelebihan kepada mereka di mana mereka akan membuka peluang kepada pengunjung untuk mempromosikan lagi syarikat mereka.
Di samping itu, banyak aktiviti menarik dapat dinikmati oleh pengunjung di khemah mereka.
Dapat bekerjasama dan merapatkan lagi hubungan antara penaja dan warga universiti malah orang luar.

Gerai korporat
Syarikat-syarikat yang tidak menaja FESKUM ‘08 diberi peluang untuk mempromosikan produk-produk mereka di tempat masing-masing dengan menyewa tapak khemah.
Meluaskan dan memperkenalkan produk di kalangan pengunjung FESKUM ‘08.

Gerai basah dan gerai kering
Merupakan acara tahunan di mana peniaga-peniaga luar akan berniaga di Universiti Malaya.
Tempat memupuk kerjasama antara orang luar dengan warga Universiti Malaya.
- Melibatkan lebih 100 gerai.


Gerai makan kolej kediaman / mahasiswa
Merupakan ruang bagi mahasiswa/i di kolej-kolej kediaman Universiti Malaya berniaga dalam bentuk pengendalian sebuah restoran.
Merupakan “Medan Selera” untuk pengunjung-pengunjung makan dan berehat
Tempat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara mahasiswa/i.

Pameran Informasi FESKUM ‘08
Pameran yang merangkumi pelbagai aspek seperti tradisional, kesenian, sains dan teknologi, serta konsumerisme.
Bertujuan untuk mendidik mahasiswa/i dan orang ramai
Antara pameran yang dicadangkan adalah Halal Exhibition, Pameran Kebudayaan Antarabangsa (Negara-negara Luar), Muzium Kesenian Islam, Kementerian Pengguna, Penjagaan Kesihatan Lelaki dan Wanita, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Angkasawan).

Pameran Inovasi FESKUM ‘08
Pameran tentang inovasi yang telah dicapai oleh Universiti Malaya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Pameran yang melibatkan aktiviti memperlihatkan kejayaan emas, perak dan gangsa dalam pertandingan inovasi antarabangsa dan kebangsaan.
Menyedarkan pelajar dan orang awam mengenai kejayaan Universiti Malaya dalam R&D selama ini yang membawa naik nama universiti sendiri dalam senarai kedudukan universiti dunia.

Pesta Buku dan Majalah
Peluang bagi pihak penerbit mempromosikan hasil terbitan penerbit-penerbit tempatan dan luar negara.
Peluang bagi mahasiswa/i serta orang awam mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan pada harga yang berpatutan dengan cara yang lebih mudah.
Memupuk sikap suka membaca di kalangan pengunjung FESKUM ’08.

Electronic Fair (Computer or Hand Phone Devices)
Peluang bagi peniaga-peniaga luar memperkenalkan dan seterusnya menjual produk keluaran syarikat mereka.
Peluang bagi pengunjung mendapatkan produk atau maklumat tentang gajet dan gizmo terbaru di pasaran.

Jualan Barangan Sukan
Memperkenalkan dan meluaskan produk dan barangan dari Syarikat X-treme di kalangan pengunjung FESKUM ‘08.
Mewujudkan kerjasama antara pihak Universiti Malaya amnya dan FESKUM khususnya dengan Syarikat X-treme.

Jualan Barangan Terpakai daripada Pelajar Universiti Malaya
Program yang menggalakkan penglibatan mahasiswa/i Universiti Malaya dalam bidang keusahawanan.
Untuk menggalakkan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa/i Universiti Malaya di samping menambah pendapatan mereka.

Program Islamik
Satu pendekatan baru oleh FESKUM ‘08 yang bertujuan untuk menyajikan program-program bercorak keagamaan sebagai komplementari kepada program-program santai dan berbentuk hiburan yang lain.
Program-program yang dijalankan bertujuan untuk mendidik bukan sahaja mahasiswa/i Universiti Malaya, malah pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan FESKUM ‘08.

Games Corner
Aktiviti yang melibatkan penyertaan dari mahasiswa/i dalam permainan berbentuk akademik dan cabaran minda.
Permainan minda yang dicadangkan adalah seperti Sudoku Challenge, Mind Your Language, Funny Debate Challenges.

Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan akan diadakan untuk warga Universiti dan orang luar supaya dapat mengetahui tahap kesihatan mereka.
Mengadakan kempen derma darah untuk orang yang memerlukan serta melakukan kebajikan.


Program Bersama Alumni
Diadakan untuk menjalin dan mengukuhkan silaturrahim antara mahasiswa/i dan alumni Universiti Malaya.
Membentuk kemahiran-kemahiran insaniah mahasiswa/i seperti pemikiran kritis dan kreatif melalui Program Debat Pemimpin Kolej Kediaman Bersama Alumni Kolej Kediaman serta semangat kesukanan dan berpasukan melalui Perlawanan Bola Jaing dan Bola Sepak antara mahasiswa/i dengan Alumni Univesiti Malaya.

Program Penghebahan Kempen Kitar Semula.
Menguar-uarkan kempen yang pernah dijalankan di UM iaitu kempen kitar semula.
Menggalakkan peserta serta pengunjung FESKUM ‘08 untuk menitikberatkan kebersihan alam sekitar melalui aktiviti mengitar semula barangan seperti tin, kertas, dan plastik yang telah digunakan atau dibeli di FESKUM ‘08.

Bazar Kesenian
Program di mana peniaga-peniaga luar
dapat mempamerkan sekaligus menjual hasil kraftangan mereka.
Peluang bagi mahasiswa/i Univesiti Malaya mempamerkan kreativiti melalui karya atau ciptaan masing-masing dan seterusnya membantu menambah pendapatan mereka.



Program Penampilan Diri Pelajar
Kerjasama pihak FESKUM ’08 dengan kelab Kaunseling.
Bertujuan meningkatkan kesedaran dan keprihatinan mahasiswa/i dalam menjaga penampilan diri melalui sesi-sesi diskusi dan pertunjukan pelbagai jenis fesyen.



Pertandingan Senam Robik Intravarsiti dan Intervarsiti
Pertandingan yang melibatkan empat hingga 10 orang dalam satu kumpulan/pasukan.
Pertandingan Senam Robik Intravarsiti hanya melibatkan mahasiswa/i Universiti Malaya, yang mana 3 pasukan terbaik akan dipilih untuk mewakili Universiti Malaya ke Pertandingan Senam Robik Intervasiti.


Karnival Kanak-kanak
Mensasarkan penglibatan golongan kanak-kanak yang mengunjungi FESKUM ’08.
Melibatkan aktiviti seperti melukis, mewarna, dan persembahan boneka.

Le Tour de UM
Merupakan program yang sesuai disertai oleh golongan mahasiswa/i mahupun ibu bapa atau pengunjung lain.
Pengunjung akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Universiti Malaya seperti Muzium Seni Asia, Pameran Inovasi FESKUM ’08, dan Rimba Ilmu.
Bayaran akan dikenakan kepada peserta.

Pertandingan Floorball
Memperkenalkan sukan floorball di kalangan pelajar Universiti Malaya dan pengunjun-pengunjung FESKUM ‘08.
Pertandingan akan diadakan antara mahasiswa/i Universiti Malaya.
Diadakan kerana floorball merupakan antara sukan yang sedang meningkat naik di Malaysia.
Menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaya.

Pertandingan Paintball
Merupakan aktiviti sukan utama yang dibuat di antara IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Diadakan kerana sukan ini merupakan sukan paling popular pada masa kini dan banyak kumpulan telah ditubuhkan di seluruh Malaysia bagi aktiviti lasak ini.
Memupuk semangat kesukanan dalam berkumpulan di dalam satu-satu aktiviti atau organisasi yang wujud di antara pelajar.

Program Bersama Rakan Muda
Melibatkan kerjasama dengan Rakan Muda.
Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti rock climbing, absailing, dan demonstrasi seni mempertahankan diri.

Hot Spot FESKUM
Pasukan khas FESKUM ‘08 akan berada di tempat-tempat tertentu sepanjang FESKUM ’08 dijalankan.
Cenderamata khas FESKUM ‘08 berupa barangan tajaan akan diberikan kepada mahasiswa/i serta pengunjung yang bertuah.

Karnival Futsal
Diadakan kerana futsal merupakan antara aktiviti sukan yang paling digemari mahasiswa/i pada masa kini.
Pertandingan adalah di peringkat intra varsiti yang mana hanya mahasiswa/i Universiti Malaya sahaja yang akan mengambil bahagian.

Mock Trial
Aktiviti tahunan mahasiswa Fakulti Undang-undang bersempena dengan FESKUM.
Menggambarkan situasi dalam mahkamah yang dilakonkan semula oleh mahasiswa dan dimasukkan unsur-unsur humor.
Bertujuan untuk memberikan penonton gambaran tentang situasi dan tatacara sebenar dalam mahkamah dalam cara yang tidak membosankan.

Debat Ekonomi
Satu usaha untuk menghidupkan kembali Debat Ekonomi di Universiti Malaya.
Platform di mana mahasiswa/i dapat melontar serta berkongsi pandangan mengenai isu-isu ekonomi semasa.
Peluang bagi mahasiswa/i mengenali dan beramah-mesra dengan pendebat jemputan.

Santai Gazebo
Kerjasama pihak penaja utama dan Pusat Kebudayaan.
Bertemakan akustik dan mempunyai persembahan yang berlainan pada setiap malam sepanjang berlangsungnya FESKUM ‘08.
Ia akan menggalakkan penanaman adat resam dan budaya Malaysia agar terus kekal.
Dengan kerjasama dari Kementerian Pelancongan dan Dalam Negeri, ia menggalakkan Pelancong Asing mendalami seni budaya di Malaysia.

Menonjolkan keunikan dan keistimewaan kebudayaan setiap kaum yang berbilang bangsa.
Memupuk perpaduan, sikap hormat-menghormati, dan merapatkan hubungan antara kaum melalui kerjasama semasa penyertaan dan pelaksanaan projek-projek.

Bengkel Teater Tari
Anjuran bersama oleh FESKUM ’08 dan Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.
Bengkel ini mempersembahkan seni teater tari yang menjadi salah satu kursus kelolaan Pusat Kebudayaan.

Deejay Corner
Melibatkan penyertaan daripada mahasiswa/i Universiti Malaya serta juruhebah jemputan.
Bertujuan sebagai media siaran luar sepanjang FESKUM ’08 berlangsung.

Sudut Informasi FESKUM ‘08
Menyediakan semua maklumat yang berkaitan dengan aktiviti sepanjang FESKUM.
Lebih berfungsi sebagai sekretariat luar di samping sekretariat utama.
Berfungsi sebagai kaunter pertanyaan.
Memberi informasi mengenai program, plan serta aktiviti yang berlangsung sepanjang FESKUM.

Mini Stage FESKUM ‘08
Kerjasama dengan pihak penaja FESKUM ’08.
Menghimpunkan persembahan dari artis-artis tanah air untuk sepanjang FESKUM ‘08.

Majlis Makan Malam FESKUM ‘08
Merupakan Malam penghargaan kepada pihak penaja dan ahli Jawatankuasa FESKUM ‘08 sekaligus menutup FESKUM ‘08 secara rasmi.
Juga merupakan malam di mana mahasiswa/i Universiti Malaya yang cemerlang dalam akademik akan diberikan penghargaan.
Program ini dijalankan sebagai satu platform untuk menjalinkan hubungan baik antara sektor-sektor swasta yang terlibat sepanjang FESKUM ‘08 bersama-sama pelajar.

Program Ganjaran FESKUM ‘08
Merupakan penghargaan kepada semua AJK FESKUM ‘08


yang telah berusaha menjayakan FESKUM’08.
Selain daripada sijil penghargaan, AJK FESKUM ‘08 akan diberi peluang mengikuti lawatan ke Jogjakarta, Indonesia dan Genting Outdoor Theme Park.
Seramai 21 orang pada peringkat Majlis Tertinggi akan diberi peluang mengikuti lawatan sambil belajar ke Jogjakarta, Indonesia.
Seramai 279 orang yang menjadi jawatankuasa lain pula akan diberi peluang bercuti di Genting Outdoor Theme Park.

1 ulasan:

BelalangBerlian berkata...

hanya untuk mengucapakan ribuan terima kasih dengan layanan sepanjang mahasiswa UBD berada di UM. Walaupun lawatan yg sgt singkat ianya memberi satu jalinan muhibah di antara kedua2 buah universiti.

azh_hp@yahoo.com / azh_hp@hotmail.com