Selasa, 15 Januari 2008

BERMULA DISINI


FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA

MENJULANG TRADISI,
MEMACU INOVASI


WEB SITE :
http://www.feskum08.cjb.net/


pengarah feskum08
__Rosdi Bin Abdullah : 012 7588776__




Senarai Program sempena FESKUM 2008
FESTIVAL KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2008


PROGAM UTAMA


1.Sidang Media FESKUM ‘08
Muzium Seni Asia
21 Julai 2008

2.Majlis Perasmian FESKUM ‘08
Auditorium KPS
1 Ogos 2008


AKTIVITI UTAMA :


1. Pameran Inovasi
Ruang legar Kompleks Perdana Siswa
4-8 Ogos 2008


2.Kem Derma Darah
Dewan Perdana 2
7-8 Ogos 2008


3. Pesta Buku dan Majalah
Tapak letak kereta Kompleks Perdana Siswa
4-10 Ogos 2008


4. PC Fair
Auditorium Kompleks Perdana Siswa
4-10 Ogos 2008


5. Forum Perdana Ehwal Islam
Auditorium Kompleks Perdana Siswa dan Padang Varsiti
6 -7 Ogos 2008


6. Sudoku Challenge
Dewan Perdana 2
5-7 Ogos 2008


7. Pertandingan Paintball
Padang Varsiti
6-8 Ogos 2008


8. Mini Stage FESKUM ’08
Tapak letak kereta Kompleks Perdana Siswa
4-10 Ogos 2008


9. Bazar Kesenian FESKUM ‘08
Hadapan Gazebo Kompleks Perdana Siswa
4-10 Ogos 2008


10 . Program Penampilan Diri Pelajar
Gazebo Kompleks Perdana Siswa
5 Ogos 2008


11. Pertandingan Senam Robik Intravarsiti dan Intervarsiti
Gazebo Kompleks Perdana Siswa
7 Ogos &
9 Ogos 2008


12. Le Tour de UM
Sekitar UM
4-8 Ogos 2008


13 . Kejohanan Floorball Intervarsity Asean Piala Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya
Gimnasium 1 berhampiran terminal bas UM
6-10 Ogos 2008


14. Program Bersama Rakan Muda
Sekitar UM
4-10 Ogos 2008


15 . Hot Spot FESKUM ‘08
Sekitar UM
4– 8 Ogos 2008


16 . Karnival Futsal FESKUM ‘08
Gelanggang Sukan Fakulti Undang-undang
9-10 Ogos 2008


17. Persembahan Mock Trial
Auditorium Tun Mohd Suffian, Fakulti Undang-undang
6 –9 Ogos 2008


18 . Forum Ekonomi
Auditorium Kompleks Perdana Siswa
10 Ogos 2008


19. Deejay Corner
Tempat letak kereta Kompleks Perdana Siswa
4-10 Ogos 2008


20. Bengkel Teater Tari
Studio Tari Pusat Kebudayaan
8-10 Ogos 2008

21. Karnival Kanak-Kanak
Dewan Perdana 1
4-10 Ogos 2008

22. Santai Gazebo
Gazebo Kompleks Perdana Siswa
4-10 Ogos 2008


MENJULANG TRADISI MEMACU INOVASI

SEBARANG PENDANGAN DAN MASALAH BOLEH MENGHUBUNGI SAYA SENDIRI.

________________________________



EDDY N ROY DALAM WOELD CONGRESSOG IT



selepas sesi make up. menunggu show bermula. thank abby my make up artis.


Check it out guys

Berikutan dengan perkembangan show di WORLD CONGRESS OG IT

Biarpun byk suara yang bersahutan antara aku dan semua rakan produksi. Akhirnya aku mencatat coretan pengalaman membuat persembahan utk WORLD CONGRESS OG IT. Dalam pada kegusaran kerana pembayaran agak slow walaupun dikatakan mewakili actors studio tetapi akhirnya aku memafkan situasi ini.

Situasi ini

Bila masalah berlaku semua org bertanya, Kenapa tak bersedia dari awal? Sya masih ingat lagi masa saya mengikuti persembahan KL metropolitan LIFE tajaan sebuah syarikat pakaian terkemuka bersama persatuan PT FOUNDATION. Masa tu masalah yg sama berlaku tp mereka bijak dan profesnal. Mereka sudah meyediakan diri dalam meyelesaikan masalah pembayaran seperti ini.

Mungkin apa yg saya ingin nyatakan disini… ada yg terasa dgn kenyataan profesnal dan emosnal dlm blog ini. Sya memohon maaf secara terbuka dan menganggap ianya mematangkan lagi diri saya dlm menjalani dunia seni yang byk cabaran ini.

Bersama ini sya mengucapkan selamat berjuang utk pengarah dan semua ahli produksi dlm memperjuangkan hak dan keadilan kami. Dengan keikasan dan kejujuran hati dlm meneruskan kerjaya sebagai anak seni saya memohon maaf kerana berkasar bahasa dan memandang serius dalam sesi latihan bersama produksi WORLD CONGRESS OG IT show. Segala pengalaman sama – sama kita jadikan pengajaran utk lebih berusaha gigih dlm industri seni Malaysia yang masih kecil ini. Kemana kita pergi sebenarnya kita dekat.

Saya menerima segala nasihat dan pandangan semua pihak ttg segala aspek pun. Teruskan perjuangan. Jgn mudah melenting dan melatah. Pastikan kita sedar bahawa dlm dunia ini kita mesti harus belajar dan terus belajar.tidak kiralah anda siapa...


Good luck 4 managment WORLD CONGRESS OG IT bg mendapatkan hak kami!

semasa show bermula
sblm show


Persembahan yang sama seperti ini sememangnya memerlukan pendekatan yang bijak


WORLD CONGRESS OG IT





My show and my job


The play is for the World Congress of IT @ Berjaya Times Square, attended by delegates from all over the world.




Kali ni saya belakon, menari dan improvise… apa yg dapat dikatakan adalah ‘cabaran’

- Show besar macam ni mestilah kena ada perancangan yang terperinci. Bukan sekali eddy dah buat job macam ni, malah lebih besar daripada ni pun ada. Ingat lagi masa show pelancaran produa my-v, show umno dan show AIDS sedunia. Tp semua show tu kira besar juga lah….. seperti show ni. Tp kalau nak banding membandingkan… sya rasa show festival filem asia pacific lagi besar la yang pernah sya buat. Tp nak dibandingakan kekemasan dan profesnalisma show… mmg jauh la nak dibandingkan dgn job dgn org2 bru yg cuba bekarya dan melakukan aktiviti bermanagment ni. Susah sya nak ckp… pening dan kalut dgn job ni. Tp alhamdulilah sya dan rakan2 berjaya melakukan yg terbaik spt yg mereka ingainkan, malang sekai mereka tidak melakukan apa yang kami inginkan (mana payment?)

- Actors studio…. Bila dengar nama sudah Nampak kehandaan berteater. Tapi malang org yg dihantar oleh actors studio kali ni mengecewakan. Itu pendapat peribadi sya. Walaupun ada dr mereka yg bagus tp di tengelami dgn sikap tidak keruan sesetengah pihak dr mereka. Aduh.... dah mcm show budak sekolah rendah di buatnya. Hilang skill dan keyakinan berteater dan menari. Sesekali nak je bg thu bahawa sya juga pernah join actors studio dalam beberapa produksi... tp tak nak bg tahu nanti dia org ckp apa pulak kan... ingat lgi sya masa tu,masa di actors studio bertapak di studio bawah tanah, di dataran merdeka KL.




- Akhirnya semuanya sukses dan berjaan dengan lancar. Tidak ada apa – apa yang boleh sya katakan waktu itu selain syukur. BERAKHIR JUGA BENDAALAH NI.... nampak mcm senang tp terlalu sulit sbb dik kekangan oleh pembimbing yang kurang pengalaman dalam produksi besar. Mgkin menjadi krew, SM, ASM, PM dan seangkatan dengannya boleh la kot.. tp sbg peneraju mungkit tidak... TIDAK... tak pernah lagi saya serik mengikuti projek luar seperti ini. Selama 12 tahun bergiat dalam bidang seni dan betul- betul aktif semasa masuk aswara 5 thn lepas saya tak pernah merasa sesak nafas macam ni. Terasa di perbudak – budakkan... sya bukan nak ckp besar atau merendahkan org lain. Tp inilah hakikatnya... sedari usia 12 thn mengenal pentas dan sekarang sudah 26 tahun usia saya boleh kira dengan jari berapa banyak persembahan pentas yang mencapai tahap profesnal dan internasional. Mungkin ada persembahan tahap internasional tapi beum tentu lagu ianya profesnal.... jadi tepuk dada tanya selera...


- apa pun terjadi sya gembira kerana kawan2 saya menunjukkan kebolehan mengawal emosi dlm berproduksi, ’walaupun ada yg tikam kawan’ tp sya bersyukur kerana kawan rapat sya semua bagus dan cemerlang. Terima kasih dan tahniah NABIA, YUSRI, ZIHAN, SIUBUN, CHAN, FINA, DLL. Walaupun saya merasa budak2 UITM juga membanggakan saya disaat akhir tahniah dan terima kasih kepada MAK ITE’, ABY, ADIK RAISYA DAN SEMUA LA.... walaupun kurang selesa dgn keadaan produksi itu sya juga melihat ada sifat persahabatan dalamnya... kepada tenaga produksi lain yang amat membantu.. terima kasih dan tahniah buat KAK PAH, PETOM, KAK.GEE DAN ZAF. Kepada semua rakan - rakan dm produksi ni... i miss u dan kita dah buat yang terbaik... Tahniah...





- ’org seni harus ada jiwa’ jiwa itulah yang saya cari dan mgkin saya telah temui... .mungkin juga belum lagi... tp inilah pencarian harta yang berharga bagi seorang yang bernama anak seni. Dimana Letaknya jiwa... di hati atau di karya, dimana sahaja jika ianya adalah anda. Mencari jiwa itu adalah menjadi diri sendiri dengan jujur. Identiti sendiri mengambarkan jika kita sendiri. Karya yang suci itu akan berakhir dengan kesan kepada jiwa – jiwa lain. Show terbaru semasa sya cuti semester ini sangat mengecewakan sya, bila jiwa ini tidak diterap dalam produksi. Kenapa? Kerana apa? Kerana sya melihat pelakon bersikap kurang ajar bersama rakan lakon, merendahkan org lain, memperlekehkan org lain, pengarah pula meraban dan mengulangi kemarahan yang tidak profesnal, krew yang tidak cukup information, malang sekai mereka hanya mahu lepaskan tugas masing – masing, sehingga meupakan nilai persembahan berkumpulan.


Show ni untuk World Congress of IT, show dunia.. show besar… bayaran pun besar tp …. Sendiri mau ingat lah yang pasti sya jadikan ini sebagai pengajaran dalam hidup saya, yang baik sya simpan sbg panduan yang buruk sya simpan sbg landasan supaya tidak melakukan seperti mereka.

Show Yang bertempat di Berjaya Times Square ini memberi peluang dan ruang utk pelajar UM, UITM dan ASWARA menonjolkan bakat mereka. Sya selaku kawan yang menalifon dan memujuk mereka join persembahan ni.. berbangga dengan kawan – kawan sya yang begitu berbakat dan disiplin. Semoga kamu semua terus suksess... tahniah kerana mendapat tepukan dan ucapan tahniah drRamai delegates dr all over the world. So cool dude.







life and ....... u


________________________________



Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya 2008




- DEMI DEGARA YANG TERCINTA KU CURAHKAN BAKTI PENUH SETIA -





kami bersatu demi Malaysia - MPM SEMUA IPT.


Mingguan Wanita keluarkan dua kali artikal Imej Consulter Club MPMUM dan Glitz & Glamour 2008 4th kolej. MEMBENTUK KEPERIBADIAN MAHASISWA UM.






muka depan Shila Rusli ... MENAMPILKAN imej consulter club, exco kesenian MPMUM



Exce kesenian perlukan cabaran... percubaan pertama berjaya



MPMUM mampu melakukan perubahan kepada Negara


Imej Consulter bergabung bersama 4th dalam Glitz & Glamour 2008

___________________________________________________________________






Seni Dan Persahabatan




mingguan wanita edisi may

mengenali duni seni adalah sesuatu yang indah kerana menyentuh dunia seni seperti menyentuh alam semesta kerana segenap kemahiran itu adalah seni. kelebihan Eddy mengambil bidang Hairstylist untuk didalami dan dijadikan kerjaya selain teater adalah sesuatu yang berharga kerana pulangan dan pengalaman sangat besar disini. dengan sedikit kepakaran Eddy menyahut cabaran menerima undangan membut rambut bagi program gengstarz dan ikon asia astro dan tv3. selepas banyak membut projek tv dan konsert artis, eddy telah melebarkan pengalaman dengan menjadi tenaga pengajar di sebuah Akademi swasta iaitu Aimi Hair And Beauty. sekarang Eddy tidak lagi mengajar disana kerana menyambung pelajaran dalam bidang teater di Universiti Malaya. Selepas habis belajar di ASWARA dalam bidang pengarahan teater eddy menyambung pengajian di peringkat ijazah iaitu Ijazah sarjana muda seni persembahan (Drama) major dalam lakonan.



penampilan diri



Mengajar Di Aimi Hair And Beauty Akademi


Walaupun Study di Universiti Malaya eddy masih aktif melakukan kerjaya sebagai Hairstylist. Eddy tidak menolak undangan dari mana - mana produksion untuk mengambil Eddy sebagai pelakon, krew ataupun hairstylist. setelah berada ditahun dua Universiti Malaya Eddy telah dicalonkan sebagai Perwakilan Pelajar dan dengan berbesar hati dan bertanggungjawab keatas kebajikan pelajar Eddy telah membut bengkel Imej Consulter di Universiti Malaya. Projek pertama ini bersama rakan sekelas iaitu Noraini dan Zihan.




Hairstylist, Tudung Style, Make-up artis




Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (eddy - Exco Kesenian Dan Warisan)

sambutan yang baik diterima semasa kami membut bengkel Imej Consulter di Universiti Malaya ini. permulaan eddy memilih untuk bekerjasama dengan kolej 4 Universiti Malaya bagi menjayakan bengkel imej consulter ini. semua berjalan lancar dan dengan kelulusan daripada HEP dan ALUMNI um Eddy bersama EXCO KESENIAN DAN WARISAN akan melancarkan Imej Consulter Club pada july ini. (dekat dengan date my brithday) bersama itu juga eddy yang bertindak sebagai pen. pengarah FESKOM UM akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena FESKOM UM. datanglah beramai ramai.



Eddy n Venna morales (ikon asia pertama)





eddy rusdi abdullah

____________________________________________

Remaja : edisi 515 : 1 feb - eddy ligat di pentas teater. jom dapatkan di pasaran.











D’ipt

Oleh:
farazilla@karangkraf.com.my
Foto: Koleksi peribadi Rosdi

H: Eddy ligat di pentas teater

Minat ternyata boleh menjadi momentum untuk mendorong seseorang itu melakukan apa sahaja bagi mencapai hasrat hatinya. Rosdi Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Eddy ini misalnya sanggup bermula dari bawah untuk menggapai impian bergelar pengarah teater terkenal suatu hari nanti. Anak muda ini mula berjinak-jinak dengan pengarahan teater sejak menuntut di sekolah menengah lagi. Dan bagi melengkapkan lagi ilmu di dada, eddy memilih untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma ke ASWARA dalam jurusan pengarahan teater.

Pilihan Eddy memang tepat kerana di ASWARA dia bukan sahaja berpeluang untuk menimba ilmu selok-belok untuk bergelar pengarah, tetapi juga berpeluang untuk menimba pengalaman beraksi dipentas teater di bawah bimbingan pengarah terkenal Malaysia seperti Rohani Yusuf, Roslina Khir Johari, Seniman Negara Rahman B dan ramai lagi. Di tambah pula dengan suntikan semangat dan motivasi oleh pensyarah ASWARA sendiri iaitu Zakaria Arifin dan Marlia Musa, sekali gus membuatkan Eddy menjadi lebih yakin untuk menggapai cita-citanya bergelar pengarah teater berkaliber.

Minat teater

Tidak cukup dengan bidang pengarahan, bagi lebih memantapkan lagi pengetahuan serta sebagai persediaan buatnya mengatur langkah lebih serius dalam bidang ini, Eddy memilih untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazahnya di Universiti malaya dalam bidang lakonan.

“Saya masih ingat lagi, ada seorang tokoh teater pernah berkata kepada saya yang seorang pelakon tidak dapat mengarah teater sebaik lakonannya, tetapi seorang pengarah teater itu boleh belakon dengan baik seperti pengarahannya. Sebab itulah saya memilih untuk meyambung pengajian saya dalam bidang lakonan. Lagipun di masa akan datang saya bercadang untuk menerbitkan satu rancangan pertandingan realiti teater yang meliputi dari aspek pengurusan, krew, lakonan, pengarahan, penulisan skrip sehingga ke pemasaran teater itu sendiri. Sebolehnya saya mahu memajukan serta menaiktaraf bidang teater ini ke tahap yang tertinggi,” ujar Eddy bersungguh-sungguh.

Antara pengalaman yang diraih Eddy di pentas teater ialah apabila dia turut terlibat dalam Persembahan Teater Tari Puteri Manora Panggung Bandaraya pada 2007 di mana Eddy bertindak sebagai pengacara persembahan itu. Selain itu, dia juga turut menjadi krew untuk persembahan tari, muzik dan teater.

“Saya juga menyertai pelbagai pertandingan kerana memaluinya saya boleh mengukur serta mengetahui kemampuan diri saya dalam bidang yang diceburi seperti lakonan, nyanyian, penulisan dan tarian. Percubaan saya berhasil dan tidak mengecewakan apabila saya memenangi tempat pertama dalam pertandingan pencarian Mr. Kolej 2 iaitu Mr. Tenggayun, juara penulisan puisi daerah sempena Hari Guru, juara penciptaan lirik lagu ASWARA dan mendapat tempat kedua dalam pertandingan teater MAKUM dan tari Festival Seni Universiti malaya,” terang Eddy lagi.


Arwah ayah pendorong utama

Arwah ayahnya adalah insan yang banyak mendorong Eddy untuk lebih berjaya. Kata-kata dari ayahnya adalah madah keramat yang buat Eddy. Ibu kesayangannya juga sentiasa memberi restu yang tidak pernah berbelah bagi.

“Saya turut mendapat kata-kata semangat dan perangsang daripada kakak-kakak saya. Mereka bertiga adalah nyawa saya dan setelah melihat saya begitu yakin dengan minat saya ini mereka terus merestui kerjaya pilihan saya ini. Berbekalkan kejayaan awal mereka mula mendorong saya supaya lebih berjaya dalam projek-projek teater yang lebih mencabar. Sebab itulah setiap kali saya mahu membuat persembahan saya akan menelefon salah seorang dari mereka. Walaupun arwah ayah sudah tiada tapi mak dan kakak tetap kuat menyokong saya dari belakang,”.

“Alhamdulilah semua impian dan harapan tercapai cuma saya sangat terkilan apabila arwah ayah tak sempat untuk melihat saya berlakon teater. Sebelum dia meninggal dunia semasa di hospital dia pernah berbisik kepada saya supaya menjadi orang seni yang berwawasan dan menjadi artis yang berfikiran kelas pertama. Dengan kata-kata itu saya mengorak langkah ke Universiti Malaya dan menjadi MPPUM. Tiupan semangat arwah ayah banyak memberi saya kekuatan,” ujar Eddy mengenangkan arwah ayahnya itu.

Rahsia kejayaan

Meraih kejayaan dan kecemerlangan semestinya menjadi impian setiap pelajar Intitut Pengajian Tinggi dan Eddy membuktikan dengan minat yang didorong oleh usaha berterusan semua itu tidak musthail untuk digapai. Antara kejayaan yang diraih Eddy ialah mendapat anugerah ketua program teater setelah mendapat ‘pointer’ yang tinggi dalam diploma teater ASWARA. Kemudian dia telah mengambil kemahiran tambahan dalam bidang kecantikan dan dandanan rambut yang mana dia juga telah menerima anugerah pelajar terbaik bagi kursus tersebut. Setelah menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Eddy juga telah mendapat Anugerah Dekan dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Drama. Selain itu, Eddy juga juga pernah memenangi pertandingan mencipta lirik lagu di ASWARA, muncul johan mencipta puisi Hari Guru Johor dan banyak lagi.

Selain itu, dia juga pernah mendapat naib juara pertandingan senam robik universiti Malaysia, mendapat tempat kedua di pertandingan teater univerisiti-universiti Malaysia dalam MAKUM. Malah dia juga pernah terlibat dalam banyak projek drama dan program teater sebagai pelakon, penari manakala di Ikon Asia dan GangStarz eddy pernah terlibat sebagai hairstylist untuk Delima, Mendua, Flava, Vena Morales, Judika dll.

“Saya akui pengalaman mengajar saya untuk tidak berada di bawah lagi dan saya juga selalu menjadikan kejayaan orang lain sebagai pendorong untuk saya lebih berjaya daripada mereka. Saya juga sebenarnya cemburu dengan kejayaan yang diperoleh oleh lain dan ini akan membuatkan saya akan berusaha dengan lebih gigih untuk meraih kejayaan yang sama. Bagi saya sikap cemburu adalah sesuatu yang baik jika kita pandai mengendalikan emosi itu kerana dengan sifat cemburu itu kita akan berusaha dengan cukup gigih dan tidak mahu mengalah dalam mencapai sesuatu yang kita hajati,” ujar Eddy

“Pada saya bergelar pelakon dan pengarah teater mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Saya perlu membawa kelainan di dalam setiap karya yang saya persembahkan. Setiap kali naik ke pentas saya perlu memberi sesuatu untuk penonton kenang dan saya mahu orang tahu bahawa kerjaya sebagai penggiat teater ini bukalah kerjaya main-main. Membawa nama penggiat teater sudah cukup sukar kerana masyarakat kita masih kurang disogokkan dengan pengetahuan tentang teater. Sebagai generasi baru saya berasa perlu lakukan sesuatu untuk membuka ruang dan idea kepada masyarakat untuk mengenali dan menghayati teater dengan lebih dekat lagi. Tugas saya setiap masa tidak sama. Jika rezeki dalam bidang lakonan, saya akan ke tapak lokasi atau ke studio latihan, jika rezeki dalam bidang penulisan saya akan mengadap komputer berhari-hari. Buat masa sekarang saya sudah menyiapkan beberapa skrip teater untuk dipasarkan,” ujar Eddy.

Perancangan masa depan

Impiannya adalah mahu membuka sebuah production house sendiri dan menghasilkan filem dan drama berkualiti. Eddy juga mahu mementaskan teater di Istana Budaya serta dia mahu membawa kesenian Malaysia ke pentas antarabangsa. Buat masa sekarang Eddy telah mengumpul banyak karya dan telah merancang beberapa agenda untuk ke antarangansa seperti Singapura dan Indonesia. Eddy juga telah menubuhkan fan club dan kumpulan seni sendiri iaitu Imej Consulter Club dan TETA Management.

“Selagi saya hidup, selagi itu saya tidak akan mudah berpuas hati. Jika hari ini orang bangga dengan saya dan suatu hari nanti saya mahu orang kagum dengan saya. Kejayaan di tempat sendiri adalah jaguh kampung yang baru hendak memulakan agendanya. Tetapi yang saya impikan ialah mahu ke peringkat antarabangsa seperti Datin Seri Tiara Jacquelina. Nasihat saya pada semua remaja di luar sana yang ingin menceburi bidang seni ini, mulakan langkah kamu dari sekarang. Restu keluarga juga penting malah bersahabatlah dengan semua orang tidak kira siapapun kerana dunia seni ini luas tiada sempadan. Kegagalan memang ada, kerana kegagalan itulah saya bangkit. Saya berasal dari sebuah felda dan keluarga saya bukan dari kalangan orang senang tetapi keluarga cukup memberi saya pelajaran. Dengan kesukaran itu, saya bangkit dalam setiap langkah yang saya atur sendiri tanpa diketahui oleh keluarga sehinggalah mereka boleh tersenyum bangga melihat saya sekarang,” akhiri Eddy penuh makna.


Nama: Rosdi bin Abdullah
Nama panggilan: Eddy
Umur: 26 tahun
Asal: Felda Endau Mersing, Johor
Kerjaya: Pelajar universiti dan penggiat seni (teater, tari, muzik dan penulisan) dan hairstylist profesional.
Kejayaan :
Mendapat Anugerah Ketua Program Aswara dalam Diploma Pengarahan Teater, Pelajar Terbaik Aimi Hair and Beauty dan Anugerah Dekan dalam Ijazah Seni Persembahan Drama Universiti Malaya.
Jawatan dalam universiti: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, (Pusat Kebudayaan). Pemegang jawatan Presiden Kebudayaan dan Warisan Universiti Malaya.

1 ulasan:

deennasour berkata...

wah pernah masuk majalah remaja lah dia~
best2