Sabtu, 31 Disember 2011

selamat tahun baru 2012...

2011 berakhir! masih terbayang dingatan betapa syahdunya nak meninggalkan 2010, 2011 sya berpindah dr Cheras ke Ampang.... byk sgt kenangan manis di cheras! kawan2, teman serumah, jiran2 dan semua disana adalah kenangan indah... selepas ddk di Ampang dr 2011 sya mula kehidupan baru yg lebih bersemangat! mmg perit nak lalui sesuatu yg bru... bru kerana sya sudah ada tanggungjawab!! usaha demi usaha utk sya pulang ke tanah air! impian utk pulang semula ke Johor semakin menebal disebabkan ibu yg memelihara aku semakin tua! jadi aku aply macam2 kerja di Johor! walaupun aku hampir kukuh di KL, tp aku redha. akhirnya aku dpt tawaran mengajar di UTHM, walaupun hanya pengajar sambilan tp aku rasa cukuplah utk aku bertapak di Johor.. perit mmg perit tp aku kuatkan hati! jadi aku lalui juga hari demi hari! alhamdulilah.. bermula dgn niat yg baik segalanya baik2 belaka.. skrg aku sgt heppy disini.. bersama life bru, kawan baru, teman serumah bru, pelajar2 baru, lebih dekat dgn keluarga, lebih tenang dan aman!! selamat tinggal 2011, selamat dtg 2012.
sebelum aku teruskan cerita pasal thn bru. aku nak cerita pasal kisah bln12 2011, sblm menyambut thn bru ni ada 2 perkara yg sgt best dlm life aku! dan ada 2 perkara sedih yg aku terpaksa lalui.... aku mulakan dgn yg best!!

1. pelajar kelas aku di UTHM telah menjuarai ASPISIASI SENI UTHM dgn membawa teater BANGSAWAN PUTRI BALQIS! pada malam tu sya dijemput sbg juri. tetapi sya tahu pelajar saya juga memasuki pertandingan itu. bg sya tak salah sbb kalau di Malaysian idol, akademi fantasia, mentor dan pilih kasih sendiri cikgu dia org pernah jadi juri! yg penting kita adil. malah juri ada ramai... tak akn menang satu kumpulan tu dgn undian sorang juri shj.. perlu sokongan yg lain.. kalau memang bagus conferm menang.. sya pun tak teragak - agak nak bg markah teruk kepada budak2 kelas sya kalau mereka memalukan sya! tp malam tu mereka membanggakan sya sehingga sya sendiri terpegun melihat mereka... hebat! sya itu shj mampu sya ckp! hebat! tahniah... 2. persembahan penutupan KARNIVAL KOKURIKULUM dr pelajar kelas aku tlh mendapat pujian dr TNC UTHM. mula2 sblm persembahan sya sgt risau, sbb vvip malam tu org penting UTHM, TNC dan pengarah kebudayaan dan kokurikulum. sya terfikir macam2.. terutama bla sya tgk show2 dr group lain hya 10-15minit shj, itu pun dah bosan! inikah show 1jam. show penuh MUZIKAL P.RAMLIE... sya dah agak dah.. show teater penuh mmg tak sesuai utk persembahan selingan utk majlis macam ni, tp sya yakinkan diri bahawa pelajar sya blh bawa dgn cemerlang... ble show bermula.. audio buat problem.. sya jadi gelabah.. tp selepas tu semua lancar! ok! sejujurnya mmg show malam tu tidak memuaskan hati sya.. sya pernah lihat mereka buat show lagi bagus pada malam exam sblm ini, mereka mgkin penat dan hilang fokus! sya merasa sgt tidak selesa sehingga habis show budak kelas sya... tup tup tup.. sewaktu TNC bg ucapan.. pertama sekali dia ucap tahniah dan dia ckp dia sgt suka persembahan teater MUZIKAL P.RAMLIE.. berkali kali dia sebut... sya jadi teruja dan hilang panas semua! ahahaha... kalau TNC dr UM,UITM dan USM sya tak heran sbb disana ada falkulti seni persembahan, tp ble dia UTHM mmg tak ada langsung falkulti kebudayaan... jadi bla org besar puji, ianya sgt berharga buat sya! terutama pelajar sya! mereka sudah melakukan yg terbaik. tahniah semua...

inilah TNC UTHM yg sporting.. best!!

perkara sedih yg melanda aku pada bln12 2011 adalah 1. abg sulong aku.. MOHAMMED BIN YUSOF telah meninggal dunia.. (walaupun kami tak rapat tp dia sgt syg aku) "sedari jam2petang anak saudara sya call sambil menagis - nagis... ckp abg sya sedang nazak.. sya jadi takaruan.. kemudian akak sya call ckp dia OTW pergi hospital tgk abg, sya pun berkemas utk ke hospital.. kemudian akak sya call lagi bg thu bahawa abg nak jmpa mak... hati sya lagi celaru! bla mak yg sedang sakit nak diheret ke hospital Johor yg jauh dr rumah endau tu! aduhh.. sya sgt risaukan kesihatan mak.. bg sya kesakitan dan nyawa mak lebih berharga dr segalanya... termasuk nyawa sya! sya jadi gila sekejap... tp sya berdoa dan tawakal agar mak selamat dlm perjalanan.. kesian mak.. :( ble mak sampai di hospital, mak tak blh bangun langsung.. anak dan cucu2 mak semua menunggu mak dibawah hospital utk bawa mak naik ke atas tgk abg yg sedang nazak.. mak tak blh bangun.. mak mtak utk rehat sekejap.. tp org2 di situ mendesak utk ketepikan kereta... ramai org pujuk mak utk naik juga.. cucu2 mak cari kerusi roda.. aku memujuk mak.. mak mmg akn dgr ckp aku.. mak pun bangun.. aku angkat mak letak atas kerusi roda.. mula2 cucu mak bawa mak.. aku tgk dia org bawa macam nak terbang mak... aku jadi marah sbb mak dah muntah2.. aku tak suka org buat mak macam tu.. mmg abg tengah nazak.. tp itu kerja Allah.. mak yg blm nazak ni jgn kita paksa dia buat benda yg menyusahkan dia.. aku ambik kerusi roda dr cucu mak.. aku bawa mak dgn berhati - hati.. apa yg penting bg aku adalah mak!! setiba mak di katil abg.. semua org berkumpul.. ramai yg teresak - esak... mereka buat mak macam mak tak sakit pun.. aku simpati pada mak dan abg.. aku pun turut melakukan yg terbaik.. mak ddk sblh katil abg.. dlm keadaan yg lemah, mak gagahi juga utk berckp dgn abg yg sedang nazak... akak ipar aku ambik tangan mak dan satukan dgn tanggan abg.. mak maafkan segala dosa abg dan halalkan segalanya... selama dua hari abg nazak... akhirnya abg menghembuskan nafas yang terakhir selepas mak memaafkan abg!! subahanallah IBU... kaulah segalanya IBU!!!! 2. mak aku sakit kuat!! (walaupun itu mak angkat aku, tp dia jaga aku sejak aku lahir! tiada dua, hya dia ibu aku!) skrg mak hampir pulih... aku hya harap mak sihat je! sbb awal thn 2012, dlm bln may aku nak bawa mak ddk dgn aku! aku harap sgt dpt jaga mak dan balas jasa mak pada aku.. itu harapan aku... masa arwah ayah pergi dulu.. aku sempat jaga dia dua bulan di hospital... sampailah dia menutup mata... aku rasa tak terkilan sgt la... sbb tu la aku blh kawal diri bila dpt thu ayah dah tak ada... aku harap sblm mak menutup mata aku nak jaga dan balas jasa mak aku! walaupun mereka bkn darah daging aku.. aku syg mereka spt mereka syg aku.. mereka syg aku lebih dr anak mereka sebenar! aku syg mereka sgt2....

inilah keluarga aku, sebahagian je! yg lain pemalu nak bergambar!!

aku sayang korang sangat2 sampai mati!!! 2011 yg berlalu.. byk meninggalkan kenangan... dlm 2011 sya mengajar di UTHM sya kenal dgn ramai orang, mula2 housemate bru! kemudian kawan2 sekerja baru! pelajar baru! geng teater baru! semuanya baru... ble dah tiba uthm byk la kerja yg aku buat.. aku mmg tak suka ddk diam.. aku suka buat program... maka bermula dengan festival teater MAKUM aku didik budak2 UTHM ke UM lawan teater, mereka telah berjaya bawa 2 anugerah! cukup memadai bg aku! kemudian kelas yang aku ajar masuk pertandingan ASPISIASI SENI UTHM mereka juara, dan persembahan penutup mereka dpt pujian.. alhamdulillah.. dr sinilah aku kenal budak2 baik yg sgt aku senang berdampingan... terima kasih adik2 ku... ANDIKASAPUTRA, AJIEB SUPIAN, JOJIE, MIRA, BELLA, ZAMIY, BOB, LEMAN, AKMAL, ZARIF, NABIL, BANI, FIE, ADAA dan ramai lagi.. terumasuk budak kelas aku yg sgt best!!



kadang2 yg terlalu indah itu bkn kita rancang, dan yg terlalu pahit itu sebenarnya blh kita hindarkan tetapi kita enggan! jadi utk thn 2012 ini aku mengambil PENGORBANAN ADALAH SATU CARA UTK MENDAPAT SESUATU YG TERBAIK SELEPAS ITU NANTI!!!

akhirnya... anak buah sya (andikasaputra) muncul di pentas mengambil anugerah PELAKON TERBAIK UTHM. kejayaan ini sempena lakonannya yg cemerlang dalam teater tanah bernanah MAKUM di UM, memegang watak anjah bukan mudah... tp andika berjaya membawa dgn baik sekali.. sehingga rakan lakonya KIAH dan MINAH berjaya mengondol anugerah pelakon harapan terbaik... tahniah andika!! 2012 akn mendatang sya mengharap byk lagi aktiviti dan kenangan indah yg blh dikumpul utk 2013... moga kita panjang umur dan dimurahkan rezeki.. ameen... thn dpn sya akn pentaskan 4pementasan teater... : 

1. BUKAN MALAIKAT utk produksi UNIVERSITI MALAYA
2. JALANG BELAKANG BUKIT BINTANG utk produksi UTHM
3. AZURA THE MUZIKAL utk kelas TEATER
4. SUDIRMAN THE STORY utk kelas tarian NANTIKAN YG TERBAIK DR SYA!

Jumaat, 16 Disember 2011

Exam student di UTHM (kelas sya ajar Teater s2 dan tari tradisi dan kreatif) disatukan dlm produksi Remy The Story dalam P.Ramlie The Muzikal..




Alhamdulillah.. selesai juga show case exam utk pelajar yg sya ajar di UTHM "PELAJAR KEJURUTERAAN tu..."(Kelas teater s2 dan kelas tari tradisi dan kreatif) sebenarnya walaupun kurang latihan bersama mereka ni.. dan kurang masa bersama tp byk benda yg sya belajar dan mereka belajar disini... byk sgt! sya suka semangat kesemua yg menjayakan showcase ini (pelajar yg tak buat bg sya dia adalah manusia yg gagal sblm berperang!)saya sgt terharu dan bangga melihat beberapa org pelajar sya yg sblm ini melihatkan ketidakbolehan diri mereka utk menguruskan production dan utk berlakon di atas pentas! tp pada hari pementasan mereka menunjukkan prestasi yg sgt baik! cemerlang A+ sya bg! terutama pada pelajar yg menguruskan Audio dan pentas! bagus sgt! pelajar2 sya yg telah mendapat watak pun berjaya membawanya dgn baik! utk thu mereka berjaya atau tidak kita blh lihat penonton dan tentu sekali sya yg dah byk kali menonton teater dan buat teater, tp pada mereka yg tidak biasa dan nak thu bagaimana seseorang itu berjaya membawa watak yg dilakonkannya anda blh tgk penonton lain, adakah penonton senyap! adakah penonton ketawa, adakah penonton berborak dan adakah penonton respon apa yg anda lakonkan! ya sya lihat penonton pada malam itu kebanyakannya respon apa yg mereka lakonkan.. dan ada penonton yg ketawa terbahak - bahak dgn jenaka yg disampaikan... sya sungguh terharu! APA YG PALING PENTING BG SYA ADALAH MATLAMAT PENDIDIKAN ITU IAITU MAHU MELIHAT PELAJAR ITU MENINGKAT DR AWAL MASUK KELAS SEHINGGA FINAL PROJEK KELAS! jadi skrg! peningkatan ada nampak cemerlang.. sya bkn nak tgk show anda yg gempaq dan blh menang anugerah! tp sya nak tgk persembahan semampu awk! hari ini awk membuktikan yg awk mampu! sya sudah cukup BANGGA kerana anda budak KEJURUTERAAN TP BLH BERTEATER!!!










utk kelas TARI TRADISI DAN KREATIF kebanyakannya mereka mmg meminati tarian dan ada pengalaman menari masa zaman sekolah dulu, tp utk kelas TEATER S2 kebanyakannya masuk kelas dan ambik subjek ni kerana tak ada subjek lain yg kosong, semua dah penuh. pelajar2 yg minat teater dia awal2 dah clik subjek ni awal2 so syeksion 1 kebayakannya pelajar yg ambik teater tergolong dr mereka yg meminati dan ada pengalaman berteater.. ada pro dan kontra juga benda ni! mula2 sya pening kepala ajar budak yg tak minat seni! tak minat berteater! susah sgt nak bentuk! sbb tanpa minat semua tak blh jalan.. tp sya cube juga... sya ambik hati mereka dgn lawak2 jenaka.. lama2 dia org enjoy! minat mula dtg dan mereka mula menampakkan kesungguhan.. sya bukan nak lihat kehebatan yg melampau... ini bkn show berbayar spt di istana budaya tp cukuplah sya dpt lihat peningkatan prestasi mereka! namun begitu! sesuatu yg ikhlas itu pasti ada hikmahnya! sya cabar diri sya! syukur sgt2 ble sya tgk sesuatu yg sgt baik dan luar jangkaan bila mereka blh mempersembahkan satu persembahan yg sempurna! hebat! peingkatan mereka terlalu byk! sehingga sya sendiri terhibur dan betul2 teruja! tahniah utk semua yg menjayakan REMY THE STORY dalam P.RAMLIE THE MUZIKAL.. walaupun tu show exam kamu semua, tp sya rasa spt show sebenar! sbg pengajar sya sgt bangga punya pelajar macam kamu semua! paling sya kagum bila sya marah tak ada org melawan! bila sya arahkan sesuatu semua ikot arahan, bila sya ajar semua terima pendidikan dan bila ada masalah anda dpt selesaikan dgn cemerlang! show pun cemerlang dan A+ (pada yg tak buat show! anda gagal sblm berperang)










byk benda yg sya tak sangka berlaku pada malam persembahan tu! pertama sekali sya tak sangka pelakon2 byk explore benda baru! utk bagi lebih sedap, walaupun sya sebenarnya tak berapa suka... tp usaha itu sya suka! sya tak kisah pun sbb kamu semua bkn profesnal dlm bidang lakonan dan teater ni, usaha kamu sudah nampak kamu btol2 berusaha. sya suka! kedua sya tak sangka budak pengurusan blh uruskan semua benda dgn lancar sekali, sbb sblm ni mereka agak kelam kabut! mgkin pendidikan dr dlm kelas buatkan mereka bijak menguruskan apa yg perlu! ternyata tak sia2 ilmu yg sya curahkan kepada anda semua! begini rupanya rasa seorang pendidik! indah sungguh! ketiga sya tak sangka penonton seramai itu! ramai sungguh! sampai tak cukup kerusi.. dan terpaksa buka kerusi baru! wahhhh!!! mengagumkan... yg bestnya tu, masa show dah nak habis ada lagi sekumpulan pelajar (dlm 12org) masuk dewan nak tgk show! wow!!! ramai betul dtg! ternyata budak publisiti dlm pengurusan mmg buat kerja! hebat! sya tgk kalah penonton pri view tanah bernanah hari tu! show tanah bernanah pun tak seramai ni... (gurau sendia sket.. jgn marah ekk group tanah bernanah)

ada beberapa adegan kegeramaran sya dlm TEATER ini.. 1.adegan tarian "bunyi gitar" masa penari (jojie) lakukan terjunan ke atas penari lain dgn bentuk yg sgt cantik dan tepat pada temponya. 2. scn saloma ucap "terima kasih pada abg ramlienya" sgt mengusik jiwa kenakalan watak saloma itu! nampak sgt penonton suka! kerana saloma nak mintak ramlie mengahwininya... kemudian ramlie pun bersetuju... kemudian isteri2 ramlie yg lain pun marah dan kejar saloma... so cute!, dan yg ke3. masa lagu ayah ku kawin lagi.. tarian yg sya koreograf tu sgt simple je! tp bila semua penari dan pelakon enjoy! nampak semuanya hidup sgt! sya sgt suka bila kumpulan lelaki (remy) menari kat bawah di meja dan kumpulan wanita menari diatas, nampak variasi yg sgt cantik!. no4 pula scn ibu Azizah.. watak ibu tu ada penonton yg suka! bukan main lagi mereka respon! sya pulak yg ketawa tgk penonton! waaa... menjadi la... penonton gelak dgn jenaka sinis pelakon2 berdialog! sya suka! dan no.5 sya suka scn tarian "tiru macam saya" walaupun sya mengharapkan lebih utk tarian ni tp apa yg ada sudah cukup utk sya terhibur! menari dan flaxsible semua.. terbaekkk..




kalau ada pertandingan, pelakon terbaik wanita akn di gondol oleh watak : Saloma
pelakon pembantu wanita terbaik adalah watak : Ibu
pelakon harapan wanita terbaik : watak Azizah

pelakon lelaki terbaik : watak sudin
pelakon pembantu lelaki terbaik : watak yg dipegang oleh eba
pelakon harapan terbaik tentu sekali : watak ramlie

apa pun semua yg terlibat pada malam tu memang terbaik... anda terbaik.. siapa yg buat exam tu conferm2 sya bg A (tp tak thu lagi A+ ke, A- ke atau A sahaja) so good luck!

p/s : sbg pengajar sya hya mampu memberikan yg terbaik dr sya utk anda semua sbg bekalan hidup, jadikan ilmu seni ini sbg wadah dan pengajaran utk masa dpn, byk anda blh gunakan... masa dpn lebih jauh... terus berjuang dlm pelajaran... dan sya mohon MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN TERGURIS HATI DGN CARA SYA MENGAJAR semua itu adalah utk kebaikan anda semua! lihatlah show anda malam tu! terbaekk!!! SYA HANYA MAHU LIHAT PRESTASI ANDA MENINGKAT DR KOSONG KEPADA ADA ISI.. dr takot kepada berani.. sya bkn nak tgk lakonan profesnal yg bertafar tinggi tp cukup dgn show yg blh menghiburkan.. jadi bg sya anda telah berjaya!




tahniah pelaja2 ku!

Selasa, 6 Disember 2011

percutian - trip to mersing (bkn sekadar cuti)

perancangan demi perancangan.... janji terus termetrai... masa latihan tanah bernanah dulu sya ada janji dgn anak buah sya, kalau mereka melepasi TOP5 dlm festival teater MAKUM sya akn bawa mereka pergi bercuti ke Pantai Hiburan Mersing Johor sbg tanda penghargaan... selepas tamat festival teater MAKUM 2011 di UM, mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu berada di tangga top5 itu, dgn membawa dua anugerah pulang, mira norli (pelakon harapan terbaik (utama) dan Bella Kamarzaman (pelakon harapan terbaik (pembantu, maka setelah dikira kami no5. mengalahkan 5 lagi IPT iaitu UNIZA, UMP, UPSI,UPM dan UMT. Bangga melihat mereka berjaya memepersembahkan lakonan menarik walaupun serba kekurangan... dr situ sya berazam utk meneruskan program dan aktiviti mereka. tetapi kekangan masa amat membatasinya.

jadi sya tidak meletak percutian trip ke Mersing ini sbg satu kewajipan atau kerana mereka top5 dlm MAKUM tp percutian ini adalah sekadar cuti bebas utk melepaskan tekanan dan kepenatan shj.... (jgn ada yg salah fhm kalau2 merasa perkara ini tidak di war- warkan) ini adalah percutian pribadi shj...

sabtu
3hb 11 2011
8.00pagi
saya bertolak ke Kolej Kediaman Tun Dr Ismail utk ambik Andikasaputra, Jojie dan Nabilah Hidayah,
andika sudah duduk menunggu di cafe kolejnya... kemudian Nabilah muncul, selesai menunggu Nabilah, kami bertiga menunggu
ratu rock UTHM Noratikah atau jojie lee... penantian yg mmg lama sgt! hahaha tp dimaafkan sbb satu lagi kereta pun tak ada lagi...

10.00Pagi
kami berempat (andika, nabilah dan jojie) bergerak ke kolej Pewira. setiba disana semua blm turun lagi... nasiblah kereta satu lagi tak ada.. hehe.... setelah semua turun (akmal, bella, nabil, syafiq dan mira) kereta yg disewa oleh Mira pun muncul. lega rasa.... skrg masa untuk bergerak ke Mersing! horey horey!!!

11.00pagi
bertolak ke Mersing, singgah di petronas dan terus tibe di pasar Mersing...

2.00petang
setiba di pasar mersing, kami terus mencari barang mentah. org kuat bab memilih barang masakan adalah Jojie lee, dia pilih semua bersama sya dan anak2 sya... (anak ke) hahaha... setelah membeli ikan, ayam, dll kami membersih bahan mentah di pasar tu juga, seronok pulak sesekali jadi celebriti pasar ni.. hahahaha..... semua org tgk dan tegur! ada yg tlg lagi.. bg kerjasama yg baik! terbaekk laa...

2.30 petang
kami singgah makan tengahari di warong di Air Merah Mersing. memang puas hati sbb dah lama teringin makan ulam ulaman yg segar.... semua org nampak berselera tu! terbaekkk...

3.00petang
setiba di pantai hiburan mersing, indah sungguh pemandangannya... melalui air papan pun dah nampak keindahan tu! cantik sawah padi yg bru di tuai.... nampak byk bangau! rasa redup je.. tenang!.... kami bahagiakan kerja, ada yg pasang khemah, ada yg perap ayam, ada yg cari kayu api, sya dan andika blik rumah sya di f.endau utk ambik barang keperluan lain. setiba di f.endau, sya dpt berita bahawa ayah sahabat sya telah kembali ke rahmatullah.. selesai ambik barang, sya singgah rumahnya, kelihatan sugul suasana rumahnya.. sya tak masuk dan hya sms shj AZMAN JAMIL. sya fhm apa perasaan dia dan situasi dia diketika itu, jadi sya tak mahu kacau, sya hya sms tanda ingatan dan sokongan kepadanya. kemudian sya dan andika bergerak ke pantai hiburan air papan.. dlm perjalanan kami singgah membeli arang dan air batu! wa.... terasa tak sabar utk BBQ.

5.00Petang
kami sampai di pantai semula. kelihatan ada Bella dan Akmal yg sedang berendam di pantai, sya dan andika juga turut turun ke laut yg bergelora itu. gelora manje... masih blh mandi... cuma sya sentiasa mengingati anak buah sya utk tidak pergi jauh ke tengah. alhamdulillah semua ok! kemudaian yg lain blik dr mencari kelengkapan dan turut mandi di laut! meriah!

7.00petang
kami bersiap utk masak (andika, sya dan jojie) yg lain semua pergi mandi dulu, bergilir gilir (katanya) hehehe... 1st time duduk jauh dgn air dan api.. sekali dia org pergi mandi pya la lama... hahaha.. kami bertiga la masak ayam dan ikan tu... selesai masak (tangan hampir terbakar) oyehh!! hahaha... kami pula pergi mandi di resort air papan yg kira2 setengah jam dr situ! disitu mmg gelap! tak ada elektrik dan air! tp kami enjoy! terbaekk!!

8.30malam
kami makan bersama - sama, selesai makan, kami buat aktiviti bercerita kisah hidup dan keluarga.. inilah masa yg sgt indah bg sya... sya dpt kenal kesemua anak2 buah sya lebih dekat.. rasa makin syg kat dia org... semuanya comel2 dan baik2...

10.30malam
nampaknya ungun api sudah hampir terpadam... kami pun mencari kayu api lagi... dalam samar2 bayangan kami menggunakan apa yg ada shj.... syukur api berjaya di hidupkan dgn lebih besar! terang sedikit! terasa kecil diri ini.. besar sungguh kuasa-Nya.. mendapat motivasi dan kesedaran diri dlm kegelapan di tepi pantai itu... semua dr kami sgt positif! alhamdulillah... anak2 buah sya semua terbaekkk!!!

12.00malam
game! mula2 sya tak nak join game ni! tp ble sya fikir blik... game ni blh memberi motivasi dan menjadikan yg lemah itu KUAT! sya pun ikot sekali.. ketuanya Syafiq! pembantunya Nabil dan pengikutnya Jojie lee dan last minit bella juga join geng ketua game ni! sya turut mengetuainya! gamenya seram sejuk! bg takot pada semua yg takot! pastu cube saiko yg takot dgn adegan2 yg seram! tp perlu kawalan supaya tak jadi benda yg tak elok! selesai proses menakutkan org! proses memberi ruang kepada yg takot utk berfikir! kemudian kami mengaku yg kami hya dlm game! ternyata semua diantara mereka sgt berani dan kuat! ada yg takot2 sblm ni tp disini semua kuat! tahniah buat semua...

Ahad
4hb 11 2011
2.00pagi
kami semua bersia - sia ke bandar mersing. mengambil keputusan utk tidur di pantai mersing kerana takot hujan lebih di tepi pantai.

7.00pagi
semua bangun pagi dan kami pergi mandi di R&R Mersing, selesai mandi sya bawa mereka semua bersarapan pagi di gerai makan yg paling best bg sya! masakan kelantan dan terengganu!

10.00pagi
kami ke pasar pergi semula ke pantai hiburan Mersing, utk mengemas sampah dan mendirikan khemah semula... indah sungguh cuaca pagi...

11.00pagi
selesai mengemas kami semua terus ke pasar utk membeli barangan dapur! ikan, ayam, sayur semuanya dibeli...
rasa seronok utk masak bersama2 dan memberi anak buah makan... makan ramai2 mmg best!

1.00petang
saya dan jojie memulakan langkah memasak. kami siang semua barang yg telah dibeli, sambil membuat bara pada api kami selesaikan apa yg perlu, mira, bella dan bob pergi mencuci pinggan mangkok!

2.00petang
mulalah aktiviti masterchef.. hahaha sya masak ayam 3rasa, sayur togeh tampayaki dan bakar ikan, jojie masak ayam halia, ikan masin, sayur air kobis, telur dadar dan air asam utk ikan bakar, nabil pula masak sardin sosej! semuanya ada 9lauk memasak menggunakan ungun api shj. panasnya Allah shj yg thu.. mmg bahang sgt2... tp seronok!

3.00petang
kami makan, beramai2 sambil makan sambil merasa keindahan alam, masakan pun blh tahan sedapnya. dgn modal rm5 setiap sorang tp lauk2 macam kat restoran mewah je... kalau beli kat luar tu conferm2 kena dlm rm300 lebih, tp kami masak dgn kos tak sampai rm50 je! hebat semua... terbaekk!!

4.00petang
sya dan andika pergi ke rumah sya di F.endau, utk pulangkan barang2 yg kami pinjam... sya pun tidak mahu bawa pulang ke BP semua barang2 tu. kereta dah terlalu sarat! jadi kami pun pergi ke F.Endau... setiba di umah, sya pun masuh semua pinggan mangkog kuali dan periuk yg telah kotor itu dihadapan rumah. selesai semua kami pulang ke pantai hiburan air papan mersing! kami semua terus terjun laut utk mandi manda yg kesekian kali dan terakhir sblm pulang.. masyaAllah best sgt2! time tu semua berhabis habisan mandi.. bersukan pantai dan pelbagai aktiviti buat! best sgt2! terbaekk!!!

7.00 petang
semua sudah keletihan mandi laut.. kami bersiap utk mandi di resort air papan. selesai mandi disana kami pergi makan di restoran cina muslim paling best di mersing, dlm kedai pun cantik! sya yg kesekian kalinya makan masih teruja utk makan kat situ! best sgt2! terbaekkk

9.30malam
kami bertolak pulang... dr mersing ke batu pahat

11.30malam
tibe di kluang kami minum2 sekejap kerana mata pemandu sudah berat nak terlelap...

12.00malam
kami tibe di batu pahat.. siap hantar kereta semua sewa satu lagi tu, sya tibe di rumah jam1.00pagi... aduh penatnyaaaa... sempat lagi on9 dan basuh baju! selesai basuh bju mata dah berat sgt2 jam pun dah 3.00pagi. sya pun tidur!!! terbaekk!!
bertemu lagi utk trip akan datang - sentiasa berusaha dan berubah utk kebaikan diri! maju terus!! terbaekk..