perancangan demi perancangan.... janji terus termetrai... masa latihan tanah bernanah dulu sya ada janji dgn anak buah sya, kalau mereka melepasi TOP5 dlm festival teater MAKUM sya akn bawa mereka pergi bercuti ke Pantai Hiburan Mersing Johor sbg tanda penghargaan... selepas tamat festival teater MAKUM 2011 di UM, mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu berada di tangga top5 itu, dgn membawa dua anugerah pulang, mira norli (pelakon harapan terbaik (utama) dan Bella Kamarzaman (pelakon harapan terbaik (pembantu, maka setelah dikira kami no5. mengalahkan 5 lagi IPT iaitu UNIZA, UMP, UPSI,UPM dan UMT. Bangga melihat mereka berjaya memepersembahkan lakonan menarik walaupun serba kekurangan... dr situ sya berazam utk meneruskan program dan aktiviti mereka. tetapi kekangan masa amat membatasinya.
jadi sya tidak meletak percutian trip ke Mersing ini sbg satu kewajipan atau kerana mereka top5 dlm MAKUM tp percutian ini adalah sekadar cuti bebas utk melepaskan tekanan dan kepenatan shj.... (jgn ada yg salah fhm kalau2 merasa perkara ini tidak di war- warkan) ini adalah percutian pribadi shj...
sabtu
3hb 11 2011
8.00pagi
saya bertolak ke Kolej Kediaman Tun Dr Ismail utk ambik Andikasaputra, Jojie dan Nabilah Hidayah,
andika sudah duduk menunggu di cafe kolejnya... kemudian Nabilah muncul, selesai menunggu Nabilah, kami bertiga menunggu
ratu rock UTHM Noratikah atau jojie lee... penantian yg mmg lama sgt! hahaha tp dimaafkan sbb satu lagi kereta pun tak ada lagi...
10.00Pagi
kami berempat (andika, nabilah dan jojie) bergerak ke kolej Pewira. setiba disana semua blm turun lagi... nasiblah kereta satu lagi tak ada.. hehe.... setelah semua turun (akmal, bella, nabil, syafiq dan mira) kereta yg disewa oleh Mira pun muncul. lega rasa.... skrg masa untuk bergerak ke Mersing! horey horey!!!
11.00pagi
bertolak ke Mersing, singgah di petronas dan terus tibe di pasar Mersing...
2.00petang
setiba di pasar mersing, kami terus mencari barang mentah. org kuat bab memilih barang masakan adalah Jojie lee, dia pilih semua bersama sya dan anak2 sya... (anak ke) hahaha... setelah membeli ikan, ayam, dll kami membersih bahan mentah di pasar tu juga, seronok pulak sesekali jadi celebriti pasar ni.. hahahaha..... semua org tgk dan tegur! ada yg tlg lagi.. bg kerjasama yg baik! terbaekk laa...
2.30 petang
kami singgah makan tengahari di warong di Air Merah Mersing. memang puas hati sbb dah lama teringin makan ulam ulaman yg segar.... semua org nampak berselera tu! terbaekkk...
3.00petang
setiba di pantai hiburan mersing, indah sungguh pemandangannya... melalui air papan pun dah nampak keindahan tu! cantik sawah padi yg bru di tuai.... nampak byk bangau! rasa redup je.. tenang!.... kami bahagiakan kerja, ada yg pasang khemah, ada yg perap ayam, ada yg cari kayu api, sya dan andika blik rumah sya di f.endau utk ambik barang keperluan lain. setiba di f.endau, sya dpt berita bahawa ayah sahabat sya telah kembali ke rahmatullah.. selesai ambik barang, sya singgah rumahnya, kelihatan sugul suasana rumahnya.. sya tak masuk dan hya sms shj AZMAN JAMIL. sya fhm apa perasaan dia dan situasi dia diketika itu, jadi sya tak mahu kacau, sya hya sms tanda ingatan dan sokongan kepadanya. kemudian sya dan andika bergerak ke pantai hiburan air papan.. dlm perjalanan kami singgah membeli arang dan air batu! wa.... terasa tak sabar utk BBQ.
5.00Petang
kami sampai di pantai semula. kelihatan ada Bella dan Akmal yg sedang berendam di pantai, sya dan andika juga turut turun ke laut yg bergelora itu. gelora manje... masih blh mandi... cuma sya sentiasa mengingati anak buah sya utk tidak pergi jauh ke tengah. alhamdulillah semua ok! kemudaian yg lain blik dr mencari kelengkapan dan turut mandi di laut! meriah!
7.00petang
kami bersiap utk masak (andika, sya dan jojie) yg lain semua pergi mandi dulu, bergilir gilir (katanya) hehehe... 1st time duduk jauh dgn air dan api.. sekali dia org pergi mandi pya la lama... hahaha.. kami bertiga la masak ayam dan ikan tu... selesai masak (tangan hampir terbakar) oyehh!! hahaha... kami pula pergi mandi di resort air papan yg kira2 setengah jam dr situ! disitu mmg gelap! tak ada elektrik dan air! tp kami enjoy! terbaekk!!
8.30malam
kami makan bersama - sama, selesai makan, kami buat aktiviti bercerita kisah hidup dan keluarga.. inilah masa yg sgt indah bg sya... sya dpt kenal kesemua anak2 buah sya lebih dekat.. rasa makin syg kat dia org... semuanya comel2 dan baik2...
10.30malam
nampaknya ungun api sudah hampir terpadam... kami pun mencari kayu api lagi... dalam samar2 bayangan kami menggunakan apa yg ada shj.... syukur api berjaya di hidupkan dgn lebih besar! terang sedikit! terasa kecil diri ini.. besar sungguh kuasa-Nya.. mendapat motivasi dan kesedaran diri dlm kegelapan di tepi pantai itu... semua dr kami sgt positif! alhamdulillah... anak2 buah sya semua terbaekkk!!!
12.00malam
game! mula2 sya tak nak join game ni! tp ble sya fikir blik... game ni blh memberi motivasi dan menjadikan yg lemah itu KUAT! sya pun ikot sekali.. ketuanya Syafiq! pembantunya Nabil dan pengikutnya Jojie lee dan last minit bella juga join geng ketua game ni! sya turut mengetuainya! gamenya seram sejuk! bg takot pada semua yg takot! pastu cube saiko yg takot dgn adegan2 yg seram! tp perlu kawalan supaya tak jadi benda yg tak elok! selesai proses menakutkan org! proses memberi ruang kepada yg takot utk berfikir! kemudian kami mengaku yg kami hya dlm game! ternyata semua diantara mereka sgt berani dan kuat! ada yg takot2 sblm ni tp disini semua kuat! tahniah buat semua...
Ahad
4hb 11 2011
2.00pagi
kami semua bersia - sia ke bandar mersing. mengambil keputusan utk tidur di pantai mersing kerana takot hujan lebih di tepi pantai.
7.00pagi
semua bangun pagi dan kami pergi mandi di R&R Mersing, selesai mandi sya bawa mereka semua bersarapan pagi di gerai makan yg paling best bg sya! masakan kelantan dan terengganu!
10.00pagi
kami ke pasar pergi semula ke pantai hiburan Mersing, utk mengemas sampah dan mendirikan khemah semula... indah sungguh cuaca pagi...
11.00pagi
selesai mengemas kami semua terus ke pasar utk membeli barangan dapur! ikan, ayam, sayur semuanya dibeli...
rasa seronok utk masak bersama2 dan memberi anak buah makan... makan ramai2 mmg best!
1.00petang
saya dan jojie memulakan langkah memasak. kami siang semua barang yg telah dibeli, sambil membuat bara pada api kami selesaikan apa yg perlu, mira, bella dan bob pergi mencuci pinggan mangkok!
2.00petang
mulalah aktiviti masterchef.. hahaha sya masak ayam 3rasa, sayur togeh tampayaki dan bakar ikan, jojie masak ayam halia, ikan masin, sayur air kobis, telur dadar dan air asam utk ikan bakar, nabil pula masak sardin sosej! semuanya ada 9lauk memasak menggunakan ungun api shj. panasnya Allah shj yg thu.. mmg bahang sgt2... tp seronok!
3.00petang
kami makan, beramai2 sambil makan sambil merasa keindahan alam, masakan pun blh tahan sedapnya. dgn modal rm5 setiap sorang tp lauk2 macam kat restoran mewah je... kalau beli kat luar tu conferm2 kena dlm rm300 lebih, tp kami masak dgn kos tak sampai rm50 je! hebat semua... terbaekk!!
4.00petang
sya dan andika pergi ke rumah sya di F.endau, utk pulangkan barang2 yg kami pinjam... sya pun tidak mahu bawa pulang ke BP semua barang2 tu. kereta dah terlalu sarat! jadi kami pun pergi ke F.Endau... setiba di umah, sya pun masuh semua pinggan mangkog kuali dan periuk yg telah kotor itu dihadapan rumah. selesai semua kami pulang ke pantai hiburan air papan mersing! kami semua terus terjun laut utk mandi manda yg kesekian kali dan terakhir sblm pulang.. masyaAllah best sgt2! time tu semua berhabis habisan mandi.. bersukan pantai dan pelbagai aktiviti buat! best sgt2! terbaekk!!!
7.00 petang
semua sudah keletihan mandi laut.. kami bersiap utk mandi di resort air papan. selesai mandi disana kami pergi makan di restoran cina muslim paling best di mersing, dlm kedai pun cantik! sya yg kesekian kalinya makan masih teruja utk makan kat situ! best sgt2! terbaekkk
9.30malam
kami bertolak pulang... dr mersing ke batu pahat
11.30malam
tibe di kluang kami minum2 sekejap kerana mata pemandu sudah berat nak terlelap...
12.00malam
kami tibe di batu pahat.. siap hantar kereta semua sewa satu lagi tu, sya tibe di rumah jam1.00pagi... aduh penatnyaaaa... sempat lagi on9 dan basuh baju! selesai basuh bju mata dah berat sgt2 jam pun dah 3.00pagi. sya pun tidur!!! terbaekk!!
bertemu lagi utk trip akan datang - sentiasa berusaha dan berubah utk kebaikan diri! maju terus!! terbaekk..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan