Ahad, 12 Jun 2016

7 Tips melangkah dari LEMBAH ke MENARA

TIPS MELANGKAH DARI “LEMBAH KE MENARA”

Saya bukanlah pelajar pintar yang boleh meramalkan diri untuk masuk universiti dan dapat bekerja hebat! Sejak di bangku sekolah rendah lagi, saya selalu dapat tempat paling corot didalam kelas sewaktu pepereksaan. Tapi, saya minat sangat pada pendidikan seni, namun seni lukis ni tak boleh berhenti! Nanti skill dia mati. Tambah bila dah ramai kawan, mula “nakal”, mana nak duduk rumah mengadap lukisan!, yg tahu.. tiap petang pergi padang, masuk kebun, mandi paya, pergi laut, pernah la lemas beramai-ramai dengan kawan-kawan, tapi alhamdulillah air laut tarik ke darat balik. Masuk sekolah menengah, teringin juga nak jadi macam orang lain, bijak belajar, ada awek, hensem-hensem dan ada style la! Tapi kita ni orang susah! Nak masuk kelas tambahan pun tak mampu, belajar sendiri la yang mampu. Akhirnya keputusan SPM ala kadar sahaja, hati ni masih merontan nak ubah hidup, tak nak hidup susah lagi. Zaman kanak-kanak saya memang hidup susah, rumah tak ada TV, pakai dapur kayu, tak macam orang lain, nak tengok tv kena pergi rumah orang sebelah. Tekad tak nak macam tu lagi, walaupun hidup kami gembira! tambah-tambah bila mak ayah dah tak ada nanti, siapa nak bantu kita? Saya pun aply banyak kolej dan pusat kemahiran, sekurangnya boleh la jadi kuli yang bergaji tetap. Tapi semua tak dapat, entahlah.. bukan rezeki! Saya mohon kerja, tengok kawan- kawan bawa balik moto besar balik kampung, kita rasa kecewa pada kemampuan diri, Akhirnya saya dapat kerja KFC, lama juga la kerja KFC, hampir satu tahun, dan kemudian saya dapat tawaran melanjurkan pelajaran di Tingkatan 6, berkobar-kobar pergilah dengan hati gembira, tingkatan 6 ni lain, bukan macam tingkatan 1-5, pelajarannya susah, cikgu pulak dah macam style Universiti! (tak semua) bila dapat keputusan STPM, saya kecewa lagi sebab keputusan STPM saya kurang memusakan, dalam hati "apa la nak jadi dengan aku ni!" saya berHIJRAH ke bandaraya Johor Bahru, duduk dengan kakak dan abang ipar, punyalah susah cari kerja! Last-last abang ipar tolong dapatkan saya kerja disebuah kilang, teruja nak kerja! Sebab nak mula dari bawah hingga berjaya! Tapi apa di bayangkan hanya impian, kilang besi cair yang panas penuh asap hitam itu sungguh dasyat! Penatnya bukan kepalang, naik la jerawat batu segala bagai kt muka, gajinya tak berbaloi langsung! Patutlah orang Nepal dan bangla je ramai kerja dalam kilang tu! saya berhenti! tapi, bukan sebab kerja tu lasak tapi kerana tak mampu nak bayar minyak, kenderaan, makan dan rumah dengan gaji yang macam tu! saya betul-betul tertekan! Dari sini saya jumpa cara melangkah dari “lembah ke menara”.

1. CARI DIMANA KELEBIHAN DIRI
Saya ni minat seni, seni lukis, seni penulisan dan seni persembahan, saya pernah menjuarai pertandingan puisi peringkat daerah dan negeri, jadi saya ambik seni sebagai skill kelebihan saya! Anda boleh tengok balik apa kelebihan skill anda, tentu ada! mcm kawan saya, dia minat baiki motor, mula-mula dia sambung belajar dan sekarang dah ada bengkel besar.

2. CARI LEBIH PENGALAMAN DALAM SKILL YANG DIMINATI
Saya asah diri saya melukis dan menulis, saya buat banyak lagi puisi dan cerpen untuk simpanan saya (agak terhad kerana pengetahuan saya tidak meluas lagi untuk buat skrip dan lirik).  Ada masa lapang saya akan menulis dan melukis sebagai hobby saya. Boleh juga hantar ke ahkbar dan majalah, dapat duit! Dari pengalaman ini kita dapat kumpul point untuk masuk Universiti atau bekerja dalam bidang itu. InshaAllah.

3. SAMBUNG BELAJAR DALAM BIDANG YANG MEMERLUKAN SKILL KITA ADA
Saya mohon Akademi Seni Warisan Kebangsaan atau nama singkatannya ASWARA, dengan sedikit pengalaman dan skill yang dikumpul, saya lepas ujibakat untuk masuk ASWARA, alhamdulillah.. akhirnya, dapat juga saya menyambung pengajian ke IPT. Memang gementar nak masuk ASWARA ni sebab bukan calang-calang orang mengajar dan belajar disini, zaman saya belajar ada Syafinaz Selamat, Marlia Musa, Ahmad Yatim dan ramai lagi guru-guru seni yang hebat, pelajarnya pula ada NamRon, Que Haidar, Juhara Ayub, Norzizi Zukifli, Zul Huzaimy dan ramai lagi. Tapi bila kita belajar benda kita minat kita boleh buat buat sesuatu yang kita sendiri tak jangka. Dari pelajar tak pandai apa-apa, saya dapat anugerah dekan fakulti teater untuk semester akhir disana. Syukur! saya tamat pengajian dengan cemerlangnya, lepas habis belajar di ASWARA saya menetap di Kuala Lumpur, mencari pengalaman demi pengalaman, kira ini juga pengHIJRAHan saya. Sehinggalah saya dapat tawaran sambung ijazah di Universiti terkemuka negara!

4. MANTAPKAN TEORI DAN REBUT PELUANG SEWAKTU BERADA DI IPT
Saya dapat sambung Ijazah di Universiti Malaya, siapa sangka? Kalau saya ingat balik siapa saya 20tahun dulu, orang akan gelak pada saya jika saya cakap saya nak masuk UM suatu hari nanti, saya pernah diketawakan masa saya sekolah rendah, bila cikgu Tanya apa cita-cita awak? Saya cakap nak masuk Universiti dan nak jadi cikgu! Tapi sekarang saya dah dapat sambung belajar di Universiti Malaya. Saya habiskan pengajian di UM dengan jayanya, saya dapat pointer yang lebih baik dari Diploma dulu, belajar di UM ni memang cukup cabaran, nak dapatkan A bukan mudah, markah dia tinggi dari U lain, nak dapat anugerah dekan pun bukan macam U lain, hanya 3.5, tapi lebih dari tu! Alhamdulilah saya pernah dapat dekan di UM dan saya tamatkan UM dengan pointer melebihi 3.5. Fuhhh! pernah terdetik jugalah, kenapa aku sambung sini!!! tapi di Universiti Malaya saya banyak mengenal perkara-perkara hebat. Saya pernah sertai pelbagai aktiviti, saya ambik peluang jadi pengarah program, macam-macam program saya sertai, antaranya saya pernah jadi pengarah Festival Konvokesyen UM, pengarah Kelab, Jadi Majlis Perwakilan Pelajar, Ketua exco Kebudayaan MPPUM dan banyak lagi termasuklah jadi pengarah Tilawah Al-Quran di UM. Semua tu boleh jadi resume yang mana orang tahu soft skill dan kemahiran insaniah kita mantap!.

5. MANTAPKAN RESUME
Bidang saya ni kena mantapkan pencapaian baru orang pandang! Jadi saya masuk pelbagai pertandingan teater, tapi masuk pertandingan seni persembahan ni bukan macam lumba lari, kalah menang kita nampak. Oleh itu, saya kena bersiap sedia untuk kalah dan menang, Alhamdulillah saya berjaya merangkul kejuaraan pertandingan teater sebanyak 4kali di festival teater negeri dan di UM sendiri.  Kenangan paling manis saya dianugerahkan dua kali pengarah terbaik untuk pertandingan teater ini. Kejayaan peribadi yang luar jangkaan jika saya kembali 20tahun yang dulu.

6. TULIS TARGET SETIAP TAHUN
Dulu tahun 90an kita ada diari, saya gunakan diari tu untuk target setiap tahun, saya akan tulis dimuka akhir diari tu apa yang saya nak pada tahun itu, jadi sepanjang tahun saya akan kejar target saya dan saya tak akan lupa apa yang saya target! contoh nak dapat A dalam pelajaran, nak anugerah dekan, nak berlakon tv, nak berlakon di Istana Budaya dan macam - macam lagi. Semua tu boleh mantapkan resume kita kelak. Tapi sekarang ni dah ada hanfon yang canggih! jadi buat dekat note di hanfon pun dah ok.

7. BUAT APA KITA SUKA
Saya terus menulis, mengarah dan berlakon. Tapi sekarang saya juga mengajar… dalam masa yang sama sekarang saya sambung MASTER. Pernah balik kampung orang tanya saya, betul ke sambung master? Saya senyum je, sebab saya tahu mereka bukan tak percaya tapi mereka kagum dengan saya bila mereka teringat siapa saya 20tahun yang dulu, saya sendiri ketawa!.







Inilah serba sedikit tips untuk adik-adik remaja yang mahu meneruskan hidup menjadi orang yang lebih success dan buat apa yang diminati.  Hidup ni terlalu indah untuk kita bersedih dan berduka cita! Allah bagi kita ruang yang luas untuk kita berusaha! Tapi titik tolaknya adalah USAHA!  Saya bukanlah berjaya mana, tapi saya dapat membela nasib diri dan keluarga dan dapat membina keluarga yang cukup dan sempurna. Alhamdulillah…

Saya ni budak kampung, anak orang susah, jadi saya kena berusaha lebih dari orang lain! 








 *Tiada apa yang mustahil jika kita berusaha! sekarang saya dapat capai cita-cita saya yang dahulunya orang ketawakan saya!



Setelah berbelas tahun megumpul pengalaman, saya pulang ke negeri Johor untuk menabur bakti. 

FB : Eddy Rusdi 
IG : Eddy Rusdi Abdullah
Twitter : Eddy Rusdi