Ahad, 12 Januari 2014

Penutup 2013. Kejayaan dan Kemenangan

Alhamdulillah 2013 telah melabuhkan tirai.. bila sebut tahun baru.. tentu azam baru yg sibuk diperkatakan, begitu juga dengan empunya diri ni, syukur... 2013 telah membawa saya mencapai azam yang bertahun tahun tak tercapai, tp azam tu tercapai bila mula 1hb1 2014! sebelum ni saya buka production sendiri, buat teater dan buat semua kerja2 seni. kemudia blik Johor, menetap di Batu Pahat, mengajar di pusat Kokurikulum UTHM sebagai staf kontrak shj. sebenarnya ada byk hikmah sya pulang ke Johor dan masa tu masih staf kontrak, syukur kerana byk hal keluarga dpt sya uruskan dengan lancar masa tu, penghujung 2013 sya ditawarkan sebagai staf harian Unit Kebudayaan, tak sia-sia usaha keras sya selama ni di UTHM, org nampak hasil kerja saya, bila dh di Unit Kebudayaan sya tak sia-siakannya, sya tunjuk kebolehan saya, akhirnya setelah menjalani tapisan sya berjaya tetap pada 1hb 1 2014 ni. jika kita berusaha dan ikhlas, insha ALLAH semuanya akn lebih baik dan rezeki akn sentiasa menghampiri kita. alhamdulillah......
Tugas terakhir 2013 di Unit Kebudayaan masa staf kontrak hari tu ialah membawa persembahan tarian ke pertandingan Fes Tari SAKTI Piala Dr Tun Siti Hasmah, Alhamdulillah... mendapat 2nd runner up sebaris dengan ASWARA di 1st runner up dan winner UITM Shah Alam, menewaskan 4 IPT lain. syukur, aku bertindak sebagai koreografer kreatif dan pengawai pengiring yang memantau. Walaupun dengan usaha sendiri tapi hasil dari keyakinan dan sedikit kajian, alhamdulillah semuanya membuahkan hasil. Syukur dengan bergaya kami menutup kalender 2013 di UTHM ini.








alhamdulillah... terima kasih semua, kenangan indah ini tidak akn pernah padam. tq 2013.

Khamis, 14 November 2013

syurga hidup

Nama : Sarah Orked Bte Rosdi
Tarikh Lahir : 10hb 05 2013
Tempat Lahir : Batu Pahat Johor



Ni la anak sulong saya, Orked, baru 6bulan.. moga jadi anak yang baik, solehah dan cemerlang ya nak... suatu hari nanti jika kamu terbaca coretan daddy ni. ingatlah bahawa daddy sgt syg pada kamu selamanya, hingga kita bertemu disyurga nanti... jadilah anak yg berjasa pada agama, ibu bapa, bangsa dan negara... cinta daddy pada kamu tiada batasanya... kamulah segalanya... Sarah Orked.

Jumaat, 18 Oktober 2013

PEJAM CELIK PEJAM CELIK

BERHIJRAH





Pejam celik, pejam celik... dah tiga tahun aku pindah ke sini (Batu Pahat), pada awalnya aku bertugas disini sebagai pengajar teater dan tarian utk kelas Kokurikulum sahaja. mengajarnya pada setiap hari rabu tapi latihannya setiap hari. makanya aku fokus itu sahaja pada awalnya. alhamdulillah... penerimaan teater di UTHM ni sangat baik. banyak kejayaan kecil dan besar dah pun aku kumpul disini. bukan kerja aku sorang, tapi kerja berkumpulan, aku bersyukur sebab sepanjang aku disini, aku diketemukan dengan ramai orang yg bagus2 dan baik2 belaka... semuanya masih kekal meneruskan kerja - kerja seni dengan aku, yang tercicir tu, al - maklumlah! biasalah benda baru memang susah nak adaptasi, silap percaturan akan rasa terbeban dan dibebankan jadi yang kuat sahaja yang bertahan. tahniah pada yg masih bertahan. terus terang cakap, aku dididik dengan teater berasaskan "disiplin yg tinggi" jadi tak kira apa, disiplin no1. kalau yang tak boleh nak disiplinkan diri, memang kecundanglah diawalnya. 

TANAH BERNANAH

Naskah ni aku angkat lagi selepas dua kali aku arahkan di ASK dan UM, alhamdulillah dua2 "menjadi", bukan ambil jalan mudah tapi dalam jangka masa yg singkat, aku rasa aku tak ada masa untuk berkarya dengan naskah baru waktu tu, jadinya aku ambil lagi naskah Tanah Bernanah ni utk dibawa ke Festival Teater MAKUM 2011 di UM mewakili UTHM, dari sinilah aku kenal anak- anak buah teater UTHM yg sampai sekarang aktif berkarya dengan aku. CABARAN utama pada ketika ni adalah nak bagi mereka faham apa itu teater bagaimana latihan dan persembahan teater, yg selama ni mereka hanya melihat di panggung dan ada juga yang melihat di TV (yg tayang teater di Istana budaya). Memang sukar, sukar sangat, mereka tak faham tentang pengorbanan, kena korbankan banyak masa, masa tido, masa bermain dan masa berehat. pernah satu ketika saya terdengar ada yang bercakap "kenapa nak latihan setiap malam?" ada juga yang cakap "kenapa latihan kena buat regangan, kita bukan nak bersukan" dan yang paling lucu "kenapa latihan kena bersungguh - sungguh" pergh! masa tu aku rasa langit runtuh jatuh kat kepala... pening! berat! tapi slow2 aku cakap tentang kekaguman teater, kekemasan pementasan, kesempurnaan, dan kelancaran, dari situlah mereka faham yang bukan mudah untuk memberi satu persembahan yang baik dan perlu latihan yang bersungguh - sungguh, kerja teater bukan kerja main- main. bila tiba masa pertandingan mereka melihat persembahan dari Universiti yang ada pelajar dari Pusat kebudayaan dan Falkulti Kebudayaan mereka dapat membuka minda dan faham apa yang saya maksudkan selama ini. alhamdulillah dalam pertandingan itu kami membawa dua piala kemenangan, dari Nor Amirah Norli (Pelakon Harapan Wanita terbaik) dan dari Nabila Kamarulzaman (Pelakon Harapan Wanita Terbaik) juga. pendorong! memang kejayaan sedikit itu menjadi pendorong mereka untuk buat lebih baik. tidak saya nafikan. mereka pulang dengan semangat! terima kasih MAKUM 2011

JANIN AL - ISRA

kalau nak cerita perjalanan produksi ni memang panjanglah! semuanya pun dah aku ceritakan kat pos2 yg lepas, tapi seperti yg aku cakap kat atas tu, semangat dari produksi pertama membawa banyak makna, syukur.. kami menjuarai FESTIVAL TEATER NEGERI JOHOR pada tahun 2012, dan kami lawan lagi, di peringkat saringan kebangsaan, alhamdulillah kami tersenarai dalam 6 kumpulan terbaik dari 14 buah negeri yg bertanding (ada negeri tak hantar juga kot). bila dah lepas ke Kebangsaan benda pertama yang aku cakap kat anak buah aku adalah "jangan simpan harapan tinggi" buat yg terbaik sahaja. kita ni baru bertapak. kalau dulu aku lepas ke Kebangsaan bersama kumpulan yg terdiri dari kawan2 yg ambik performing arts, memang semuanya cari makan dengan seni. menyimpan harapan tinggi tu memang semestinyalah. tapi mereka ni pelajar UTHM yg mengambil jurusan kejuruteraan, kenal teater pun baru setahun jagung. nak bersaing dengan yg dah berbelas tahun masuk festival teater ni, tapi saya cakap juga yang mereka semua ada peluang jika kita berusaha gigih dan rezeki berpihak pada kita, inshaAllah kita blh menang juga, sebabnya segala apa yang orang lain belajar saya dah ajar mereka, cuma pengalaman orang lain lebih banyak, jadi jadikan lapangan ini sebagai pelajaran dan ilmu, bagi saya mereka beruntung, ilmu secara praktikal seperti ini banyak manafaatnya. bukan sahaja bergelumang dengan teater tetapi dapat belajar mengenai pengurusan, teknikal, dan berhadapan dengan orang ramai. ini ilmu yang tak ada di Universiti tapi ada dalam pengalaman yang kita lalui seperti ini. alhamdulillah... pengorbanan mereka tidak sia - sia. 

FESTIVAL MONODRAMA

Semangat nak bertanding makin menebal dalam diri mereka, aku pun cari lah apa yang ada, tiba2 terbampak iklan festival monodrama di USM. tak fikir panajang... aku masuk! bawa dua naskah, satu DENDAM NERAKA lakonan aku sendiri dan SELIPAR JEPUN TOK WAN" lakonan Najib Supian. Memang aku lapar nak bermonodrama, rindu zaman final year buat "Anak Bulan di Kampung Wa Hassan", Monodrama ni cinta kedua aku selepas "teater realisme" jadinya mulalah latihan demi latihan (3minggu je latihannya, sbb dapat tahu last minit) syukur Alhamdulillah dari pertandingan tu kami bawa balik satu anugerah kecil "persembahan terbaik" antara 5 yang lain. walaupun bukan juara dan baib juara tapi rasa bersyukur sgt sebab saingan agak sengit juga. aku sebenarnya nak bagi pendedahan lebih pada student2 UTHM ni sebab bagi aku teater ni pun boleh bersangkut paut dengan kejuruteraan terutama bahagian sinografi. manalah tahu one day mereka jadi sinografer terkenal yang membawa element kejuruteraan yang hebat di pentas teater. siapa tahu?

FESTIVAL TEATER NEGERI JOHOR KATAGORI MONODRAMA

kononnya tahun ni (2013) nak stop sekejap buat teater, nak fokus pada pelajaran dan aku pun nak bagi mereka kejar balik yang dah tertinggal tu, aku pun dah bayak tanggungjawab lain. masing2 dah plan yg tahun ni tak masuk, tup tup.. pusat koko tawarkan utk kami masuk, keinginan ada sebenarnya tapi masa macam tak cukup, sebab lepas naik cuti ada 2minggu sahaja. aku ambik keputusan untuk masuk katagori monodrama sahaja, fikir balik, boleh ke mereka nak hafal skrip panjang2 ni dalam masa 1minggu dan latihan 1minggu seterusnya. fikir punya fikir aku pun ambil jalan mudah, aku yg berlakon! senang. aku tipe skrip, mintak kak Lenny Erwan tengok. pastu mintak cikgu Rohaidah edit ejaan semua, terus aku hafal. Naik je cuti aku ajak student yg aku lantik jadi pengarah untuk tengok apa yang aku buat! (kalau aku masih study dulu ni, sure kena marah dengan pensyarah) sebab aku tak dapat tengok apa yang aku buat, tapi nak buat macam mana, itu je jalan yang ada, seperti yang aku jangka, masalah utama bila aku tak dapat tengok kesalahan yg aku buat, dekat sini memang semua orang kejuruteraan, jadinya aku pasrah ajela... buat yg terbaik, sebab aku yakin dengan tenaga kerja produksi, alhamdulillah mereka dah buat yang terbaik, mereka berusaha menjadi yang terbaik, menjalankan tugas yang diberi, walaupun mereka bukan pengiat tapi mereka menggunakan ilmu yang ada sebaik mungkin. tahniah semua. akhirnya kami menjadi naib juara, kesalahan yang tak dpt dielakkan bila kami kurang 2minit dari yang ditetapkan. tak ada rezeki nak ke Kebangsaan tahun ni. tapi Alhamdulillah banyak yang aku sendiri belajar dari situ.


LUAR DARI KERJA

Tiga tahun menetap dibumi indah Batu Pahat ni memang memberi nafas baru dalam hidup aku, lari dari hiruk pikok kota, bukan kerana aku tewas tapi kerana impian, sewaktu dulu aku keluar dari negeri Johor ni kerana aku nak bawa ilmu kembali kesini, dari 2001 - 2011, 10tahun bergelumang dengan kerja - kerja produksi, mencari sesuap nasi, ada job ada makan, tak ada job keluar cari job, bangun awal subuh utk shooting, keluar lewat tengah malam, tidor tak menentu, berproduksi sana sini, latihan teater, tari, buat puppet show, apa shj aku sambar, janji esok ada duit utk makan, tuang minyak, bayar rumah dan ada duit nak bayar tol, parking dll. pendek kata buka mata je KERJA KERJA KERJA, tutup mata pun mimpi hal2 kerja... hahahaha.. aku terfikir sampai bila? macam mana dengan anak aku nanti, rumahtangga! aku kembalikan semula matlamat aku pergi ke Kolumpo ni, aku nak cari ilmu yg kurang disini. Ya! aku perlu cari tapak utk balik Johor, aku bawa sedikit luka, calit rasa, darah yg tersisa, aku bawa sebuah harapan kesini.. bumi batu pahat.... alhamdulillah tiga tahun berlalu, aku sekarang mampu tersenyum walaupun pada hakikatnya aku terkadang nak menitiskan air mata, bila mana dugaan dimana shj akn dtg~ aku telan satu persatu, aku ucap alhamdulillah.. aku sahut seribu cabaran, aku tadah sejuta impian utk bangkit dan tersenyum, dlm mendung yang kelabu itu ada mentari besar yg menyinar indah, aku disini bersama ramai anak buah yg setia bersama aku, aku disini bersama ramai kawan2 yg utuh mempercayai aku... aku disini dengan kerjaya yang aku cintai... aku bersyukur! sesekali bila aku menadah tanggan memohon agar Allah jauhi aku dengan segala dugaan yang tak mampu aku harungi pada ketika itu aku terjentik dibenak fikiran yang aku sepatutnya bersyukur yang aku sekarang sudah jauh bahagia dari 3tahun lepas. aku ada segala yang aku mahu... bukan dulu tak bahagia tapi dulu aku kosong! kalau orang cakap "bestnya life kau kat KL tu, berlakon sana sini, kerja dengan orang popular dan terkenal, dapat apa kau nak, untung kau!" ya... memang aku beruntung, dan aku antara berjuta dari mereka yang mengimpikannya.. tapi kekosongan yang aku katakan tadi adalah kehidupan... sejauh mana pun aku nak kejar, aku tertinggal banyak perkara yang aku lupa untuk mengejar. Sekarang aku punya segala yang tertinggal itu. SYUKUR! 

Ingat... hidup bukan selamanya.. carilah apa kita nak bersama harapan dan impian orang yg disekeliling kita... jangan kita mencari tanpa kita sedari bahawa ada orang menanti kita dengan harapan... kerana diwaktu itu sebenarnya kita tertinggal sesuatu yg menyebabkan sebenarnya kita masih KOSONG. 

Nak jadi bintang~ memang itu impian anak - anak seni macam aku... tapi dalam seribu itu hanya satu yang akan jadi bintang dihadapan tv dan diatas pentas. Namun dalam pada kita tak tahu, dalam seribu itu ada satu yang bertunas menjadi matahar, menyinar menerangi hati dan fkiran para ilmuan, mencurah ilmu dan berbakti pada seni. alhamdulillah itulah aku. syukur juga aku bukan dikalangan mereka yang mengalah dan mengundur dari minat dan kecintaan aku ini. Aku tak salahkan sesiapa pada mereka tewas dan mengundur diri dari dunia seni ni, memang kerjaya sebagai anak seni ni dipenuhi dengan kekejaman. pada yang kuat akan bertahan.

Dikesempatan ni aku nak ucap terima kasih pada kawan2, jiran2, para pelajar dan rakan sekerja yang banyak membantu aku sewaktu aku disini... menyesuaikan diri ditempat asing pada awalnya. alhamdulillah segalanya telah sebati. terima kasih....






artikal yang aku keluar utk majalah REMAJA, IREMAJA, KELUARGA, PERSONALITI LELAKI (Wanita) DAN MAJALAH IPT. tq semua yang menyokong kerjaya seni saya.. alhamdulillah...

Khamis, 17 Oktober 2013

LAMUNAN TERHENTI DAN TERUS BERLARI. SEJAK ITU AKU TIDAK MENOLEH LAGI.

Rasanya dah agak lama aku tak menulis di blog ni, nak kata tak ada masa tu tak la juga, tp nak mengarang kat blog ni mmg tak sempat sebab bila nak tipe je, terfikir benda lain yg kena buat. skrip itu skrip ini dan macam2. last2 tertangguh sejak awal tahun. skrg dh hujung tahun pun. alhamdulillah... sebenarnya memang betul la.. kalau ada yg ckp aku merajok. rasa malas nak fikir tentang beberapa perkara yang aku rasa buang masa. jadi aku ambik keputusan utk berhenti bercakap tentang itu ini dulu.


pementasan teater "Rumah Lama Kampung Baru" yg memenangi anugerah Kostum terbaik.


Meneruskan kelas di UTHM.

Alhamdulillah aku punya satu harapan indah yg perlu aku laksanakan disini. mendidik! itu memang minat aku yang sangat kuat sejak dulu lagi. seperti satu terapi bila mengajar ni. Balik dr UM, aku terus mengatur langkur langkah utk projek student2 semester itu. syukur, pementasan teater muzikal "Kasih Kekasih Ku Hantu" telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun sekadar projek kelas yg hanya diterajui oleh pelajar kejuruteraan, tp alhamdulillah bagi aku ianya satu persembahan yang boleh dibanggakan, dengan penonton yang penuh, tepukkan dan sorakan penonton membuatkan aku mengerti yang mereka terhibur.






Menyuntik semangat kembali, dengan menjadi jurulatih arahan dan lakonan untuk produksi Lentera Daksina dari Sek Men Keb Tun Ismail Batu Pahat, pada awalnya rasa macam tak larat nak buat sebab banyak hal peribadi kena uruskan, tapi saya berpegang pada "rezeki jangan ditolak" sya terima pelawaan Cikgu Rohaidah Yon untuk melatih produksi ini. mereka bertanding dengan berbelas kumpulan teater dari sekolah di daerah Batu Pahat, Alhamdulillah, syukur... kami JUARA. menang bersih, sapu hampir kesemua anugerah. tak sia - sia dan bertuah rasanya berkenalan dengan produksi ni, sekarang dah jadi anak buah saya. alhamdulillah...





festival teater Negeri Johor datang lagi, memang rasa nak rehat untuk tahun ni, sebab nak bagi student2 fokus study dan kejar mana yg terlepas tahun lepas, ye la tahun lepas mereka dah kejar teater sampai juara Johor dan mara ke Kebangsaan, mara ke Kebangsaan dan Juara Negeri Johor sudah cukup Hebat untuk mereka yang bukan pelajar dan pengiat teater, mereka pelajar KEJURUTERAAN di UTHM. Tapi pihak pusat Kokurikulum mempelawa saya mewakili UTHM, jadinya seperti tadi la "rezeki jangan ditolak" saya masuk katagori MONODRAMA shj. oleh kerana masa latihan tidak panjang, hanya ada 2minggu untuk latihan sahaja kerana pelajar cuti semesti masa tu. Saya pun tak fikir lama la, saya terus menaip skrip dan menghafalnya. saya berlakon. senang kerja. walaupun pada hakikatnya. PAYAH! tapi nak memudahkan kerja semua orang, itu jalan terakhir. Tapi jadi sukar pada saya bila saya tak dapat lihat sendiri kelemahan persembahan itu, kerana saya yang berlakon. Walaupun diarahkan oleh pelajar tapi tak sama dengan orang yang ada ilmu teater, saya pasrah dalam kegembiraan kerana pelajar2 ni sangup ikot sertai walaupun macam2 cabaran. Tahniah Andika, Ajib, Zarif dan Wan. Akhirnya kami NAJIB JUARA. 


Alhamdulillah... rezeki tahun ni..
kecewa? tak la... cuma terkilan sebab rasanya boleh juara kalau aku boleh lihat apa yang aku buat. kurang 2minit dari syarat. memang tak boleh la... aku dah faham sangat undang2 pertandingan sebab aku dah lalui macam2 hal, alhamdulillah pengalaman mematangkan.... inshaAllah thn depan akan terus berkarya lagi. tunggu...






balik ke UTHM dengan pelbagai projek. kali ni aku jadi koreografer, tapi anak2 buah kat sini memang dah berzapin, jadi aku hanya bantu untuk pola lantai sahaja. persembahan untuk sinfono orkestra dari Universiti Singapura. Syukur, bila dah ada yg memuji itu namanya menjadi la....




Kemudian persembahan terhangat di UTHM, Event terbesar di sini... TOWN AND GOWN..~ 
aku ditugaskan menyediakan dua buah tarian Malaysia, mana2 negeri. aku ambik zapin yg dah siap tu dan satu lagi aku koreograf baru, tarian priring. ambik risiko tapi yakin sebab aku suka tarian piring ni. tak susah pun cuma perlu fokus. 
bukan tu je, kena sediakan dua overture pulak. apa lagi anak murid kelas aku la terima peluang ni, pendedahan untuk mereka. alhamdulillah berjaya. tahniah semua.




terakhir sekali aku tolong En. Fadil dan rasanya aku ambik cabaran ni sebagai minat dan peluang, En Fadil dari koperasi jadi pengurusan pesta konvo. aku memang baik dengan dia sebab dia banyak tolong masa festival teater kebangsaan lepas. jadi tak salah aku tolong dia balik dan aku ambik peluang ni sebagai satu ruang mencabar diri. aku buatlah festival zapin di UTHM dan malam penghayatan teater. malam tu ada pertandingan, pada 13hb ada pertandingan teater antara dua kumpulan, Gelanggang Tok Wali yang aku buat dengan STI dulu dan Rindu Gaza skrip aku yang dulu nak bawa untuk festival teater tapi tak jadi. Aku suruh Ajib arahkan. Alhamdulillah kedua - dua malam tu berlangsung dengan gilang gemilangnya. tahniah semua. tahniah pada yang berjaya. tahniah yang menjayakannya juga.... 



alhamdulillah...



akan datang : 
projek kelas
Teater s1 kokurikulum UTHM dan Senitari Tradisi dan Kreatif UTHM
Teater Muzikal : Zaiton Ini Kisah Hitam KU...

jemput datang ya....






sedikit kata - kata terakhir... untuk anak2 ku dan adik2 ku..

memang betul kata orang, pengalaman mendewasakan kita, alhamdulillah... dari tahun 2002 saya serius dalam lapangan seni ni, sya cukup puas. walaupun masih mentah tapi saya bersyukur kerana dapat menikmati detik terhebat yang saya impikan sebagai anak seni, berlakon teater, berlakon drama tv, mengarah teater, menulis skrip, membuat persembahan tarian dan muzik, menyertai pertandingan, memenangi pertandingan, menjejak kaki di Istana Budaya sebagai watak besar, bekerja dengan orang - orang hebat dalam industri. impian sejak usia 10tahun telah tercapai. sejak usia 10 tahun saya mengenali seni dari arwah ayah. ayah seorang pelukis dan pengukir sambilan, dia banyak mengukir ulu parang dan sarang burung, pelbagai permainan saya diwaktu kanak - kanak semua ayah yang buat seperti lastik dll. sejak itu saya suka melukis, menyertai pertandingan melukis dan dari situ saya gemar berpuisi dan berteater, menyertai pelbahai persembahan pentas, pernah juara dan pernah kalah. dr situ saya kumpul keazaman utk melangkah lebih jauh. tahun 2001 membawa saya ke Kuala Lumpur dengan satu azam, usaha! saya memasuki ASK yg kini dipanggil ASWARA, Tahun 2002 waktu tu, ASK masih di Empire Tower, menumpang disana, keadaan disitu masih baru, pelajar tak ramai, kelengkapan serba kekurangan, tapi sya bersyukur kerana disitu dan kerana itulah saya dapat rasakan ilmu yang cukup banyak, ilmu yg tak ada pada mereka hari ini. kerana kami diajar untuk berdikari, syukur! selepas habis ASK saya sambung di Universiti Malaya, disanalah saya dan kawan2 banyak menyertai pertandingan teater dan tarian, pernah juara, pernah naib juara dan pernah kalah.. itu adat! apa pun semua tu ilmu... kerana itu semua kita boleh bawa sewaktu kita bekerja kelak, soft skill dan kemahiran insaniah. Saya yang sudah 5tahun habis belajar dan bekerja ni pun rasa rindu zaman di Universiti, banyak benda yang tertinggal masa belajar, kalau boleh nak diulang, rasa nak kembali zaman tu, alhamdulillah berkat apa yang saya lalui dulu, menjadikan saya berani berhadapan dengan pelbagai rintangan, kalau tak masakan berani nak bekerja dengan orang2 hebat, kita kena jadi hebat barulah kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi, ingat! bukan hebat bercakap shj, tapi hebat berusaha, kutip ilmu, jangan rasa sudah bagus, sebenarnya semakin kita maju semakin kita mahu maju lagi, bukan mendabik dada, jadi kepada adik2 dan anak2 saya semua, ingatlah... kejayaan dan kegagalan itu adalah ujian, tanda Allah nak menguji kita, sejauh mana kita boleh pergi... adakah setakat itu atau lebih jauh... maka bersederhanalah.. rendahkan diri, kutip imlu sebanyak mungkin.. kalau anda orang seni, bersenilah untuk mencari makan, kalau anda bukan orang seni dan sekadar mengisi aktiviti jadikan seni itu budaya positif yang boleh meningkatkan jati diri, buang yg negetif. maju terus. ok.

salam penuh kasih syg.... 

Ahad, 10 Februari 2013

XTVT Broga bukan sekadar memanjat gunung!




Salam... ok la! setelah sekian lama saya tak tulis pasal aktiviti harian yang seperti dulu - dulu, kali ni saya nak kongsi pengalaman bawa anak buah di KUAZ (Kolej kediaman Ungku Aziz UM) ke Gunung Broga! (sebenarnya mereka yang bawa saya bukan saya bawa mereka) tapi yang penting pengarah dia la yang mulakan cetusan idea nak pergi sebab tengok gambar dia org sebelum ni cantik - cantik (berangan la nak berfotografi bagai). masa ni saya buat job dengan Kolej kediaman Ungku Aziz UM ni untuk projek FESTIVAL TEATER UM, seperti dulu kala, memang saya yang akan mengarah sebab saya sudah cukup biasa dengan anak buah saya ni, (dari mereka kosong sampailah mereka Juara dua kali dan anugerah khas juri sekali) alhamdulillah pihak atasan kolej ni masih mempercayai kebolehan dan keupayaan saya membentuk pelajar bukan kebudayaan memahami teknik lakonan teater. dipendikkan cerita, 10hb 2, ahad (hari ni) adalah hari cuti raya cina. Ramai yang tidak ada dikolej utk meneruskan latihan teater jadi mana yang ada saya merancang untuk buat aktiviti luar! tercetuslah XTVTI ke gunung broga hill ini. maka jadinya, saya berkemaslah barang - barang pada malamnya! teruja punya pasal sampai tak boleh nak tidor! hambik dia!!! memang letih sangat - sangat! mata mengantuk, badan tak cukup rehat dan kepala pening! macam mana nak panjat gunung bedol hoi!!! tapi ku ceriakan juga diri ini, konon - konon ok la!!!



 setelah ditolak tambah, inilah rasanya barang yang sesuai bawa, sebab bertolak sebelum subuh! kemudian berhenti solat subuh hendak basuh muda dan lain - lain, pastu konon - konon nak berfotografi bagai la.... bawa la baju lain sbb baju yang pakai tu akan berpeloh..kan!!! hah.. tunggu nanti bawa ni tengok apa terjadi... lol....

mula - mula janji nak berkumpul jam 3am! haiyo manyak awal ooo.. walaupun aku org pertama yang siap sedia! pastu bila bincang di fb, turun jam4pagi - 4.30pagi. memang aku la org pertama yang turun... pastu tak boleh tahan, pergi bilik anak buah lain, rupanya mereka saling mengejut kawan - kawan (bagusnyeee)... siap berkumpul semua ada juga yang last minit tak jadi ikot! (seperti dijangka) sengkuang!! tp tak pe la sebabnya! nanti kat bawah kita cerita! hahaha lol....  tapi diganti oleh seorang kawan yang juga penyelia kolej ini bersama rakannya (skema ayat), bertolaklah dua kereta ke Semenyeh. 10 org shj la... sampai shj di semenyeh kami rehat di petronas, tapi awal subuh petronas tak buka pintu jadi tak puas nak beli dari kaunter je, so kami bergerak kedepan sikit utk tengok - tengok kedai - kedai makan yang dah buka, kedai apa lagi yang buka jam4pagi? tak lain tak bukan MAMAK in the house la!! tp selama ni kalau saya sarapan pagi di mamak selalu mmg nasi lemak dia sedap! try la ambik nasi lemak, tp kali ni agak mengecewakan dgn ayamnya yang sudah keras! argh! spooooi mood betul la pagi2 ni... tapi tea tarik dia mmg superb! mamak kan!!! makanlah kami disitu dengan bahagiannya!!! 


 menarikkan rupa nasi lemak ni, tp jangan pandang pada rupa shj! hahahaha


selesai makan kami singgah masjid berhampiran, solat subuh! selesai solat tiba2 perot ku seperti ada upacara tari menari, nasi lemak dan tea tarik tadi berdansa ria pulak! terus menari aku ke tempat misteri itu! hahaha... lol... selesai bermisteri, perjalanan diteruskan kesana, sampai je disana, kereta parking di bawah pokok kelapa sawit hak milik org cina, siap ada org jaga parking lagi! RM2 ok! tak ada free2... (padahal raya cina tu, sangup 2minat cina ni ddk kat bawah pokok kelapa sawit jaga parking) mgkin dia ada sbb la tu, thn ni ong tak berapa nak ong so kena kerja lebih! hehehe....
sebelum aku cerita kisah pendakian yang akan bermula ni, aku dok terfikir yang aku skrg dh cecah angka 3 (30-an) tp budak2 yang bersama aku ni semuanya awal 20an, 8-10thn beza. jadi jgn hairan klu cerita selepas ini memang agak dramatik dr aku! kahkahkah (korang sure dah agak apa yang berlaku kan!! nanti dulu... jgn agak lagi... baca lagi la) hahaha...lol


Nampak memang senang! tapi bila ikot budak2 yg muda belia ni aku jadi semput!
mula - mula jalan, mcm biasa je, rasa macam boleh layan lagi la... tapi bila dah lama x bersukan! (jarang - jarang) pastu tak tidor! dan MAKAN NASI LEMAK DAN TEA TARIK tadi aku jadi mengah yang teramat sgt! teruknya!!! sebab sebelum ni kalau di UTHM rasanya tak la seteruk ni... nampaknya aku kena buat sesuatu lepas ni! memanglah budak2 ni lebih muda 8-10thn dr aku, mereka siap berlari selumber je naik atas! senyum je... aku pulak mcm tercekek sengkuang! hahaha... tp bila jalan punya jalan, rupanya ramai lagi yang lebih teruk dr aku! ada yg tersadai tepi pokok, ada yang muntak tepi batu, ada yang tersungkur kat rumput! sekurangnya aku hya keluar angin je! bueek! bueek! (ges nasi lemak mamak) jaga kau mamak!! hahaha... tp aku tak kesorangan, anak - anak buah aku sgt2 lah prihatin kat abang dia sorang ni ( bkn abg dah! ayah!) setiap kali naik, mereka bertukar - tukar follow aku! terasa seperti warga tua pulak!!! hahahaha (malunya, rasa mcm x nak tersukan tulis) tp Famie, Ijan dan Shamie la yang byk mengfollow aku! razie dan famie tlg bawa beg (beg berangan aku tu! konon bawa baju, tuala segala bagai)

 tengok tu! dia boleh wat muka lagi! aku? lemau dah!...

tapi segalanya terbayar bila satu persatu pemandangan indah dpt dilihat. Serius cakap, ada satu tahap aku rasa nak stop dan hanya di level tengah tu je, nampak jugak pemandangannya! tapi anak2 buah pujuk dan terus memujuk! rehat dlm dua minit terus dpt tenaga baru! aku pun teruskan juga.. tambah - tambah bila tgk ada pakcik usia 50an tetap teruskan walaupun kakinya mengigil dah aku tgk! wahhhh tercabar ni! terus ku gagahi jua! dan sampailah di kemuncak jayanya... (cuma tak naik satu batu besar kat atas tu je, sebab pemandangan sama je)

cantik tak? cantik kan!! sgt2 cantik... klu korang tgk betul2 depan mata secara live lagi dpt merasakan keindahan yang sukar digambarkan! besar sungguh ciptaan Allah, Allahhuakhbar!!! sebak dada melihatnya!

bila dah tiba kat atas ni dah tak ada benda nk fikir dah! tak ada nk fikir nak berfotografi sgt! cukup sekadar kenang - kenangan je, sbb apa? sebab dah barai! muka dah berminyak, org sgt ramai ok! macam pesta! dengar cerita memang hujung minggu dan perayaan akn ramai gila org naik! tambah pulak dgn tak dpt tidor! kepala pening! muka jadi gelap sgt!!! suram kusam sengkuang! cis! jadinya apa yang ada Alhamdulillah la... :D

 bersama hero heroin saya


 kantoi... tgk tu apa aku buat? 24jam! 


ok la! sebenarnya apa yang aku nak kongsi dengan korang semua (termasuk anak buah aku sendiri la) :
1. kerjasama, sifat teman berteman! bak kata pepatah laut sama diharungi, gunung sama didaki! kerjasama sgt penting! macam tu juga dlm teater, dengan kerjasama dan bantuan rakan lakon, lakonan kita akn lebih baik dan produksi akn lebih cemerlang.

2. meringankan beban rakan. saya tengok anak buah saya ringan tulang, membantu angkat beg sya yang berat tu! (sbb naik gunung jadi berat), klu dlm teater sifat menutup kesilapan kawan dan membantu kawan yang mungkin lemah itu salah satu proses yang sgt baik! setiap dr kita ada kelebihan dan kekurangan, jadi menutupi kelemahan masing - masing itu adalah salah satu cara menjadi satu kumpulan yang baik

3. tidak meninggalkan rakan terlalu jauh, kalau ya kita hebat! jangan kita lupa rakan kita, begitu juga dalam lakonan, jangan kita hanya pentingkan hal kita, ada pelakon yang macam tu! sebegitu juga masa mendaki gunung, ada kawan yang macam tu! tapi sifat itu tidak elok kerana kerja berkumpulan akan rosak dan tidak dapat menghasilkan produksi yang cemerlang.

apa yang saya lihat, anak buah saya yang buat teater (RUMAH LAMA KAMPUNG BARU yang ikot XTVT ini) mempunyai kemahiran insaniah dan soft skill yang tinggi! kalau dalam bidang pengajaran saya di UTHM inilah skop pembelajarannya! maka untuk mereka saya bagi A+, kerana mereka tersedia dengan kemahiran ini walaupun saya tidak bagi tahu sebelum mendaki! secemerlang mana pun kita! setinggi mana pun ilmu dan sijil kita! kita belum cukup untuk menjadi insaniah yang punya jati diri yang baik jika kita tidak ada sifat - sifat sebegini. maka untuk korang yang baca ni, mulakanlah hari ini... pada anak buah saya yang saya sebut diatas ni jangan hanya mengeluarkan kemahiran ini pada orang - orang tertentu shj malah pada sesiapa sahaja yang ada disekeliling kita! jadinya bagi saya anda sudah siap sedia untuk berjuang di alam pekerjaan kelak bersama ijazah anda yang cemerlang itu.  InsyaAllah :D

Now! layan pic2 sya yang konon nak sgt berpozing di bukit Broga! hahaha....
yang ni tetap dgn hp sendiri! hahahaha apa nak jadi la!! 
enjoy!