Selasa, 27 November 2007

lingkaran kehidupan


Friend, kawan, sahabat dan teman… semua orang ada kawan, anda ada kawan?hahaha... kalau nak tahu eddy ramai kawan, ada 3 kategori kawan ni.. bg eddy semua ada keistimewaannya, pertama kawan yang jenis baik di luar baik juga di dalam... kawan jenis ni susah nak jumpa, mungkin ada, mungkin tak ada. Mungkin dapat jumpa mungkin tak jumpa – jumpa. Dalam sejarah hidup eddy, pernah tiga kali eddy jumpa kawan jenis ini. Dulu masa tingkatan 5 di SMKUH. Eddy seronok berkawan dengan 6 sekawan, dalam 6 sekawan eddy paling rapat dengan mohd hatta kasim (ata), kami mmg baik sgt2 macam adik beradik, susah senang bersama. Merempit dan belajar sama2, masih aku ingat kami pernah kena rotan dengan cikgu sebab mahu menyelamatkan antara satu sama lain... hahaah.... sehingga aku mendapat keputusan SPM yang agak cemerlang dan aku terus menyambung STPM di SMSM di sini aku mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sewa. Disinilah aku rapat dengan seorang rakan bernama mohd yazid. (ajib), selama 2 tahun berkawan kami mmg rapat seperti adik beradik. Pelabagai susah senang kami harungi, mmg susah nak cari kawan macam tu... terima kasih jib, ingat lagi kita pernah lawan kentood paling kuat.. hahahaha... setelah tamat pengajian ku di Akademi Seni Kebangsaan Malaysia dalam bidang teater aku menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam bidang drama. Di Universiti Malaya ini aku ada seorang rakan karib bernama Wesly.... sekarang aku menaip coretan ni di Sarawak rumah wes... seronok kat sini, happy bersama famly wes, mereka menyambut aku dengan mesra sekali... itulah 3 sahabat yang di katagori pertama itu....


Sekarang katagori kedua iaitu katagori kawan yang sangat baik di luar tetapi sangat kurang baik di dalamnya... aduh.. susah nak berstory morry dalam katagori ni, takut ada yang terasa.. hahaha rasanya dalam idup eddy tak pernah eddy terlintas mengambarkan sesiapa pun di katagori ini, setiap manusia itu ada hak dan keinginannya untuk berkawan dan menerima sesiapa sahaja sebagai kawan mereka. Begitu juga dengan aku.. pernah jug aku tersilap memilih kawan, pernah juga kehilangan kawan dan pernah merasa dikhianati kawan.... siapa sahaja boleh berubah tetapi kepercayaan seorang kawan itu kepada kawannya akan menjadikan persahabatan itu menjadi utuh....


Katagori seterusnya ialah kawan yang kurang baik di luar dan kurang baik di dalam, sememangnya kawan jenis ini lebih baik dari kawan dari kategori diatas kerana dia sangat jujur dan ikhlas menonjolkan dirinya... hahaha mmg sukar menerima orang yang tidak suka pada kita tetapi inilah kenyataannya.. kawan jenis ini senang untuk kita jauhi jika kita tidak senang dan mudah untuk kita menjauhkan diri supaya dia dan kita tak sakit hati... tapi... ? anda akan menjawabnya sendiri...





Friend,
You have always
Been loyal to me
Crying and laughing
With me
You give me inspirations
And my thanks to you
Are endless.

Friends,
My life would be empty
Without you,
My adolescence
Was wonderful with you
You give precious advice
When I am lost
I thank you from
The bottom of my heart

Friend,
Talking to you comfort me,
Though angry
You would still help me,
I will never forget you
Till the day I die

Friend,
Thank you for everything
And
May god bless you always

Tiada ulasan: