Selasa, 18 Disember 2007

Isnin, 10 Disember 2007

melangkah setapak dengan mengarah teater

Teater tanah bernanah yang mendapat pujian media massa.


Eddy mula mengarah teater sejak sekolah lagi, semasa di tingkatan 6 bawah Eddy mengarah untuk persatuan sekolah. Kemudian Eddy merasakan banyak kekurangan dalam pengarahan Eddy. Sejak itu Eddy tidak lagi mengambil tugas sebagai pengarah dalam mana – mana persembahan teater. Tetapi Eddy mula belajar bagaimana mengarah teater. Setelah masuk ASK, Eddy mengumpul pengalaman belakon dibawah pengarah terkenal Malaysia seperti Rohani Yusuf, Roslina Khir Johari, Seniman Negara Rahman B dan ramai lagi. Setelah di beri semangat dan di suntik motivasi oleh pensyarah ASK iaitu Zakaria Arifin dan Marlia Musa, Eddy menjadi yakin untuk mengarah. Bermulalah perjalanan seni Eddy sebagai pengarah teater. Walaupun terasa kurang dan lemah dalam bidang pengarahan ini, Eddy tetap belajar dan mencuba pelbagai cara mengarah dari hari ke hari dari satu persatu pengarahan dari pelbagai kritikan eddy terima.



PELAKON PUTERI MANORA

Bermula dengan Teater bertajuk Bila Bulan Di Pagari Bintang Karya Haji A. Rahim Abdullah pada 11 Julai 2003 di Studio ASK. Kemudian Teater Rakus karya saya sendiri. Yang dipentaskkan 2 September 2003 di studio ASK. seterusnyaTeater XPDC Maut karya Student ASK. 8 Ogos 2003 bertempat di Studio ASK. Kemudian Teater Laila Rita karya saya sendiri 9 September 2003 di studio ASK. Seterusnya teater ..Dan tiga dara tg kebulan karya Aidlin Alin Mosbit pada 20 Februari 2004 di Mini Auditorium M.T.C Jln Ampang. Kemudian Teater Menantu ku karya saya sendiri untuk Festival Filem Malaysia 2004 bertempat di Muzium Negara pada 17 july 2004. seterusnya Teater Experiment ”Pulangkan” pada 10 july 2004 bertempat di Black Box ASK. Kemudian Teater Experiment ”Model Malaysian” pada 15 ogos 2004 bertempat di Black Box ASK. Dan akhirnya eddy mengumpul segala pengalaman pengarahan dan membuat teater penilaian tahun akhir yang bertajuk Tanah Bernanah karya Oli impan di adaptasi oleh Aminah Raphor yang mendapat kepujian ’A’ pada 10 April 2005 di MTC Jjn Ampang.


CERIA UNTUK MEMULAKAN LATIHAN

Kemudian di UM Eddy membantu group Malaysia culture World chess sebagai pengarah teater pada December 2006 di Panggung Bakti Siswa UM. Kemudian eddy mengikuti Teater tari ‘Puteri Manora’ Karya Roslina Her Johari Terbitan DBKL Sebagai Jurulatih Lakon pada 20,21,22 July 2007 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Minat Eddy begitu mendalam dalam bidang pengarahan dan lakonan teater sehinggakan eddy mengambil keputusan untuk mengambil Major Pengarahan Teater diploma ASWARA. Dan menjadikan Lakonan teater sebagai Major dalam pengijazahan Universiti Malaya. Ada seorang tokoh teater pernah berkata, seorang pelakon tidak dapat mengarah teater sebaik lakonannya tetapi seorang pengarah teater itu boleh belakon dengan baik seperti pengarahannya....

Puteri Manora teater pertama dimana aku memgambil tugas sebagai jurulatih lakon


Teater Rakus arahan Eddy yang dilakonkan oleh Piare Andry dan rakan - rakan

DiSeBaLiK taBiR PeNGaRaHaN EdDY...

Selasa, 4 Disember 2007

Apabila Eddy dah serius dalam lakonan teater

Teater " Penganti Zen" Naib Johan Festival Teater Makom



Teater Muzikal Jerung VS u





Apabila Eddy mengambil keputusan untuk serius dalam bidang teater setelah eddy berusaha keras untuk meyakinkan seisi keluarga tentang minat dan kerjaya ini. Mak memberi sokongan yang tanpa batasan. Ayah juga memberi semangat yang membuatkan aku bertambah gairah untuk ke Kuala Lumpur untuk menerokai bidang seni di Akademi Seni Kebagsaan.. Sekarang dipanggil ASWARA. dari bandaraya Johor bahru ke Kuala Lumpur adalah sesuatu yang indah bagi ku kerana, inilah impian ku, membina kerjaya seni di sana. Alhamdulilah semua impian dan harapan tercapai Cuma eddy sangat terkilan apabila arwah ayah tak dapat tengok eddy belakon teater dan tv. Masa eddy keluar Tv1 untuk drama On Call sebagai watak utama ayah dah sebulan meninggal dunia. Sebelum dia meninggal semasa di hospital dia pernah berbisik kepada eddy supaya eddy menjadi orang seni yang berwawasan dan berilmu. Menjadi artis yang berfikiran kelas pertama… dengan kata – kata itu eddy mengorak langkah ke Universiti Malaya dan menjadi MPPUM. Tiupan semangat arwah ayah banyak memberi Eddy kekuatan. Sepanjang eddy di ASK dan UM Eddy ada belakon teater, sebahagiannya ialah seperti Theater Tradisional Makyong iaitu “Raja Besar Ho Gading” Arahan dan karya Shaari Abdullah di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. 27 – 29 Februari 2004. sebagai Tok Peraih Sirih, kemudian Teater Experiment, “Mat Cowboy” Karya Kalam Hamidi. Pada 19 Februari 2004 di Mini Auditorium MTC. Arahan Saifullah Ghazali sebagai Wak Dreba. Diikuti Teater Experimet “Mimpi Di Malam Panas”Arahan Rohani Yusof sebagai Starbeling – Badut di Taman Budaya Kedah. Teater Klasik bertajuk “Raja Lear ”Karya William Shakespeare, Arahan oleh Marzuki Ali,pada 17 – 20 Oktober 2002 di Auditorium Tunku Abd Rahman, MTC Jalan Ampang, sebagai Bujang / Pewira kemudian Teater Mahkamah Keadilan, Karya Taufik Al – Hakim, arahan Macynthia Harzuni, di Studio Empaire Tower ASK, 20 April 2003, sebagai Suami (Lumpuh). Seterusnya Teater Klasik bertajuk “Antagone” Arahan Roslina Her Johari Karya Adaptasi di Black Box A.S.K pada 3,4 dan 5 September 2004 sebagai Choragos (Ketua Corus). Diikuti Teater Klasik “Antagone” Arahan Roslina Her Johari Karya Adaptasi. Laman Seni Istana Budaya, sebagai Choragos (Ketua Corus) pada 20 Ogos 2004. kemudian Teater Tradisional Randai, “Puti Nilam Sari”, Karya dan Arahan : Bapak Wisran Hadi pada 6 – 8 Mei 2005 di Panggung experiment Akademi Seni Kebangsaan (ET). Sebagai Ameh Dunia (Hero, Kekasih Puti Nilam Sari). Seterusnya Teater tradisional jepun “Pengganti Zen” Arahan Roslina Her Johari,Karya AdaptasiUniversiti malaya sempena pertandingan festival teater universiti-universiti Malaysia (Makom) No. 2 Naib Johan pada 24 hb November 2006 Auditorium DTC sebagai Watak : Ketua Korus. Kemudian Teater Muzikal Komedi “Jerong VS Yu”, Arahan dan Karya Roselina Her Johari Tajaan DBKL Kuala Lumpur Watak : Arjuna pada 23,24 dan 25 hb Mac 2007 Panggung Bandaraya Kuala Lumpur Sempena hari Wilayah persekutuan. Diikuti pula Skedsa Boria Festival Seni Kolej ke2 Universiti malaya 2006 universiti Malaya sebagai Mami. Kemudian Teater Tradisional MakYong “ Raja Pencil, Arahan : Marleny Dir Irwan pada 5 dan 6 April di Studio KPS universiti Malaya sebagai Peran Muda. Dan terbaru Teater ’Dilema Baginda Sultan’ Arahan : Roslina Her Johari pada Disember di Auditorium DTC Dewan Gemilang Universiti Malaya pada 7 dan 8 Ogos sebagai Petanda (Watak Utama). Walaupun Eddy banyak belakon teater Eddy masih mentah dan mahu belajar lagi tentang penghayatan dan teknik lakonan teater yang memberi kepuasan kepada Eddy semasa melakonkanya. Eddy mempunyai impian tersendiri dalam menempuh arena kerjaya dan seni dimasa akan datang. Eddy bercita – cita untuk membuat sebuah Produksion House sendiri, buat masa ni ada ahli keluarga yang mahu membantu dan eddy mahu membuat satu rancangan telivision realiti sendiri dimana Eddy nak adakan sebuah rancangan pertandingan realiti teater. Dari pengurusan, Krew, lakonan, pengarahan, penulisan skrip sehingga ke pemasaran teater itu sendiri. Eddy mahu memajukan dan menaik taraf bidang teater ini ketahap yang tertinggi. Diminati dan di gilai..... mungkinkah? Tunggu !!!!!


Penganti Zen 'Korus'

Jerung VS u


dua budaya

Delima Baginda Sultan

aku "Arjuna"

Masuk Majalah teater

Aku "Koragos"

Ahad, 2 Disember 2007

Variasi seni eddy

Aku Dan Sesuatu

Tari Tapesty ASK 2004 memberi pengalaman berharga kepada eddy kerana telah mengenali dan menari lebih dari 10 tarian di Malaysia.


Aku dan Kawan-kawan ASWARA


Inilah teater Pertama lakonan aku di ASWARA.


King Lear : Ahmad Yatim : Antara pensyarah yang aku kagumi bakatnya.

Muzik

tari

Nyanyian

tarian

pertandingan tarian



Variasi Seni Eddy, hidup ini perlukan variasi kerana keseimbangan hidup dapat dihayati dengan variasi yang indah.. begitu juga dalam bidang seni.. ianya lebih indah jika dipelangikan… Pengalaman dalam bidang pengacaraan bermula dengan Persembahan teater Teater tari Puteri Manora Panggung bandaraya pada 2007 Eddy bertindak sebagai pengacara persembahan itu. Seterusnya Pertandingan nyanyian one in UM Keseluruhan pertandingan dan persembahan 5th Kolej Universiti Malaya dan KPS Universiti Malaya 2007 dalam pertandingan ini Eddy dapat mengacara pertandingan yang di undangi oleh artis terkenal seperti DELIMA dan Kifli AF.

Bersama DELIMA


Kifli ni sepupu Eddy



Sekadar Naib Juara


Nyanyian amal


Juara Mr.Kolej 2 Mr.Tenggayun

Eddy juga tidak ketinggalan menjadi krew untuk persembahan tari, muzik dan teater. Malah Eddy tidak akan menolak kerja dibelakang tabir kerana Eddy meminati seni persembahan kecualilah Eddy terlalu sibuk dengan persembahan lain. BERMULA dengan “Tingginya Menyapu Awan” Arahan : Ahmad Yatim Pengalaman dalam bidang Produksi Teater Moden Malaysia Auditorium MTC Jalan Ampang pada19 – 20 Ogos 2003 Asst Stage Manager. Seterusnya Teater Bangsawan“Puteri Patmawati”Arahan dan karya Rahman B. 4 – 6 Mac 2004 di Auditorium MTC Jln Ampang sbg krew diikuti Teater Moden Malaysia Wira Bukit Arahan Ahmad Yatim17 – 20 Oktober 2002 di panggung MTC Jln ampang. Sbg krew. Kemudian Teater Experimen“ Silang Kata” Arahan : Marlia Musa September 2003 Panggung Muzium Negara sbg krew. Seterusnya Tari “Jamu” pada Oktober 2004 di Panggung Experimen A.S.K sbg krew kemudian Persembahan Muzik “Pick Up The Pices” pada January 2005 di Panggung Experimen A.S.K diikuti Bengkel dan persembahan 4th asean Youth Culural Forum. Komplek Perdana siswa Universiti Malaya sbg krew pada thn 2006 seterusnya Teater M ke M Pementasan Teater Pengijazahan UM,Pada 15 mac 2007 di MTC Kuala Lumpur sebagai krew.



Penganti Zen (Naib Juara)



Tarian Dan Nyanyian Patriotik


So U Think U Can Dance? sekadar stage ke3



group A-Go-Go


KuKulit



Walaupun Eddy meminati bidang teater, Eddy juga menceburi bidang muzik dan tari. Sebenarnya eddy sangat mengemari muzik dan gemar menari. Apa guna minat jika tidak mencubanya. Bermula dengan Menari Dabus, Endang, Mangunatip dan Joget Tari“Tempestry” Disember 2004 Panggung Experimen A.S.K kemudian Tarian Kreatif Moden utk Pelancaran Produa Myvi‘MYVI’ May 2004 Hotel J.W.Meriot. seterusnya NyanyianLagu : Malu-malu Kucing untuk Rumah Anak Yatim Sri Kandi.” Januari 2005 Rumah Anak Yatim Sri Kandi.Sabak Bernam. Kemudian Bermain Geduk Untuk Persembahan Wayang Kulit di MTC“Memanah 40 lontar pohon beringin April 2003 MTC seterusnya Eddy menceburi bidang tari secara serius walaupun dari usia 10 tahun Eddy telah menari semasa di Johor bermula dengan Festival Seni Universiti Malaya (Tarian Kreatif) Kukulit Disember 2006 DTC UM kemudian Tarian moden sempena malam puisi 5th Kolej Mengiringi nyanyian. Love Cinta02 March 4, 20075th KOLEJ dan pertandingan So U Think U Dance Hip – hop dan jazz Stage 1 dan 2 March 2007 Panggung Bandaraya. Kemudian Show case Muzik Universiti Malaya Muzikal‘Vokal Utama’ April 2007 Auditorium KPS diikuti pula Tarian Mengadap Rebab Pusat kebudayaan Universiti Malaya Mengadap Rebab September 2006 KPS UM.



mangunatip

impian cinta lagu kegemaran ku di majlis anugerah sukan um

dabus






penganti zen (korus)


kejayaan


Terkadang tu Eddy teringin juga menyertai pertandingan untuk mengetahui kemampuan diri dalam bidang yang di ceburi seperti lakonan , nyanyian, penulisan dan taria. Percubaan Eddy berhasil dan tidak mengecewakan apabila Eddy memenangi tempat pertama dalam pertandingan pencarian Mr. Kolej 2 iaitu Mr. Tenggayun, juara penulisan puisi daerah sempena hari guru, juara penciptaan lirik lagu ASWARA. Dan tempat kedua dalam pertandingan teater MAKUM dan tari FES.SENI UM. Serta banyak lagi. Jom lihat perjalanan seni eddy dalam pertandingan seni. Bermula dengan Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Daerah Mersing Johor Johan Dataran Mersing2000 diikuti pula Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Johor. 5 terbaik Dataran Pontian Johor2001. kemudian “Mencipta Puisi Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Mersing Johor”. Johan S.M.K.S.M2000 seterusnya “Mencipta Puisi Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Johor”. Saguhati S.M.K.S.M pada tahun 2000 kemudian Mencipta Lirik lagu Jabatan Penulisan ASK. Johan ASK 2004 diikuti Mr.Tenggayun (Mr.Kolej kediaman Kedua) UM Johan Universiti Malaya2006 kemudian Pertandingan Karaoke 5th kolej No.5 Kolej 5. Universiti Malaya200 seterusnya Teater Makom (Pengganti Zen) 2006 mewakili Universiti Malaya sbg Pelakon Naib Johan Universiti Malaya2006 diikuti Festival Seni Universiti Malaya (Tarian Kreatif) Naib Johan Universiti Malaya2007 kemudian Festival Seni Universiti Malaya (SketsaBoria) No.4 Univesiti Malaya2007 seterusnya Seketeriat untuk pertandingan One In Um saringan dan suku akhir di 5th kolej dan akhir di KPS. Ajk tertinggi Universiti Malaya2007. VARIASI adalah jalur pelangi yang indah. Jalur itu akan menjadi lebih indah jika ianya dihayati...




_________________________________________________________________



Pengalaman Eddy dalam bidang penyiaran



sejarah seni




Pengalaman eddy dalam bidang penyiaran masih agak terbatas kerana jadual belajar dan pengajian di ASK dan Universiti Malaya sangat ketat. Hanya masa yang terluang semasa cuti semester sahaja dapat digunakan untuk mengikuti produksi penyiaran sebagai pelakon. Pengarah dan krew.bermula dengan Telimovie Mr. Sekretari terbitan Tv1 pada tahun 2004 sebagai Ast.Produksion Manager, Drama Dokomentari On Call terbitan Tv1 dan Multi Utama Produksion pada tahun 2005 sebagai pelakon utama, kemudian Telimovie Puing – puing terbitan UMNO tayangan bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Filem Pendik yang bertajuk Anjakan sebagai pelakon untuk penilaian tahun Akhir pelajar Akademi Seni kebangsaan pada tahun 2005, seterusnya Drama terbitan AKS dan TV1 yang berjudul Siapa Dia sebagai pelakon pada tahun 2003. Drama berjudul Sayang Khalid terbitan Akademi Seni Kebangsaan sebagai pelakon pada tahun 2003. Akhir sekali Drama terbitan Akademi Seni kebangsaan yang bertajuk Dan Allah Selamatkan Kamu sebagai pengarah pada tahun 2004. itulah sebahagian penglibatan eddy dalam bidang penyiaran… mungkin kerana eddy lebih meminati bidang persembahan dan banyak menyertai persembahan menyebabkan eddy kurang melibatkan diri dalam bidang penyiaran… lihat akan datang eddy akan bercerita tentang dunia persembahan yang sebati dalam diri eddy… jauh dan panjang.. pahit dan manis.. suka dan duka.. segalanya dalam dunia persembahan.. I love… arts performer..



persembahan



Ebi and me




faizal and me





aku

Sabtu, 1 Disember 2007

23hb11 - 27hb12 aku di sarawak - krismas, dan holiday semuanya disana

sambutan krismas di rumah my friend... sarawah enjoy...









































kisah aku dan percutian di Sarawak


Aku mengikut temanku yang sama belajar di Universirti Malaya pulang ke Sarawak. Pada 27hb 11 aku datang ke sarawak… bermula dengan sedikit kerja yang perlu aku settlekan dan kemudian aku bercuti di sana dan menetap di rumah kawan ku itu selama lebih sebulan... seronok dan teruja aku dibuatnya.. nak tahu kenapa, banyak aku belajar dan mengetahui tentang kebudayaan dan cara hidup org disini. Malah aku juga berpeluang merasa masakan istimewa yang berasal dari Sarawak ini. Sedap, pelik, lemak, manis, tapi yang penting tak ada yang pedas...... huhuh yang pasti seperti kata org sarawak semuanya nyamann...... masakan pertama ialah Mee kolok goreng setiba je di sarawak ayah kawan aku ambik kami di Airport dan berhenti makan di bandar kuching. Selama aku tinggal di sarawak ni aku tinggal di rumah kawan aku, mak dia masak masakan sarawak yang best utk aku mencubanya. Seperti Ambal, laksa sarawak, Ayam masak buluh pansoh, pulut dalam periuk kera, kemudian aku pergi ke pasar satok utk makan juadah Sarawak yang dijual disini, seperti Mee kolok sub dan Laksa sarawak. Kemudian aku berjalan di Waterfront bersama kawan aku dan saudara mara dia. Sempat juga aku merasa mee Mee tomato yang sangat popular di Sarawak. Kemudian kami berjalan ke Tebedu. Nasib kurang menyebelahi aku bila aku tak sempat masuk ke sempadan Indonesia itu. Tp seronok juga merasa bejalan di sempadan ni. Dapat juga aku tengok perjalanan hidup orang indonesia yang bersusah payah merebut pelanggan untuk mendapatkan sedikit duit bagi meneruskan hidup. Hari seterusnya aku ke Serikin, tgk wayang di alakat dan berjalan di sekitar kuching. Seterusnya aku ke Kg.budaya bersama Lidya, Wes, Amy dan Mac. Di kampung budaya kami sempat membeli Sagu Sarawak dan dimakan dengan dengan kuah tempoyak pedas dan tabaloi. Tiba pula raya haji menjelma. Aku sempat bersembahnyang di Masjid Kuching. Kemudian aku beraya di rumah Nurul di taman Setapok selatan. Seronok juga beraya haji di sarawak ni sebab dapat merasa masakan di Sarawak ni. Kemudian Krismas menjelma. Terasa seronok juga pertama kami merasa krismas dirumah seorang kawan yang menyambut krismas. Aku pun sempat membantu memasak rendang untuk mereka. Terakhir sekali kami pergi ke jong crocodile farm. Selepas pulang dari jong crocodile farm kami pergi membeli belah, sempat aku membeli buah tangan utk kawan2 di UM. Rambang mata aku melihat kek sarawak, gelang, keycin, gula2 sarawak, dan t-shet disana. Tapi aku sempat mencapai dan membelinya. 27hb tiba aku pulang ke Kuala Lumpur...

_________________________________________________________

al-kisahnya bermula semasa aku melihat tatoo sahabatku yang tesergam indah di belakang bahunya... kau buat ku kata wow!!! dan aku bertanya kepadanya.. dimana buat? berapa harganya? sakit ker tak? dan macam2 lagi persoalan yang bertalu aku bagi kepadanya sehinggalah aku dan dia tiba di Sarawak dan dia membawa aku ke satu tempat dimana dia telah membuat tatoo yang bercorak pelik tp smart di belakangnya itu... teruja aku dibuatnya...


gaya mutu keungulan


jangan terperanjat atau mengatakan "eddy memang giler dan giler -giler..." hahahaa memang aku giler - giler tapi aku belum gila untuk mentatookan tubuh ku yang munggil ini.. kalau membut tatoo ini tidak dilarang agama memang aku buat.. aku tak pedulu pada kesakitan dan kepedihan mesin dan jarum yang menyucuk dan mengerudi tubuh manusia itu.. sememangnya aku ni tak takud sakit... kalau tak masakan semasa kecil-kecil dulu aku sendiri ke hospital untuk cabut gigi dan tampal gigi sedangkan kawan - kawan sebaya aku akan menangis dan menyorok apabila doktor datang ke sekolah untuk membuat rawatan gigi... hahaha pelik tapi benar...


berani biar bertempat


al - kisah kebenaran gambar itu adalah tatoo yang di cipta oleh sahabatku dengan kecanggihan fotoshop dan picasa.. jadilah tatoo yang seakan betul... hahahaha jangan marah aku ya... aku sengaja nak bagi variasi pada pic - pic dalam simpanan aku ni... baru dikatakan berani berfeshion, walaupun dalam gambar je... wakakah.... apa pun aku nak bagi pesanan kat sini kepada sesiapa yang nak buat tatoo original aku berpesan fikirlah sribu kali kerana sakitnya bukan kepalang dan akibatnya memang teruk kerana anda boleh dijangkiti HIV kerana jarum yang membentuk tatoo itu mungkin telah digunakan untuk membuat kepada pesakit HIV... kenapa saya berkata demikian? kerana harga jarum tatoo itu sangat mahal untuk dipakai buang... kepada sesiapa yang telah membuat tatoo itu pergilah membuat chek di hospital kerana langkah keselamatan adalah jalan selamat... tapi kepada yang dah bertatoo itu jangan takut sangat kerana tak semestinya bertatoo itu mudah dijangkiti...